Kamal Adli
Ahmad Kamal bin Ahmad Adli (lahir 16 April 1986) ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara dan peragawan Malaysia. Beliau ialah juara Hero Remaja 2007/2008 dan menempa nama sebagai pelakon komedi popular di samping berkebolehan melakonkan pelbagai jenis watak termasuk drama. Gaya lakonan komedi Kamal disifatkan segar dan tersendiri hingga menjadi tanda dagangnya.
Kamal Adli | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Ahmad Kamal bin Ahmad Adli 16 April 1986 |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, model, pelawak |
Tahun aktif | 2008–kini |
Ketinggian | 178 cm (5 ka 10 in) |
Kamal muncul dalam beberapa drama televisyen seperti Bio-Nik, Zati & Si Mawas, Ana lu'lu, Putera Rayyan dan Black Belt Kaler Pink serta telefilem termasuk Kekasihku Is Setan, Nyamuk Tak Berdosa dan Rongples Rongtaim.
Beliau juga terkenal dengan peranan filem termasuk Niyang Rapik (2010), Kembar Siang (2011), Gerimis Mengundang (2012), Gangster Celop (2013) dan Abang Long Fadil (2014). Beliau merupakan lulusan bidang Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).
Beliau telah melamar Uqasha Senrose pada Disember 20, 2020 di acara langsung AME di tv3.
Kehidupan awalSunting
Kamal dilahirkan pada 16 April 1986 di Pekan, Pahang dan merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik. Beliau ialah juara Hero Remaja 2007/2008.[1] Kamal berkelulusan dalam Bidang Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM; Akademi TV3).
KerjayaSunting
Peranan pertama Kamal dalam bidang lakonan ialah pada 2008 menerusi peranan kecil dalam siri drama Renjis musim kedua di Astro Ria, seterusnya memulakan kerjayanya sebagai pengacara apabila beliau mengacarakan rancangan Pandanganku, Ceritaku yang juga bersiaran di Astro Ria. Pada 2009, Kamal diberikan peranan utama sebagai Nik menerusi drama adiwira cereka sains TV3, Bio-Nik terbitan KRU Studios.[2] Drama ini berkisarkan seorang remaja yang bernama Nik yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya, lalu dibangkitkan semula dengan berlengkapkan pelbagai ciri-ciri robotik yang canggih lagi serba boleh dalam badannya.[3][4][5]
Selepas Bio-Nik, Kamal berlakon bersama Liyana Jasmay menerusi drama Zati & Si Mawas.[6] Peranan pertama di layar lebar hadir pada 2010 apabila Kamal membintangi filem sulung lakonannya, Niyang Rapik arahan Ahmad Idham bersama Shaheizy Sam dan Awal Ashaari.[7]
Pada tahun 2011, Kamal bersama Liyana dan Zahiril Adzim membintangi filem seram Senjakala arahan Ahmad Idham yang mana beliau memegang watak pembantu sebagai penduduk kampung. Beliau pertama kali berpasangan dengan Intan Ladyana menerusi filem Kembar Siang arahan Hatta Azad Khan, Kamal memegang watak dua beradik kembar, iaitu Awal dan Awi. Seterusnya, beliau membintangi drama Ana lu'lu’' bersama Nora Danish yang disiarkan di Slot Lestary TV3.
Bekerja sekali lagi di bawah arahan Idham, Kamal bergandingan bersama aktres Indonesia, Olivia Lubis Jensen menerusi filem romantik gabungan Malaysia-Indonesia, Gerimis Mengundang yang ditayangkan pada 31 Mei 2012. Kamal kembali ke layar kaca dengan melakonkan watak utama dalam siri Putera Rayyan di Slot Samarinda TV3 bersama dua heroinnya, Miera Leyana dan Nad Zainal.
Pada tahun 2013, Kamal bersama Syamsul Yusof dan Hanis Zalikha berlakon dalam filem aksi komedi arahan Ahmad Idham dan Datuk Yusof Haslam, Gangster Celop.[8] Beliau kemudiannya berlakon dalam filem 3 Temujanji arahan Hashim Rejab lakonan Pierre Andre dan Yana Samsudin. Seterusnya, beliau menjadi peserta rancangan realiti TV, Liga Lawak Superstar. Beliau menyertai barisan pelakon termasuk Jalaluddin Hassan, Razak Ahmad, Julia Ziegler, Radhi Khalid dan Najwa P. Ramlee dalam pementasan teater Asmara Songsang arahan Rahman Adam yang dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac 2013.[9][10]
Pada tahun 2014, beliau bersama Zizan Razak memegang watak utama dalam filem aksi komedi Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof.[11] Filem ini merupakan terbitan turunan daripada filem KL Gangster, Kamal melakonkan watak sebagai Adam, anak kepada seorang pendekar. Seterusnya, beliau berlakon dalam filem seram arahan Pierre Andre, Cerita Hantu Malaysia.
