Kamahl atau nama penuhnya K. Kamalesvaran merupakan penyanyi kelahiran Malaysia yang popular di Australia.Beliau dibesarkan di Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia. Kini beliau mengambil keputusan menetap di Sydney kerana mempunyai masa depan dan sambutan yang lebih cerah.Rezekinya mencura-curah di negara orang.


Kehidupan Awal sunting

Kamahl lahir di Malaysia kepada ibu bapa berketurunan Tamil


Anugerah sunting

  • 1994 - Member of the Order of Australia
  • 1998 - Australian Father Of The Year award
  • 2004 - Australian Centenary Medal dari Ratu Elizabeth II


Dipersendakan sunting

Pada 9 Oktober 2009, Kamahl menjadi bahan ejekan sebuah sketsa beberapa artis memakai rambut palsu ala Afrika dan muka mereka dihitamkan dalam rancangan televisyen di Australia. Kemudian seorang artis memaparkan satu lakaran kartun dengan perkataan "Di Mana Kamahl". Kamahl menyatakan rasa tersinggungnya dalam akhbar Daily Telegraph di Sydney. Baginya sketsa itu "tidak kelakar".[1] Baru-baru ini orang Asia khususnya kaum India mengadakan di demonstrasi di Australia kerana menerima layanan buruk dari masyarakat kulit putih di Australia.


Rujukan sunting