Kaki makan air, yang dikenali secara perubatan sebagai tinea pedis, adalah jangkitan kulit biasa pada kaki yang disebabkan oleh kulat.[5] Tanda dan gejala selalunya termasuk gatal-gatal, bersisik, kulit kepecahan dan kemerahan.[2] Dalam kes yang jarang berlaku, kulit mungkin melepuh.[2] Kulat kaki makan air boleh menjangkiti mana-mana bahagian kaki, tetapi paling kerap tumbuh di antara jari kaki.[2] Kawasan paling biasa seterusnya ialah bahagian bawah kaki.[6] Kulat yang sama juga boleh menjejaskan kuku atau tangan.[3] Ia adalah ahli kumpulan penyakit yang dikenali sebagai tinea.[7]

Kaki makan air
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Tinea pedis[1]
Kes kaki makan air yang teruk
PengkhususanPenyakit berjangkit
GejalaGatal-gatal, bersisik, kemerahan pada kaki[2]
PuncaFungi (Trichophyton, Epidermophyton, Microsporum)[3]
Berdasarkan simptom, disahkan oleh kultur atau mikroskopi[3]
PencegahanElakkan berjalan tanpa alas kaki di tempat mandi awam, pastikan kuku kaki pendek, memakai kasut yang cukup besar, menukar stoking setiap hari[3][4]
RawatanUbat antikulat disapu pada kulit atau diambil melalui mulut[5][3]
Kekerapan15% dari populasi[5]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kaki makan air disebabkan oleh beberapa kulat yang berbeza,[2] termasuk spesies Trichophyton, Epidermophyton, dan Microsporum.[3] Keadaan ini biasanya diperoleh dengan bersentuhan pada kulit yang dijangkiti, atau kulat di persekitaran.[2] Tempat biasa kulat ini hidup adalah di sekitar kolam renang dan di dalam bilik persalinan.[8] Mereka juga mungkin tersebar dari haiwan lain.[4] Biasanya diagnosis dibuat berdasarkan tanda dan gejala; namun, ia boleh disahkan sama ada melalui kultur atau memerhati hifa menggunakan mikroskop.[3]

Simptom sunting

 
Keruping antara celah jari kaki.

Kaki makan air (bahasa Inggeris athlete's foot) menyebabkan kulit dicelah jari kaki yang dijangkiti menjadi berkeruping, bersisik dan gatal. Lepoh dan kulit pecah juga mungkin berlaku, menyebabkan tisu dlam terdedah, kesakitan, bengkak dan radang. Jangkitan bakteria kedua juga boleh berlaku bersama jangkitan kulat yang kadang-kala memerlukan rawatan antibiotik.[9][10]

Jangkitan ini mampu merebak kepada bahagian lain badan, seperti peha, dan biasanya dikenali dengan nama lain apabila ia merebak, seperti tinea corporis pada tubuh atau anggota badan dan tinea cruris (jock itch atau gatal dhobi itch) bagi jangkitan pada celah peha. Tinea pedis kebiaaannya hadir pada celah jari kaki, biasanya pada jari kaki kempat dan kelima palingkerap.[11][12][13]

Lihat juga sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ Rapini RP, Bolognia JL, Jorizzo JL (2007). Dermatology: 2-Volume Set. St. Louis: Mosby. m/s. 1135. ISBN 978-1-4160-2999-1.
  2. ^ a b c d e f "Hygiene-related Diseases". CDC. 24 December 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 January 2016. Dicapai pada 24 January 2016.
  3. ^ a b c d e f g Kaushik N, Pujalte GG, Reese ST (December 2015). "Superficial Fungal Infections". Primary Care. 42 (4): 501–516. doi:10.1016/j.pop.2015.08.004. PMID 26612371.
  4. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CDC2015Peo tidak disediakan
  5. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Bell2012 tidak disediakan
  6. ^ "Symptoms of Ringworm". CDC. 6 December 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 January 2016. Dicapai pada 24 January 2016.
  7. ^ Moriarty B, Hay R, Morris-Jones R (July 2012). "The diagnosis and management of tinea". BMJ. 345 (7): e4380. doi:10.1136/bmj.e4380. PMID 22782730. S2CID 38106083.
  8. ^ Hawkins DM, Smidt AC (April 2014). "Superficial fungal infections in children". Pediatric Clinics of North America. 61 (2): 443–455. doi:10.1016/j.pcl.2013.12.003. PMID 24636655.
  9. ^ Gupta AK, Skinner AR, Cooper EA (2003). "Interdigital tinea pedis (dermatophytosis simplex and complex) and treatment with ciclopirox 0.77% gel". Int. J. Dermatol. 42 (Suppl 1): 23–7. doi:10.1046/j.1365-4362.42.s1.1.x. PMID 12895184.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  10. ^ Guttman, C (2003). "Secondary bacterial infection always accompanies interdigital tinea pedis". Dermatol Times. 4: S12. doi:10.1046/j.1365-4362.42.s1.1.x. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); line feed character in |title= at position 37 (bantuan)
  11. ^ Al Hasan M, Fitzgerald SM, Saoudian M, Krishnaswamy G (2004). "Dermatology for the practicing allergist: Tinea pedis and its complications". Clinical and Molecular Allergy. 2 (1): 5. doi:10.1186/1476-7961-2-5. PMID 15050029.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  12. ^ Hainer BL (2003). "Dermatophyte infections". American family physician. 67 (1): 101–8. PMID 12537173.
  13. ^ Hirschmann JV, Raugi GJ (2000). "Pustular tinea pedis". J. Am. Acad. Dermatol. 42 (1 Pt 1): 132–3. doi:10.1016/S0190-9622(00)90022-7. PMID 10607333.

Pautan luar sunting

Pautan diatur dalam seksyen kecil, dan kemudiannya disenarai menurut turutan.

Maklumat perubatan umum sunting

Gambar sunting

Organisasi sunting

Templat:Mycoses