Kamal memegang watak sebagai Chi dalam telefilem Rongples Rongtaim arahan Yusry KRU lakonan bersama Tauke Jambu, Chelsia Ng, Bell Ngasri, Chew Kin Wah dan Ayahanda Abdul Rani Kulup. Telefilem ini disiarkan di slot Karya 12 Astro Citra.[12] Ini merupakan kali kedua Kamal dan Tauke berlakon bersama selepas Abang Long Fadil.
Beliau berlakon bersama Aaron Aziz dalam drama komedi Black Belt Kaler Pink yang bersiaran di Astro Warna, seterusnya muncul dalam filem drama ketenteraan arahan Jurey Latiff Rosli, Malay Regiment yang ditayangkan pada 31 Ogos 2017.
Kehidupan peribadiSunting
Kamal sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Intan Ladyana selama lebih 6 tahun, namun mereka berdua memutuskan hubungan selepas enam tahun bersama. Namun demikian, perpisahan itu tidak dapat diterima bagi Kamal yang masih lagi berharap agar percintaan mereka dapat disambung kembali. Menurut Kamal, beliau berasa kecewa dengan perpisahan ini dan tidak menyangka Intan akan meninggalkannya begitu sahaja setelah 6 tahun menyulam cinta.[13][14][15][16][17][18] Sekitar 2015, beliau dilaporkan bercinta dengan pelakon Emma Maembong. Pada tahun 2017, hubungan mereka dikatakan sudah putus kerana orang ketiga. Ketika Kamal memenangi SuperSpontan Superstar, kelihatan Emma datang dan mengucapkan tahniah kepada Kamal. Selepas itu, desas-desus mengatakan mereka sudah kembali menyulam cinta. Sehingga kini, hubungan mereka dalam teka teki, tidak diketahui cerita sebenar hubungan mereka itu.[19][20][21][22]
Kini Kamal masih sendiri dan banyak fokus pada kerjaya. Beliau juga terpalit dengan gosip tentang hubungan beliau dengan Uqasha Senrose kerana mereka sangat rapat sewaktu bekerjasama dalam drama Setelah Terlafaznya Akad. Namun begitu keduanya terlihat sering bersama dan Kamal juga sering terlibat dengan majlis keluarga Uqasha. Pengarah drama terbaru 'Perempuan Tanpa Dosa' yang kini ditayangkan di Astro Ria, iaitu Michael Ang cuba membongkar gosip yang menyatakan Kamal dan Uqasha telah pergi ke kursus kahwin sewaktu tiada sesi penggambaraan antara mereka pada bulan Oktober di Instagram Michael,namun mereka tidak memberi sebarang tanda bahawa apa yang dikatakan oleh Micheal adalah benar.
Detik 20 Disember 2020,selepas menyampaikan anugerah bagi kategori Grup/Duo Meletop Era,Lagu Meletop Era dan Penyanyi Meletop Era di acara Anugerah Meletop Era,Kamal memberanikan diri untuk melamar Uqasha sebagai isteri yang juga pasangannya penyampai anugerah secara langsung.Uqasha yang terkejut ,menerima lamaran Kamal.Mereka bakal menikah pada pertengahan tahun 2021.
