Kalium hidroksida
Kalium hidroksida
Perkara am
Nama lain Lai potasy
Formula molekul KOH
Jisim molar 56.11 g/mol
Rupa pepejal putih,
lembap cair
Nombor CAS [1310-58-3]
Sifat
Pemantapan dan fasa 2.044 g/sm3, pepejal
Keterlarutan dalam air 1100 g/L (25 °C)
Takat lebur 406 °C
Takat didih 1320 °C
Tekanan wap 1.3hPa (719 ° C)
Kebesan (pKb) 0
Bahaya
MSDS MSDS luaran
Pengelasan EU Bahan kakis (C)
NFPA 704

0
3
1
 
Frasa R R22, R35
Frasa S S1/2, S26, S36/37/39, S45
Takat kilat Tidak mudah terbakar
Nombor RTECS TT2100000
Halaman data tambahan
Struktur dan sifat n, εr, dll.
Data termodinamik Kelakuan fasar
Pepeja, cecair, gas
Data spektrum UV, IR, NMR, MS
Sebatian berkait
Anion lain Kalium oksida
Kalium peroksida
Kalium superoksida
Kation lain Lithium hidroksida
Natrium hidroksida
Rubidium hidroksida
Sesium hidroksida
Kecuali sebaliknya dikatakan, semua data diberi untuk bahan-bahan dalam keadaan piawai (pada 25 °C, 100 kPa)
Penafian dan rujukan kotak info

Kalium hidroksida (KOH) ialah sebatian kimia yang merupakan bes logam yang amat beralkali. Sebatian ini kekadang juga dikenali sebagai potasy kaustik, lai potasy, dan kalium hidrat.

Kegunaan sunting

Dalam bidang pertanian, kalium hidroksida digunakan untuk membetulkan pH tanah berasid. Sebatian ini juga boleh digunakan sebagai fungisid atau juga herbisid.

Kalium hidroksida ialah salah satu bahan kimia perindustrian utama yang digunakan sebagai bes dalam berbagai-bagai proses kimia, termasuk:

Kegunaan-kegunaan lain termasuk:

Sebatian jenis ini juga digunakan untuk serbuk-serbuk pencuci, sesetengah pembersih gigi palsu, bahan cuci bukan fosfat, serta bahan-bahan pencuci parit atau paip.

Bagi orang biasa, salah satu kegunaan KOH yang amat penting adalah untuk bateri alkali yang menggunakan larutan KOH sebagai elektrolit. Oleh itu, kalium hidroksida membantu membekalkan kuasa untuk lampu suluh, pengesan asap, dan barang-barang kegunaan rumah yang dikuasai oleh bateri. Kalium hidroksida juga merupakan bahan punar tak isotropi untuk silikon (bahan punar ini mendedahkan satah-satah oktahedron). Teknik ini boleh juga mewujudkan piramid dan lubang punaran berbentuk tetap untuk kegunaan seperti MEMS.

Penyediaan makanan sunting

Kegunaan-kegunaan lain potasy dalam makanan termasuk:

Buah zaitun sering direndam dalam larutan lain untuk melembutkannya, manakala pretzel dan lai gulung Jerman disadur dengan larutan lai sebelum dibakar untuk merapuhkan kulit pastrinya.

Lai digunakan untuk membuat makanan istimewa Skandinavia yang dikenali sebagai lutefisk (daripada perkataan lutfisk yang bermaksud "ikan lai"). Ikan kod direndam dalam larutan lai untuk menjadikannya seolah-olah agar-agar, dan dihidang dengan lemak bakon, ubi kentang, sos brunos, serta kacang pis lembik. Jagung lekit ialah isi jagung kering yang dibancuh dalam larutan lai untuk tujuan membuang kulit perikarp dari isirongnya.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Untuk daftar pautan luar yang lengkap, sila lihat sumber kimia.