Kalepark (asalnya dipanggil Leonkastron; dan kemudian Güzelhisar, bermaksud "Istana kota Cantik" dalam bahasa Turki)[1] telah dibina oleh para pedagang Genoa dan Venice sebagai sebuah kubu kota Zaman Pertengahan di sebelah timur Trabzon, Turki. Kubu kota ini dibina di atas puncak bukit berbatu yang dari segi strategiknya dapat melihat kedua-dua pelabuhan di bandar ini: pelabuhan musim panas di bahagian barat, dan pelabuhan musim sejuk di sebelah kanannya.

Tinggalan kubu kota pada hari ini.
Construction of the warehouse of the Genoese in Trebizond (Leonkastron) oleh Luca Cambiasi, dilukis sekitar tahun 1571. Palazzo Lercari-Parodi di Genoa.

Orang Genoa asalnya membuat perjanjian dengan kerajaan tempatan untuk mendapatkan tanah bagi menjaga perdagangan mereka, akan tetapi hubungan antara para pemerintah Empayar Trebizond dan orang-orang Genoa yang berada di dalam kubu kota setelah beberapa lama bermasalah.

Pada tahun 1740an, sebuah istana telah dibina untuk Gabenor Uthmaniyah, Ahmet Paşa di lokasi yang sama, yang mana kemudian musnah dalam satu kebakaran pada tahun 1790.

Istana kota ini secara berkala dibom semasa Perang Dunia I oleh tentera laut Rusia, di sebabkan lokasinya berdekatan dengan pantai Laut Hitam yang mudah diakses.[2]

Nota dan rujukan sunting

Pautan luar sunting