FilemografiSunting
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan |
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Niyang Rapik | Helmi | Ahmad Idham | |
Semerah Cinta Stilleto | Randy | |||
2011 | Senjakala | Penduduk Kampung | ||
Kembar Siang | Awal / Awi | Hatta Azad Khan | ||
Senario The Movie Ops Pocot | Hairi | Ismail Bob Hashim | ||
2012 | Gerimis Mengundang | Zamani | Ahmad Idham | |
Salam Cinta | Amirul | Azhari Zain | ||
Aku Ada, Kau Ada??? | Aziz Sattar | Laila Rahila | ||
3 Temujanji | Kamal | Hashim Rejab | ||
PE3 | Fumi | Dato' Farid Kamil | ||
Apa Celop Toqq | Doktor | Ahmad Idham | ||
2013 | Gangster Celop | Aman | ||
Cinderella | Ray | |||
Paku | Pian | P. Rameesh | ||
2014 | Abang Long Fadil | Adam | Syafiq Yusof | |
MTB: Misi Tawan Baby[23] | Helmi | Adam Hamdi | ||
Cerita Hantu Malaysia | Akim | Pierre Andre | ||
2015 | Isteri Untuk Dijual | Redza | Eyra Rahman | |
Apartment | Nasa | Pierre Andre | ||
2016 | Kecoh! Primadona Kena Hantu | Nek Nak | ||
2017 | Malay Regiment | Kamal | Jurey Latiff Rosli | |
Kolestrol vs Cinta | Irfan | Eyra Rahman | ||
2018 | Blok 404 | Azma Aizal Yusoof | Penampilan khas | |
2020 | Superbike The Movie | Bugis | Wan Saiful Shahrizan | Astro First |
2021 | Escape | Adam | Ikhwansha Hazer | Pos-produksi |
TBA | Zaara | Krishna Roy | ||
TBA | Mawas | Krishna Roy | Pos-Produksi |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Renjis 2 | Budi | Astro Ria |
2009 | Bio-Nik | Nik | TV3 |
Zati & Si Mawas | Iskandar | ||
Impian Sunsilk | Johan Dhani | ||
2010 | Mayang Mengurai | Shahrul | |
Seribu Kali Cinta | Nizam | ||
Shah Jihan | Jihan | ||
Pusaka | Sham | TV2 | |
Blogger Boy: Episod 35 | Teman Lelaki Adriani | 8TV | |
Tipah Vavavoom | Imran | TV3 | |
2011 | Ana lu'lu | Harris Azhan | TV3 |
Gemilang | Umar | ||
Terowong: Penunggu | Amin | ||
2012 | Apa Celop! | Aman | |
Putera Rayyan | Putera Rayyan | ||
Runtun Qalbu | Qalbu | ||
2013 | Tanggang Ayu | Haziq | Astro Prima |
Bila Hati Perempuan Menjerit | Amar | ||
Terukir Di Bintang | Zain | TV3 | |
2014 | Syurga Tanpa Cinta | Luqman | TV1 |
Jiwa | Jiwa | TV3 | |
Antidot | Alam | ||
Alam Maya | Amman | TV9 | |
Masihkah Ada Cinta | Sam | TV3 | |
2015 | Jodoh Sebelah Pintu | Dr Badrul Syah | HyppTV |
2016 | Sha & Shah | Fariz Ameerul Shah | Astro Ria |
#AssalamualaikumCinta | Azrif Iqbal | ||
Pergilah Air Mata | Badrul | TV1 | |
Oh My English! After School | Kamal | Astro TVIQ | |
PU Wid | Ahmad Widad | Astro Oasis | |
2017 | Black Belt Kaler Pink | Burn | Astro Warna |
Pergilah Air Mata: 4 Episod Khas | Badrul | TV1 | |
Duda Pujaan Dara | Tengku Razeen | Astro Ria | |
2018 | Banteras | Badrul | |
Jika Masih Ada Rindu | Hisyam | TV3 | |
2019 | Setelah Terlafaznya Akad | Hanan | Astro Ria |
Utusan Cinta Buat Adam | Adam Firdaus | TV3 | |
Black (adaptasi drama korea) | Detektif Khairul Malik/Malaikat 444 | Viu Malaysia | |
2020 | Bukan Kahwin Paksa | Izz Rizqin | TV3 |
Perempuan Tanpa Dosa | Rizal | Astro Ria | |
2021 | Black 2(adaptasi drama korea) | Detektif Khairul Malik/Malaikat 444 | Viu Malaysia |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009 | Otai Rempit | TV3 | |
Kekasihku Is Setan | Iskandar | Astro Ria | |
2010 | Senandung Semalam | Hazry | TV1 |
Lagu Kita | Ameer | Astro Citra | |
2011 | Diari Suami 9 Bulan | Hairul | TV9 |
Azam Ala Kazam | Azam | TV3 | |
2012 | Alamak 7 Hari Lagi | Haris | |
