Kakuei Tanaka lahir pada 4 Mei 1918- 16 Disember 1993 adalah ahli politik Jepun dan menjadi Perdana Menteri Jepun ke-64 dan ke-65 dari 7 Julai 1972 hingga 22 Disember 1972 dan dari 22 Disember 1972 hingga 9 Disember 1974. Beliau dijatuhkan selepas terlibat dalam skandal Lockheed L-1011 yang panjang.

Kakuei Tanaka
田中 角栄
Perdana Menteri Jepun
Dalam jawatan
7 Julai 1972 – 22 Disember 1974
RajaShowa
Didahului olehEisaku Satō
Digantikan olehTakeo Miki
Butiran peribadi
Lahir4 Mei 1918
Nishimaya, Niigata
Meninggal dunia16 Disember 1993
Tokyo
Tandatangan

Kehidupan awal

sunting

Tanaka berasal dari keluarga biasa dengan 7 adik beradik di Nishiyama, wilayah Niigata, Jepun. Bapanya bekerja di ladang ternakan di Niigita. Tanaka berhenti sekolah ketika berumur 8 tahun dan bekerja dengan perniagaan pembinaan dan pindah ke Tokyo.

1937, kerja pula di Viscount Okochi Masatoshi dan mengetuai syarikat Riken Corporation. 1939 beliau menyertai angkatan tentera Jepun dan dihantar menjajah Manchuria tapi tugasnya hanya sebagai kerani dalam Morioka Cavalry. Kemudian mengidap penyakit pneumonia dan pulang ke Jepun serta terselamat dari kerahan tenaga.

Di Jepun, Tanaka bekerja dengan firma kejuruteraan Sakamoto dan berkahwin dengan anak tauke Sakamoto, Sakamoto Hana.

Skandal

sunting
 
Tanaka berjabat tangan dengan Richard Nixon ketika lawatan ke Washington pada Julai 1973.

Pada Oktober 1974, majalah popular Bungei Shunju menyiarkan artikel sehingga menyebabkan penyiasatan terpaksa dilakukan. Tanaka didapati telah melanggan geisha dan menggunakan namanya untuk urusan jual beli tanah di Tokyo.

Suruhanjaya Diet telah memanggil bendahari kewangan iaitu Aki Sato sebagai saksi. Sato dan Tanaka ada hubungan intim buat beberapa tahun dan Aki Sato memanipulasi hubungan intim tersebut. Tanaka terpaksa meletak jawatan pada 26 November 1974.

Paksi Tanaka mendapat sokongan dari Takeo Miki yang dilihat bersih yang kemudian menjadi Perdana Menteri Jepun ke-66.

Pada 6 Februari 1976, timbalan pengerusi syarikat Lockheed Corporation mendedahkan kepada badan penyiasat Senat Amerika Syarikat bahawa Tanaka selaku Perdana Menteri Jepun telah dibayar (rasuah) sebagai ganjaran pembelian kapal terbang Lockheed L-1011. Setiausaha negara Amerika Syarikat, Henry Kissinger cuba menutup skandal itu agar hubungan dua negara tidak terjejas. Takeo Miki mendesak Diet agar mendapatkan maklumat lanjut dari Senat Amerika Syarikat. Pada 27 Julai Tanaka telah ditahan tetapi dibebaskan dengan bon jaminan US$690,000.

Pada 12 Oktober 1983, selepas perbicaraan skandal Lockheed, Tanaka didapati bersalah dan dipenjara 4 tahun. Tanaka cuba membuat rayuan.

Jatuh dari kuasa

sunting

Pada 1985, Tanaka kehilangan kuasa. Noburo Takeshita membentuk 'kumpulan belajar' yang dipanggil Soseikai dan kumpulan ini menang lebih 40 paksi dari 120 ahli Diet. Tanaka terlibat dengan masalah minum alkohol dan tekanan perasaan dan sakit strok selepas Takeshita menang. Pada 1 Januari 1987 muka beliau didapati lumpuh sebelah dan berat badan bertambah mendadak. Beliau juga mengidap kencing manis pada 1989 dan mati kerana pneumonia di Hospital Universiti Keio pada 16 Disember 1993 jam 2.04 pm.

Anak perempuannya Makiko Tanaka terpilih di daerah bapanya, Niigata pada 1991 dan menjadi menteri luar dalam kabinet Junichiro Koizumi pada 2001.