Kali Pertama[2] merupakan album studio sulung penyanyi Asmidar yang dikeluarkan pada 22 Mac 2013 dan diterbitkan oleh Warner Music Malaysia selepas menjuarai program realiti pencarian bakat baru terbitan TV3, Vokal... Bukan Sekadar Rupa sekaligus menamatkan penantiannya selama 12 tahun.[3][4] Kali Pertama telah dicalonkan di Anugerah Industri Muzik ke-20 bagi kategori Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik.[5]

Kali Pertama
Album studio oleh
Dilancarkan pada22 Mac 2013 (2013-03-22)[1]
Dirakamkan pada2012-2013
GenrePop
Panjang26:45
SyarikatWarner Music Malaysia
PenerbitDarren Choy
Hermond Cgeng
Single daripada Kali Pertama
  1. "Biar Sampai Ke Bintang"
    Dikeluarkan: 18 September 2012 (2012-09-18)
  2. "Kali Pertama"
    Dikeluarkan: 17 Februari 2013 (2013-02-17)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan sunting

Meskipun single pertamanya, "Biar Sampai ke Bintang" kurang mendapat sambutan dari ramai peminat muzik tempatan, namun itu belum cukup memuaskan hati Asmidar, selepas menjuarai program realiti Vokal... Bukan Sekadar Rupa musim pertama pada Disember 2012.[6] Kali Pertama mencerita sedikit sebanyak tentang perjalanan Asmidar dalam industri muzik,[6] memuatkan sebanyak enam lagi lagu daripada komposer dan penulis lirik bukan calang-calang seperti Audi Mok, Taja (Meet Uncle Hussain), Hang Dimas (Hujan), Omar K, dan Ana Raffali.[6]

Pemilihan lagu dalam album ini kata Asmidar, ia merupakan atas perbincangan antara beliau dan pihak Warner Music Malaysia.[6] Setiap lagu dalam album ini mempunyai keistimewaan tersendiri.[6] Asmidar berkata banyak cabaran yang dihadapi sepanjang proses pembikinan album yang mengambil masa setahun ini. Pernah satu waktu, proses rakaman terpaksa dihentikan sehingga berminggu lamanya kerana dia mengalami batuk yang teruk.[6]

"Masa saya rakamkan lagu pertama untuk album ini, saya alami batuk yang teruk gara-gara makan durian. Saya memang tak boleh makan durian sepatutnya, sebab badan saya tak tahan panas. Entah macam mana saya boleh makan, hanya seulas, saya dah jatuh sakit. Sebab itu proses album ini ambil masa agak lama. Ditambah dengan kejadian-kejadian yang tidak dijangka telah berlaku."[6]

— Asmidar mengulas mengenai proses pembikinan album pertamanya.

Menyentuh mengenai konsep albumnya, Asmidar mengetengahkan elemen kupu-kupu sebagai simbolik mengenai perjalanan kerjaya nyanyiannya dan kehadirannya begitu sinonim dengan warna-warni yang menceriakan.[7] Keadaan itu digambarkan oleh Asmidar, boleh dikatakan serupa dengan perjalanan bidang seni beliau.[7]

Keluaran dan sambutan sunting

Kali Pertama dikeluarkan pada 22 Mac 2013, iaitu 20 hari selepas Asmidar meraikan ulang tahun kelahirannya ke-28, majlis pelancaran album ini diadakan di Black Box, Publika, Solaris Dutamas. Bagi mempromosikan album ini, "Biar Sampai Ke Bintang" dan "Kali Pertama" dikeluarkan sebagai single dan dijadikan muzik video. Disamping itu Asmidar membuat persembahan bagi mempromosikan album ini di tiga universiti bermula di Universiti Kebangsaan Malaysia (pada 23 Februari) kemudian di Universiti Selangor (UNISEL) dan di Universiti Malaya.[7]

Senarai runut sunting

No.TajukPenulisPenciptaMasa
1."Kali Pertama"Audi Mok, Omar KAudi Mok, Omar K4:00
2."Goldilocks"Ad SamadTaja3:37
3."Bila Cinta Ada"Eenaz MokhtarAcap3:51
4."Sepenggal Kasih"ManikManik, Uti3:11
5."Sepasang Sudu"Ana RaffaliAna Raffali3:53
6."Pesona Cinta"Puteri CahayaPuteri Cahaya4:22
7."Biar Sampai Ke Bintang"Transformer MalayaAjai3:28
Jumlah masa: 26:45


Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 22 Mac 2013 Muat turun digital[1]
Penstriman digital[8]
Warner Music Malaysia

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2013[5] Anugerah Industri Muzik ke-20 Kali Pertama Album Terbaik Tercalon
Rakaman Album Terbaik Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Kali Pertama". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 2017-03-15.
  2. ^ Kali Pertama (catatan media). Asmidar. Warner Music Malaysia. 2013.CS1 maint: others (link)
  3. ^ "Asmidar Lancarkan Album Pertama, 'Kali Pertama'". Kundasang. 23 Mac 2013. Dicapai pada 15 Mac 2014.[pautan mati kekal]
  4. ^ "'Kali Pertama' belum puas". Kosmo!. 8 Disember 2013. Dicapai pada 15 Mac 2014.
  5. ^ a b "'Top nominees for AIM 20". The Star Online. 6 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-09. Dicapai pada 15 Mac 2014. (Inggeris)
  6. ^ a b c d e f g "'Kali Pertama' Tamatkan Penantian 12 Tahun Asmidar". Malaysia Digest. 6 Mac 2013. Dicapai pada 15 Mac 2014.
  7. ^ a b c "Penantian Asmidar kini berakhir". Sinar Harian. 8 Mac 2013. Dicapai pada 15 Mac 2014.
  8. ^ "Kali Pertama - album by Asmidar". Spotify. Dicapai pada 2017-03-15.