Apa Celop Raya | Aman | ||
Cuba Jadi Lelaki | Amir | TV9 | |
Doktor Cinta | Opie | ||
2013 | Nyamuk Tak Berdosa | Bahrin | TV3 |
Baran | Malik | ||
Sayangku Damia | Halim | ||
Cinta | Zaidi | TV2 | |
Kompang Abang Zabidi | Zabidi | Astro Warna | |
PA Cinta | Adam Razuwan | TV9 | |
2014 | Munajat Terhenti | Yusman | TV2 |
Dendam Roh Alia | Malik | Astro Prima | |
Nasi Dagang Nasi Ayam | Yang Ariff | TVi | |
Potret Duka | Dr Azreen | TV3 | |
2015 | Bulan Tiada Madu | Emran | TV9 |
Tipah Semperit | TV1 | ||
Kasih Antara Kita | Hisham | ||
Suamiku Encik Beruang | Astro Ria | ||
Madam Nona Pokok Sena | Ipin | Astro Prima | |
Andai Bukan Khilaf Itu | Muiz | TV2 | |
Hai Lah Menantu | Imran | TV3 | |
Cik Puan Bibik | Shafiq | TV1 | |
2016 | Pondok Senja | Zulfa | TV3 |
Budak Dari Tak Bai | Johari | Astro Ria | |
Pontianak Sesat Dalam Kampung | Yamin | ||
Rongples Rongtaim | Chi | Astro Citra | |
Sha, Shah dan Syawal | Shah | Astro Ria | |
#Assalamualaikum Cinta Raya | Azrif Iqbal | ||
Ms Oxford Mr Mesir | Farhan | ||
2017 | Huru Hara Raya | Fareez | TV3 |
Jongkong | Wan Ishak | Astro Citra | |
2018 | Suatukala | Pendek | Astro First Eksklusif |
Waktu Khalil | Wan | TV3 | |
Sha vs Shah | Shah | Astro Ria | |
I Heart You Cik Yah | Zulkifli | Astro Citra | |
My Sweet Madu | Farel | ntv7 | |
Hingga Jumpa Lagi | Nuh | Astro Citra | |
Haloba | Mikael | ntv7 | |
2019 | Boyfriend Aku Dari... | Andy | Astro Citra |
Hantu Don | Abu | TV3 | |
Datuk S | Sazali | Astro First Eksklusif | |
Ada Mata Memerhati | Shah | Astro Citra | |
2020 | Telunjuk Iblis | Abadi | Astro Citra |
TeaterSunting
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2009 | Teater Muzikal Impak Maksima | |
2011 | Teater Muzikal Gerimis Mengundang | |
2013 | Asmara Songsang |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Rentak Juara, Rhythm Of Champions | TV1 | Pengacara | |
Pandanganku Ceritaku | Astro Ria | Pengacara | ||
2013 | Liga Lawak Superstar | Astro Warna | Peserta | |
2014 | Super Spontan 2014 | Astro Warna | Artis Jemputan | |
2015 | Dewi Remaja | Astro Ria | Pengacara | |
2016 | Trek Selebriti | Astro Ria | Artis Jemputan | |
Super Spontan Superstar | Astro Warna | Peserta | ||
2017 | Curi Curi Cuti | Astro Ria | Pengacara | |
Super Spontan Superstar | Astro Warna | Peserta | ||
From Spain to Morocco | TV2 | Pengacara | ||
2018 | Gegar Lawak | Astro Warna | Pengacara | bersama Fad Bocey |
CCTV | Astro Ria | Artis jemputan | Mempromosikan Gegar Lawak dengan mentor, Nizam (Jentik-Jentik) | |
Pecah Perut | Astro Warna | Pelakon dan pelawak setiap sketsa | ||
Lawak Ke Dik? | Astro Warna | Pengacara | ||
CCTV | Astro Ria | Artis jemputan | Untuk promosi rancangan Lawak Ke Dik? | |
MeleTOP | Astro Ria | Pengacara jemputan | Menggantikan Nabil Ahmad (13 Mac 2018) | |
Bocey and Friends | Astro Warna | Episod 2 | Artis jemputan berwatakkan jururawat dengan Mark Adam dan Rozita Che Wan | |
MeleTOP | Astro RIa | Artis jemputan | Untuk promosi telefilem Suatukala | |
#ExpeRIAnce Projek Theme Park musim 2 | Astro Ria | Pengacara jemputan | Bersama pemenang dan peminat, Fadila Sajai di Istanbul, Turki - Ep11 (16 Mei 2018) | |
Oh My Family Raya | Astro Ria | Artis jemputan | Bersama Fikry Ibrahim. Kamal ditugaskan menjaga anak Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam dan Fikri ditugaskan menjaga anak Asyraf Khalid dan Tya Arifin. | |
