Kalio adalah jenis masakan seperti rendang yang lebih kering dan masih berwarna keperangan dibandingkan dengan rendang biasa yang berwarna perang kehitaman.[1] Kalio mempunyai tekstur yang melekit dan lembap dengan aroma karamel yang kuat, sementara rendang lebih kering, kasar di mulut serta lebih tajam pedasnya. Kalio umumnya lebih didapati di rumah makan padang di luar Sumatera Barat kerana tempoh memasaknya lebih pendek sehingga lebih praktikal dan menjimatkan untuk dihidangkan berbanding rendang. Selain itu, rasanya tidak terlalu pedas dan dagingnya tidak dimasak sekeras rendang. Walau bagaimanapun, kalio hanya boleh bertahan kurang dari seminggu dalam persekitaran bersuhu bilik.[2]

Gambar kalio daging

Seperti rendang, isi lauk kalio biasanya daging lembu, daging ayam, limpa, hati lembu atau jering . Hati, limpa, jering, dan kentang biasanya dimasak lebih banyak menjadi kalio kerana sering hancur ketika dikacau dan terlalu keras ketika menjadi rendang.

Rujukan sunting

  1. ^ Muthia Nurmufida; Wangrimen, Gervasius H.; Reinalta, Risty; Leonardi, Kevin (Dis 2017). "Rendang: The treasure of Minangkabau". Journal of Ethnic Foods. 4 (4): 233. doi:10.1016/j.jef.2017.10.005.
  2. ^ Lipoeto, Nur I; Agus, Zulkarnain; Oenzil, Fadil; Masrul, Mukhtar; Wattanapenpaiboon, Naiyana; Wahlqvist, Mark L (February 2001). "Contemporary Minangkabau food culture in West Sumatra, Indonesia". Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition. Blackwell Synergy. 10 (1): 10–16. doi:10.1046/j.1440-6047.2001.00201.x. PMID 11708602.

Pautan luar sunting