Kalendar tradisi masyarakat Kadazandusun

Kalendar (sebutan dalam bahasa Dusun "timb̲agos") merupakan satu sistem pengiraan masa menggunakan hari dan bulan. Tarikh sesuatu hari ini ditentukan berpandukan kepada objek astronomi seperti bulan dan matahari. Ada beberapa jenis kalendar yang wujud di dunia ini iaitu kalendar merasaskan kepada peredaran matahari (solar), kalendar berasaskan kepada peredaran bulan, kalendar berasaskan kepada peredaran bulan dan matahari (lunisolar). Kalendar solar merupakan kalendar yang dipengaruhi oleh matahari contohnya kalendar Gregorian, kalendar Julian, kalendar Baha'i, kalendar Kubti, kalendar Iranian, kalendar zoroastrian, dan kalendar Thai. Manakala bagi kalendar yang berasaskan peredaran bulan pula ialah contohnya kalendar Islam. Kalendar Lunisolar pula boleh dilihat pada kalendar yahudi, kalendar Cina, kalendar tibet, kalendar Hellenic, kalendar Babilon dan sebagainya.

Seperti kalendar-kalendar masyarakat lain yang wujud di dunia, masyarakat Kadazandusun juga tidak terkecuali mencipta satu konsep kalendar yang digunakan sehari-hari agar pekerjaan atau aktiviti yang dilakukan itu teratur dan tersusun dengan baik. Kalendar Kadazandusun tergolong dalam kalendar lunisolar iaitu masih dipengaruhi oleh peredaran bulan dan matahari juga dipengaruhi oleh faktor budaya iaitu kegiatan pertanian. Ini menunjukkan masyarakat kadazandusun zaman tradisional sudah mengetahui akan sistem astronomi bagi peredaran bulan dan juga matahari yang juga dikaji secara menyeluruh oleh tamadun-tamadun lain diseluruh dunia.

Namun kalendar tradisi masyarakat Kadazandusun ini tidak di lahirkan dalam bentuk buku atau pun tulisan hanya sahaja diingati turun temurun. Kalendar Kadazandusun bukan sahaja berfungsi sebagai panduan pengiraan hari dan bulan tetapi juga terpancar nilai kehidupan masyarakat Dusunik/momogunic yang amat menghargai masa, kesungguhan melaksanakan tanggungjawab [kitonggungan], membudayakan amalan gotong royong [mogitaatabang] dan juga teraplikasi pada hormat [mamaantang] hubungan dengan dengan alam [linungung do tawan].

Sejarah kalendar Kadazandusun sunting

Sejarah terwujudnya kalendar kadazandusun adalah disebabkan faktor pekerjaan mereka sebagai petani yakni menanam padai huma (bukit) atau padi sawah (ranau).

Pengiraan kalendar Kadazandusun sunting

Kalendar kadazandusun mempunyai pengiraannya tersendiri, walaupun patuh kepada perhitungan falakiyah (berdasarkan kenampakan anak bulan) tetapi pengiraaan bulan (28-31 hari) berdasarkan kepada 2 bentuk pengiraan iaitu Kosilau Toniba (28-30 hari dalm satu bulan), Kosilau Tanaru(31 hari dalam satu bulan)yakni terdapat penambahan sehari dalam hari-hari kosilau (kosilau tanaru), namun jika tiada tambahan hari-hari dalam Kosilau (kosilau toniba) maka jumlah pada bulan itu ialah 30 hari sahaja. Manakala 1 bulan dikira berdasarkan 6 kumpulan hari iaitu Kosilau (1hb-12hb/13hb), kopupuson Kosilau (13hb/14hb-15hb/16hb), pagalatan (16hb/17hb-18hb/19hb), Kopupuson pagalatan (19hb/20hb-21hb/22hb), Tilimo (22hb/21hb-27hb/28hb), dan kopupusan Tilimo (28hb/29hb-30hb/31hb). 6 kumpulan tersebut boleh dilihat seperti dibawah:

  • Kosilau (1hb-12hb/13hb)
  • kopupuson Kosilau (13hb/14hb-15hb/16hb)
  • Pagalatan (16hb/17hb-18hb/19hb)
  • Kopupuson pagalatan (19hb/20hb-21hb/22hb)
  • Tilimo (22hb/21hb-27hb/28hb)
  • Kopupusan Tilimo (28hb/29hb-30hb/31hb)

Amat menakjubkan bahawa sistem pengiraan di atas sangat tepat dan membolehkan masyarakat Kadazandusun pra-tulisan melaksanakan budaya pertemuan mereka misalnya hari Tamu atau Badi yang diadakan pada setiap hari minggu atau bulan secara bergilir-gilir mengikut daerah, upacara moginakan (yang dilakukan 5 tahun sekakali) dan Tadau Kamaatan (Pesta Menuai) setiap tahun. Namun Signifikannya pada kalendar Kadazandusun ini ialah kegiatan penanam padi yang dilakukan setiap tahun.