Panggung Karot Pok Ya | Astro Warna | Pelawak tetap | Bersama Ebby Yus, Mamak Puteh dan Shahrol Shiro. Dihoskan oleh Sabri Yunus. | |
Bocey and Friends Rayalah Pulak | Astro Warna | Artis jemputan | Bersama Sharifah Shahirah, Salih Yaacob, Ajak Shiro, Elizad Sharifuddin, Datin Nina Juren. | |
SuperSpontan Extravaganza | Astro Warna | Juri Jemputan | Episod 1 | |
Super Spontan Extravaganza | Astro Warna | Pengacara jemputan | menggantikan Dato AC Mizal yang sedang mengadakan konsert Baik Punya Cilok 4D (Minggu 2) | |
Bawang Live | Astro Ria | Tetamu jemputan | mempromosikan telemovie I Heart You Cik Yah (20/9/2018) | |
Jozan Live | Astro Warna | Tetamu jemputan | bersama Nora Danish mempromosikan telefilem Hingga Jumpa Lagi (Episod 17: 13 November 2018) | |
Pecah Perut | Astro Warna | Pelawak tetap | rancangan sketsa lawak arahan Sharmaine Othman. | |
2019 | Bawang Live | Astro Ria | Tetamu Jemputan | bersama Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Natasha Elyzza dan Alif Muhaimin mempromosikan telefilem Boyfriend Aku dari dot dot (Khamis, 14 Mac 2019) |
Michael Ang's Halal Kitchen | Astro Ria | Artis Jemputan | Episod 6 (10/6/2019) | |
Bawang Live | Astro Ria | Tetamu Jemputan | bersama Uqasha Senrose,Zeera Azizi,Alif Muhaimin,Sharifah Shahora,Zul Helmy,Nadya Syahera,Edwin Dawson mempromosikan drama terbaru Setelah Terlafaznya Akad (Isnin,17 Jun 2019) | |
Gempak TV | Astro Ria | Artis Jemputan | bersama Uqasha Senrose dan Nadya Syahera mempromosikan drama Setelah Terlafaznya Akad (Rabu,19 Jun 2019) | |
Meletop | Astro Ria | Artis Jemputan | bersama Erwin Dawson,Nadya Syahera,Zeera Azizi mempromosikan drama terbaru Setelah Terlafaznya Akad (Selasa,25/6) | |
CCTV | Astro Ria | Artis Jemputan | bersama Nadya Syahera,Zulhelmy dan Zeera Azizi mempromosikan drama baru Setelah Terlafaznya Akad (Khamis,4 Julai) | |
Bawang Live | Astro Ria | Artis Jemputan | bersama Zul Helmy,Sharifah Shahora,Zeera Azizi , Nadya Syahera dan Alif Muhaimin mempromosikan minggu akhir drama Setelah Terlafaznya Akad (Isnin,29 Julai ) | |
Experience : Rialisasi Job Selebriti | Astro Ria | Artis Jemputan | merialisasikan impian kerjayanya sebagai 'Dream Cruise Crew' (1 October 2019) | |
Meletop | Astro Ria | Artis Jemputan | bersama Zulin Aziz,Fikry Ibrahim dan Puteri Aishah mempromosikan telefilem untuk Astro First Ekslusif ,Dato S (5 November 2019) | |
2020 | Suara Viral | Astro Ria | Pengacara | mengacarakan program ini bersama Vicha untuk episod pengenalan . |
I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 | TV3 | Penyiasat Jemputan | bersama Reen Rahim menjadi penyiasat jemputan bagi episod 2 iaitu episod artis jemputan -Stacy (23 Februari 2020) | |
bersama Eira Syazira dan Yusuf Bahrin menjadi penyiasat jemputan bagi episod 6 iaitu artis jemputan -Erra Fazira (22 Mac 2020) | ||||
Gegar Vaganza 7 | Astro Ria | Tetamu Jemputan | muncul selepas persembahan Linda Nanuwil di konsert Suku Akhir minggu ke-8 untuk mempromosikan Episod Akhir drama Perempuan Tanpa Dosa.(29 November 2020) | |
Anugerah Meletop Era | Artis Jemputan | menjadi penyampai anugerah bagi kategori Grup /Duo Meletop Era,Penyanyi Meletop Era dan Lagu Meletop Era bersama Uqasha Senrose. |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2007/2008 | Juara Pencarian Hero Remaja | N/A | Menang | |
2010 | Pelakon Harapan Lelaki Terbaik | Niyang Rapik | Tercalon | |
