Kalut Nak Kahwin

filem komedi, 2022

Kalut Nak Kahwin ialah sebuah filem komedi Malaysia 2022 arahan Yussuf Yunus dengan skrip oleh Aloy Paradoks terbitan CineMalaya Studios. Dibintangi oleh barisan pelakon ensembel yang terdiri daripada Amerul Affendi, Chelsia Ng, Anas Ridzuan, Salih Yaacob, Dee Al-Hadi, Aloy Paradoks dan Fudail Dayyan, filem ini ditayangkan pada 4 Ogos 2022 di Astro First.[1]

Kalut Nak Kahwin
PengarahYussuf Yunus
PenulisAloy Paradoks
Dihasilkan olehFara Syazween
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
CineMalaya Studios
Tarikh tayangan
4 Ogos 2022 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah masyarakat di rumah flat yang mengalami masalah air pada majlis perkahwinan di tempat mereka. Munirah bingung apabila berlaku gangguan air di flatnya pada hari perkahwinannya. Abangnya, Mustaqim cuba mengatasi masalah dan memastikan perkahwinan itu berjalan seperti yang dirancang.

Lebih memburukkan lagi, Pak Lang, tukang masak tidak boleh menghidangkan semua juadah untuk tetamu jemputan kerana kesuntukan masa. Tambahan pula berlakun kebakaran, tok kadi ada urusan lain dan pelamin tak siap. Nasib baik, atas nama kerja berpasukan, semua masalah dapat diselesaikan.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Menurut penerbit filem ini, Fara Syazween, idea asal filem ini datang daripada beliau sendiri dan jalan cerita Kalut Nak Kahwin asalnya hanya bertumpu kepada masalah bekalan air di pangsapuri sahaja. Bagaimanapun, pihaknya bersepakat untuk mengembangkan jalan cerita filem ini selepas cadangannya diterima oleh Astro dan terus membentangkan idea itu kepada pengarahnya, Yussuf Yunus.[2]

Fara berkata, beliau dan Yunus kemudian menghubungi penulis skrip, Aloy Paradoks untuk memaklumkan kepadanya mengenai idea filem Kalut Nak Kahwin, yang mana Aloy bersetuju untuk mengembangkan jalan cerita bagi mendapatkan hasil terbaik. Menurutnya, beiau mengambil masa lebih kurang 3 sehingga 4 bulan untuk menyempurnakan filem ini secara berperingkat. Selepas perbincangan yang dilakukan oleh mereka bersama, mereka bersepakat untuk mewujudkan Kalut Nak Kahwin yang membawa isu ketiadaan bekalan air semasa persiapan majlis perkahwinan.[2]

Keluaran sunting

Kalut Nak Kahwin ditayangkan pada 4 Ogos 2022 di Astro First.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Shahrin Zulkifle (2 Ogos 2022). "Nak Masak Lauk Kenduri Kahwin, Tapi Tiada Air? Satu Flat Jadi Kalut". Astro Gempak. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  2. ^ a b Shahrin Zulkifle (8 Ogos 2022). ""Awalnya Hanya Rancang Buat Konflik..." - Penerbit Dedah Jalan Cerita Asal Kalut Nak Kahwin". Astro Gempak. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  3. ^ "Air Tiada, "Kalut Nak Kahwin" – Akan Datang 4 Ogos Ini Di Astro First". Kakimuvee. 29 Julai 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.

Pautan luar sunting