Nama-nama kalendar bagi sebulan sunting

Dalam Kalander kadazandusun, pengiraan atau nama istilah yang digunakan dalam Kalendar tersebut tidak menggunakan sepenuhnya istilah pernomboran yakni bercampur dengan istilah lain. Hal ini boleh dilihat pada jadual di bawah:

Nama bagi hari dalam sebulan Tarikh biasa dalam sebulan
Tonibul (koinsan Kosilau 1 haribulan
Konduo Kosilau 2 haribulan
Kointolu Kosilau 3 haribulan
Koingapat kosilau 4 haribulan
Koinlimo Kosilau 5 haribulan
Koingonom Kosilau 6 haribulan
Kointuru Kosilau 7 haribulan
Koinwalu kosilau 8 haribulan
Koinsiam 9 haribulan
Koinhopod Kosilau 10 haribulan
Koinhopod om iso Kosilau 11 haribulan
Koinhopod om duo kosilau 12 haribulan
Silau Pupus 13 haribulan
Tawang 14 haribulan
Tolikud 15 haribulan
Pagalatan (Tontong) 16 haribulan
Rampagas 17 haribulan
Limbas 18 haribulan
Solimpu'uun (Sobul) 19 haribulan
Molot 20 haribulan
Katang 21 haribulan
Giuk/Koi'on 22 haribulan
Koinsan Kotob 23 haribulan
Koinduo Kotob 24 haribulan
Kointolu Kotob 25 haribulan
Koingapat Kotob 26 haribulan
Koinlimo Kotob 27 haribulan
Tonob Pupus (Kopupuson) 28 haribulan
sukilab 29 haribulan
Rondom (Tonob) 30 haribulan
Gogor 31 haribulan

Nama hari dalam seminggu sunting

Perkembangan kalendar dalam budaya masyarakat kadazandusun tradisional telah melahirkan nama-nama hari dalam seminggu yang diaplikasikan daripada perkembangan tumbuhbesaran haiwan atau serangga yakni rama-rama. Berikut adalah nama-nama bagi hari dalam seminggu bagi masyarakat kadazandusun tradisi.

Nama hari dalam kadazandusun Nama hari dalam bahasa Melayu
Tontolu Isnin
Mirod Selasa
Madsa Rabu
Tadtaru Khamis
Kukuak Jumaat
Kurudu Sabtu
Tiwang Ahad

Nama-nama hari ini diambil sempena pusingan kelahiran seekor rama-rama bermula dari telur hinggalah menjadi dewasa.

Nama-nama bulan dalam Kadazandusun sunting

Bahasa Melayu Bahasa Kadazandusun Huraian
Januari Milatok Bulan pertama
Februari Mansak Bulan kedua
Mac Gomot Bulan ketiga
April Ngiop Bulan keempat
Mei Mikat Merupakan tahun baru dalam Kalendar Kadazandusun sebab itu merayakan Hari Kaamatan (Pesta Menuai)
Jun Mahas Bulan keenam
Julai Madas Bulan ketujuh
Ogos Magus Bulan kelapan
September Manom Bulan kesembilan
Oktober Gumas Bulan kesepuluh
November Milau Bulan kesebelas
Disember Momuhau Bulan keduabelas

Nama-nama bulan dalam kalendar kadazandusun diambil sempena pekerjaan dalam kegiatan pertanian.

Fungsi kalendar dalam budaya Kadazandusun sunting

  • Perayan
  • Pemujaan
  • Perkahwinan
  • Pembinaan rumah
  • Pertanian (padi bukit atau sawah)

Penggunaan kalendar Kadazandusun pada masa kini sunting

Walau bagaimanapun, zaman modern ini jarang masyarakat kadazandusun yang menggunakan kalendar tradisi ini melainkan kalendar Masihi dan juga kalendar Islam di mana ramai Kadazandusun telah beralih kepada agama Kristian dan Islam malah bila ditanya tentang kalendar kadazandusun ramai yang tidak mengetahuinya. Cuma sesetengah Bobolian/Bobohizan masih menggunakan pengiraan kalendar tradisi ini dalam menjalani upacara-upacara tertentu. Namun begitu, setelah bahasa Kadazandusun diperkenalkan dan diajar di sekolah-sekolah seluruh Sabah maka Kalendar ini khususnya nama bulan, nama hari dan juga tarikh kini di ajar kepada generasi sekarang dengan tujuan agar istilah-istilah tersebut subur dari ingatan generasi Kadazandusun sampai bila-bila.

Kategori Kalendar Kadazandusun sunting

Kalendar Kadazan sunting

Manakala kalendar kadazandusun dari suku Tangaa'/Tangara'/Kadazan yang mendiamai di kawasan Penampang dan Papar menggunakan nama bulan seperti di bawah:

Suku Tangaa'/Kadazan Bahasa Melayu
Vuhan koiso Januari
Vuhan koduvo Fabruari
Vuhan kotohu Mac
Vuhan kaapat April
Vuhan kohimo Mei
Vuhan koonom Jun
Vuhan kotuhu Julai
Vuhan kovahu Ogos
Vuhan kosizam September
Vuhan koopod Oktober
Vuhan koopod om iso November
Vuhan koopod om duvo Disember

Kalendar Liwan sunting

Kalendar bagi masyarakat kadazandusun dari suku Liwan mempunyai sedikit perbezaan istilah di mana ia melibatkan penanaman padi bukit [tidong] dan bukannya padi sawah [ranau]. Oleh yang demikian, Istilah bagi tempoh melaksanakan aktiviti tersebut dipengaruhi oleh kerja meninjau kawasan penanaman hinggalah kepada menuai. Berikut adalah nama bulan dalam kalendar suku Liwan.

Suku Liwan bahasa Melayu
Milatok Januari
Mansak Februari
Gomot Mac
Ngiap April
Mikat Mei
Rilik Jun
Tutud Julai
Ngurak Ogos
Manom September
Gumas Oktober
Milau November
Momuhau Disember