Hajah Kalthom Othman adalah ahli politik wanita Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Negara lantikan Kerajaan Negeri Kelantan selama 2 penggal dari tahun 1991 hingga 1997. Di peringkat parti, beliau pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia pada 2003 hingga 2005.

Hajah

Kalthom Othman
Ahli Dewan Negara
Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
2003 – 2005
Didahului olehHaji Mohd Noor Abdullah (BN-UMNO)
Digantikan olehJamilah Ibrahim
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Dalam jawatan
1992 – 2001
Didahului olehUstazah Fatimah Ibrahim
Digantikan olehUstazah Azizah Khatib Mat
Butiran peribadi
Lahir1949
Narathiwat, Thailand
Meninggal dunia3 Februari 2010
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
KediamanKelantan Kelantan
PekerjaanAhli politik

Latar belakang sunting

Kalthom dilahirkan di Kampung Lubok Datok, Yingo, Narathiwat dan dibesarkan oleh ibu saudaranya, Hajah Esah Yahaya di Pasir Puteh, Kelantan sejak kecil.

Kalthom mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Tahzib, Pasir Puteh dan menamatkan pengajian di Yayasan Pengajian Islam Kelantan (YPTIK) di Nilam Puri dengan memperolehi Sijil Dakwah dan Kepimpinan pada tahun 1970.

3 generasi dari Ibu saudaranya, Hajah Esah Yahaya, beliau sendiri (1999-2010) dan anaknya, Ustazah Nor Asilah Mohamed Zin (2013) menerajui kepimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh

Penglibatan sunting

Berikut merupakan jawatan yang penah dipegang mengikut bidang.

Penglibatan dalam parti sunting

  • Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan Tumpat (1979)
  • Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tumpat
  • Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh (1999-2010)
  • Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan (1979-1992)
  • Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan (1993-2001)
  • Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (1993-2001)
  • Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat (2001-2003)
  • Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (2003-2005)
  • Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan
  • Pengarah Pilihanraya PAS Dun Selinsing, PRU 2008

Penglibatan dalam kerajaan sunting

  • Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan (1990-1991)
  • Ahli Dewan Negara (1991-1994 & 1994-1997)
  • Ahli Majlis Daerah Tumpat
  • Ahli Majlis Daerah Pasir Puteh
  • Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh 2004 selama 3 bulan sebelum dilucutkan jawatan hasil petisyen pilihan raya.

Ahli Parlimen yang dilucut sunting

Dalam pilihan raya umum 2004, Kalthom telah memenangi kerusi Parlimen Pasir Puteh mengalahkan Dato Che Min Che Ahmad. Bagaimanapun, kerusi tersebut terpaksa diserahkan semula kepada calon UMNO apabila mahkamah mengistyharkan kerusi berkenaan dibatalkan dan kemenangan diberikan kepada Che Min.

Dalam pilihan raya umum 2008, Kalthom tidak bertanding di mana-mana kerusi. Komitmen kepada parti dan perjuangan masih diteruskan walaupun tanpa jawatan penting. Sehingga ke saat akhir Allahyarham merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Pasir Puteh dan pegawai Dakwah Halaqah DUN Selising, Pasir Puteh.


Meninggal dunia sunting

Pada 3 Februari, Kalthom telah meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan dalam usia 61 tahun setelah diserang angin ahmar. Solat jenazah diadakan di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Bekas Ketua Muslimat PAS Pusat meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-14. Dicapai pada 2012-02-05.