Kalau Hati Ini Rama-Rama

Drama Kalau Hati Ini Rama-Rama ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan di Slot Selekta Prima di TV2. Drama arahan pengarah Izzman Hafiz Izzauddin ini, membuat pengambaran di Bosnia-Herzegovina sekitar sebanyak 50% yang membabitkan sekitar seramai 15 orang. [1]

Kalau Hati Ini Rama-Rama
GenreDrama
Komedi
Cinta
PengarahIzzman Hafiz Izzauddin
Dibintangi oleh
Iqram Dinzly
Yana Samsudin
Zarina Zainoordin
Lagu pembukaan"Baru" nyanyian Estranged
Lagu penutup"Baru" nyanyian Estranged
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod13 Episode.
Penerbitan
Tempoh siaranSelasa – Khamis, 9 malam.
Penyiaran
Saluran asalTV2
Siaran asal2 Jun 2015

Semasa 24 hari penggambaran, keadaan cuaca di sana yang boleh dikatakan 80 peratus hujan pada masa itu memberi sedikit masalah kecil, tetapi ia dapat diatasi. Drama ini yang terdiri daripada 13 episod turut dibintangi oleh Yana Samsudin, Iqram Dinzly, Zarina Zainoordin dan ramai lagi.

PelakonSunting

  1. Yana Samsudin – Nur
  2. Iqram Dinzly,
  3. Iskandar Zulkarnain,
  4. Zarina Zainoordin,
  5. Norish Karman,
  6. Hafidzuddin Fazil,
  7. Syed Ali,
  8. Qazem Nor,
  9. Aida Ruyati
  10. Ann Abdullah

SinopsisSunting

Kalau Hati Ini Rama-Rama mengisahkan Nur (Yana Samsudin) dalam proses mencari kerja di Kuala Lumpur. Namun temuduganya seringkali berdepan kegagalan. Semasa balik dari temuduga, Nur terjumpa sebuah dompet di tandas. Nur berusaha menjejaki siapa empunya pemilik dompet tersebut. Selepas berjaya menghubungi pemilik dompet tersebut, Nur lantas menyerahkan dompet tersebut kepada tuan punya badan iaitu Puan Munirah Arshad. Puan Munirah merupakan isteri kepada Zubir dan juga ibu kepada Iskandar.

Melihat ketulusan hati anak gadis tersebut, Puan Munirah bercadang mengambil Nur sebagai pekerja di hotel mereka. Ketika itu, anak Puan Munirah iaitu Iskandar telah berpisah dengan tunangnya, Vee. Vee, seorang dramatis terkenal didakwa ada menjalankan hubungan sulit dengan pelakon lain dan kini sedang heboh di dada media. Iskandar yang kecewa meminta ibunya mencarikan jodoh dalam masa yang terdekat dengan niat untuk mengajar Vee.

Munirah yang suka akan keperibadian Nur, memilih Nur sebagai calon menantunya. Sebuah perkahwinan diatur antara Nur dan Iskandar. Mendengar berita bekas tunangnya bakal berkahwin, Vee naik angin dan berusaha rapat kembali dengan Iskandar.

Ibu mertuanya menghantar Nur dan suaminya ke Bosnia untuk menguruskan sebuah hotel di sana. Sambil dibantu oleh sepupu Iskandar iaitu Emir. Bermulalah insiden istimewa di antara mereka.

RujukanSunting

Pautan luarSunting