Kalau Aku Kaya
"Kalau Aku Kaya" merupakan lagu nyanyian Altimet dan Awi Rafael yang dikeluarkan pada 16 Ogos 2013. Ia dimuatkan dalam album kedua Altimet, Kotarayaku yang dikeluarkan pada April 2014.[1]
"Kalau Aku Kaya" | |
---|---|
Single oleh Altimet dan Awi Rafael | |
daripada album Kotarayaku | |
Dilancarkan pada | 16 Ogos 2013 (Digital) |
Genre | Hip hop, Pop |
Panjang | 3:36 minit |
Syarikat | Warner Music Malaysia, Kartel Records |
Penulis | Altimet |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Sebuah telefilem dengan judul sama dengan plot yang diilhamkan dari lagu ini, disiarkan di TV3 pada 31 Disember 2016, dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Niena Baharun.
Penerbitan sunting
Menurut Altimet, "Kalau Aku Kaya" dicipta pada awal 2013 sebelum pembentangan Belanjawan 2014 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak (kini bekas) pada 25 Oktober 2014. Beliau menegaskan bahawa lagu ini tidak berniat mempersendakan kerajaan.[2]
Format dan senarai runut sunting
- Muat turun digital[3]
- "Kalau Aku Kaya" – 3:36
Sejarah keluaran sunting
Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 16 Ogos 2013[3] | Muat turun digital | Warner Music Malaysia, Kartel Records |
Rujukan sunting
- ^ Nadia Azam (7 Jun 2016). "Altimet kongsi rezeki dari Kalau Aku Kaya". Malaysiakini. Dicapai pada 2 Disember 2016.
- ^ Kemalia Othman (2 November 2013). Kalau Aku Kaya tidak mempersendakan kerajaan mSTAR Online. Dicapai pada 9 Disember 2013.
- ^ a b "Kalau Aku Kaya - Single". iTunes Store (MY). Apple. 14 Oktober 2016. Dicapai pada 1 Mac 2017.