Kalong Kenangan
Kalong Kenangan merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1964. Filem Kalong Kenangan diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Kalong Kenangan | |
---|---|
Pengarah | Hussein Haniff |
Penulis | Hussein Haniff |
Lakon layar | Hussein Haniff |
Dibintangi | Ghazali Sumantri Latifah Omar Haji Arshad Tony Kassim |
Sinematografi | Hitam Putih |
Diedarkan oleh | Cathay-Keris Film Productions |
Tarikh tayangan | 1964 |
Masa tayangan | 110 Minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Pengarah
suntingFilem Kalong Kenangan diarah oleh pengarah Husain Haniff pada 1964.
Sinopsis
suntingFilem ini mengisahkan Malik yang mempunyai perasaan terhadap Tengku Mawar meminta ayah dan ibunya untuk masuk meminang. Tetapi ayahnya tidak bersetuju kerana yakin pasti baginda Raja akan menolak pinangan itu. Baginda raja mempunyai dua orang anak iaitu Tengku Mawar dan Tengku Iskandar.
Pada masa yang sama Tengku Mawar selalu berasa dirinya dipukau dan terbayang lelaki yang tidak dikenali masuk ke biliknya setiap malam. Suatu hari, Tengku Mawar telah jatuh sakit. Tok Bomoh yang memeriksanya mendapati Tengku Mawar telah mengandung tiga bulan.
Sebelum kemangkatan baginda Raja, beliau sempat meminta Datuk Bendahara untuk membuang anak Tengku Mawar sejurus selepas dia bersalin nanti. Datuk Bendahara dengan perasaan berat hati telah menghanyutkan anak itu ke dalam perahu.
Di suatu kampung yang lain, Pak Imam telah menjumpai seorang bayi yang telah hanyut di dalam perahu. Pak Imam telah menyerahkan bayi tersebut di bawah jagaan Long dan Utih. Pasangan suami isteri itu telah menamakan bayi itu sebagai Rabu. Setelah Rabu mengetahui yang dia cuma anak angkat sahaja, Rabu telah mengembara untuk mencari asal usulnya.
Pelakon
suntingPelakon Utama
sunting- Ghazali Sumantri sebagai Rabu
- Latifah Omar sebagai Tengku Mawar
- Haji Arshad sebagai Malik
Pelakon Pembantu
sunting- Tony Kassim sebagai Tengku Iskandar
- Ahmad Sabri sebagai Long
- Umi Kalthum sebagai Utih
- Dollah Sarawak sebagai Raja
- Yem Ibrahim sebagai Datuk Bendahara (Ayah Malik)
- Siti Tanjung Perak sebagai Ibu Malik
- Rahman Ali sebagai Munah (Dayang Istana)
- Udo Omar sebagai Pak Imam
- Salleh Melan sebagai Tok Bomoh
- Ahmad Othman sebagai Awang