Seni khat Parsi

(Dilencongkan dari Kaligrafi Parsi)

Seni khat Parsi/Iran (Parsi: خوشنِویسیِ ایرانی) merupakan seni kaligrafi dalam bahasa Parsi. Ini adalah salah satu bentuk-bentuk seni yang paling dihormati sepanjang sejarah Iran serta komuniti berbahasa Parsi di Afghanistan.

Contoh seni khat Parsi oleh Mir Emad.

Sejarah sunting

Nasta'liq sunting

Selepas penaklukan Islam ke atas Parsi pada abad ketujuh, bangsa Parsi menerapkan abjad Arab ke dalam bahasa mereka lalu membangunkan skrip tulisan mereka sendiri. Di samping 28 abjad asal Arab, empat lagi abjad tambahan diterapkan oleh orang Parsi lalu membentuk tulisan Parsi pada masa kini.[1]

Kira-kira seribu tahun lalu, Ibn Muqlah (Parsi: ابنِ مقله بيضاوی شيرازی) dan adik-beradiknya mencipta enam jenis seni khat Parsi, yakni Mohaqiq, Reyhan, Sols, Naskh, Toqi and Riqa'. Jenis-jenis ini lazim selama empad abad dalam budaya Parsi. Pada abad ketujuh Hijrah, Hassan Farsi Kateb menggabungkan khat Naskh dan Riqa' lalu membentuk seni khat Ta'liq. Pada abad ke-14, Mir Ali Tabrizi menggabungkan pula khat Naskh dan Ta'liq lalu mencipta seni khat Nas’taliq.[1] Dalam 500 tahun terkini, Nastaʿlīq telah menjadi gaya khat utama dalam penulisan skrip Arab-Parsi.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "History - Persian Calligraphy- All about Persian Calligraphy". persiancalligraphy.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-04. Dicapai pada 2021-03-17.

Pautan luar sunting