Kalmyk Sart ialah satu kumpulan etnik Oirat yang mendiami Issyk Kul, Kyrgyzstan. Populasi mereka dianggarkan berjumlah sekitar 12,000 orang. Mereka adalah keturunan puak Ööled yang berpindah ke wilayah Empayar Rusia selepas kegagalan pemberontakan Dungan, sebahagiannya mendiami kawasan itu semasa pemerintahan Khanate Zunghar.[2] Mereka pernah bertutur dalam satu dialek bahasa Oirat, namun kini beralih sepenuhnya kepada bahasa Kyrgyz. Hasil percampuran yang lama dengan orang Kyrgyz, mereka dimasukkan ke dalam bangsa Kyrgyz, dan kini orang Kyrgyz menganggap mereka sebagai salah satu puak mereka. Hari ini majoriti mereka memperkenalkan diri mereka sebagai orang Kyrgyz. Mereka beragama Islam.[3]

Sart Kalmyk
Kawasan ramai penduduk
 Kyrgyzstan12,000 (2012)[1]
Bahasa
Oirat dialect of Mongolic languages, Kyrgyz language
Agama
Sunni Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Mongols, especially Oirats

Sejarah sunting

Kalmyk di Kyrgyzstan adalah salah satu kumpulan sub-etnik orang Oirat, yang tinggal di Issyk Kul di bahagian timur Kyrgyzstan. Pada banci Kyrgyzstan 1999, seramai 5,824 orang Kalmyk didaftarkan, yang membentuk sekitar 5% daripada populasi sedunia. Pada banci 2009, terdapat seramai 3,800 orang Kalmyk di Kyrgyzstan. Orang Kalmyk adalah salah satu puak orang Mongol dan bertutur dalam bahasa Oirat. Pada kurun ke-17, sebahagian daripada orang Oirat berpindah ke wilayah Eropah, yang kini terdiri daripada republik Kalmykia. Sebahagian kecil orang Kalmyk dan orang Mongol lain tinggal terasing daripada kawasan utama Mongol di Xinjiang sehinggalah pemberontakan Dungan. Selepas kegagalan pemberontakan itu pada 1881 dan kepulangan kawasan Ili daripada Rusia ke tangan China, lebih daripada 10,000 orang bangsa Uyghur, 5,000 orang bangsa Dungan dan berdozen-dozen keluarga bangsa Oirat berpindah ke wilayah Empayar Rusia, wilayah-wilayah Kazakhstan and Kyrgyzstan kontemporari.

Penempatan semula sunting

Sejak kurun ke-19, Kalmyk Sart telah tinggal di timur Issyk Kul, yang menempatkan 91.2% Kalmyk Kyrgyzstan - kebanyakannya di Karakol dan Ak-Suu. Semasa dekad-dekad terdahulu sebahagian mereka berpindah ke Chuy dan Bishkek untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Secara umumnya, Kalmyk Sart membentuk 1.5% daripada populasi wilayah itu dan 0.1% daripada populasi Kyrgyzstan. Secara tradisinya mereka terlibat dalam penternakan lembu.

Bibliografi sunting

  • Ferghana Valley: The Heart of Central Asia
  • James Stuart Olson. An Ethnohistorical Dictionary of the Russian and Soviet Empires, 1994
  • S.K. Khoyt. The latest figures about localization and population of the Oirat people. //Ethnogenesis and ethnic culture problems of the Turko-Mongolic nations. 2nd Edition. Elista, 2008. p. 184-195 (Russian)

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ The office of the President of Mongolia, Public Relations & Communications Division http://www.president.mn/eng/newsCenter/viewNews.php?newsId=697
  2. ^ NTV (Mongolia) television, "Mongols in search of Mongols"
  3. ^ B.Z. Nanzatov, M.M. Sodnompilova. "Sart-kalmaks in contemporary Kyrgyzstan". Cultural inheritance of the Central Asian nations. Edition 3: Культурное наследие народов Центральной Азии. Выпуск 3: collection of articles (in Russian) // Ulan-Ude, Publishing House of The Buryat Scientific Center of the Siberian Department of the The Russian Academy of Sciences, 2012, pg. 34-37

Templat:Mongol Yastan