2013 | Kumpulan Apa Kasih Toq (Naib Juara) | N/A | Menang | |
2016 | Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon | ||
2017 | Artis Lawak Meletop | Tercalon | ||
Super Spontan Superstar 2017 | Tempat Pertama (Juara) | Menang | ||
Pelakon Lelaki Terbaik | Pergilah Air Mata | Tercalon | ||
Sha & Shah | Tercalon | |||
Pelakon Lelaki Popular | Pergilah Air Mata | Tercalon | ||
Pelakon Lelaki Prolifik | N/A | Menang | ||
2018 | Artis Lawak Meletop | Super Spontan Superstar 2017 | Tercalon | |
Pelakon Lelaki Telenovela Popular | Duda Pujaan Dara | Tercalon | ||
Pasangan Serasi Drama | Kamal Adli & Zahirah MacWilson(Duda Pujaan Dara) | Tercalon | ||
Artis Sensasi Popular | N/A | Tercalon | ||
2020 | Asian Television Award | Best Leading Actor (Digital) | Black (Viu Original ) | Tercalon |
Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 33 | Gandingan Serasi Dalam Drama (Online) | Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad) | Menang | |
Pelakon TV Lelaki Popular | N/A | Tercalon | ||
Artis kontroversi Popular (online) | N/A | Tercalon | ||
Anugerah Melodi Drama Sangat | Pasangan Drama Sangat | Kamal Adli & Hannah Delisha (Bukan Kahwin Paksa) | Tercalon | |
Gempak Most Wanted 2020 | Artis Bujang Tergempak | N/A | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ Budiey (25 Februari 2008). "Hero Remaja 2008 Milik Kamal". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ Budiey (12 Mei 2009). "KRU Studios Terbitkan Drama Superhero CGI Pertama Bio-Nik". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ Raja Intan Dianna Raja Azham (11 Jun 2009). "Bio-Nik wira baru tempatan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ Tengku Suzana Raja Hamat (15 Januari 2009). "Permulaan sempurna Kamal". Kosmo!. Dicapai pada 7 Oktober 2009.
- ^ Sofiatul Shima (21 Jun 2009). "Kamal lelaki tidak normal". Kosmo!. Dicapai pada 7 Oktober 2009.
- ^ Norliza Mohd Zakaria (29 Mei 2009). "Cinta Kamal, Liyana". Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 Disember 2009.
- ^ Metra syahril Mohamed (22 Februari 2010). "Pengalaman tiga pelakon Niyang Rapik". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ "Debaran Gangster Celop". Sinar Harian. 21 Februari 2013. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ Othman, Kemalia. "'Asmara Songsang' Akan Dipentaskan Di IPT." MStar Online. Saturday 2 March 2013.
- ^ "Asmara Songsang". Utusan Malaysia. 6 Mac 2013. Dicapai pada 19 April 2018.
- ^ Feride Hikmet Atak (10 Jun 2014). "Abang Long Fadil berpaksikan dunia gengsterisme". mStar Online. Dicapai pada 9 April 2018.
- ^ "Kamal Adli & Tauke Jambu Melaram Kereta Mewah Kepunyaan Orang Lain". Astro Gempak. 22 Mei 2016. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ Mohd Al Qayum Azizi (3 Disember 2014). "Kamal Adli Terkilan Liyana Jasmay Temukan Intan Ladyana Kekasih Baharu". mStar Online. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ "Sedihnya Luahan Hati Kamal Adli Pada Intan Ladyana". Wanista. 9 Oktober 2014. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ "Kamal Adli Terkejut, Tidak Sedar Sudah Putus Cinta Dengan Intan Ladyana?". Rotikaya. 2 Oktober 2014. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ Ana Ghoib (8 Disember 2014). "Kamal Adli harap Intan Kembali, Tunai Janji". Malaysian Review. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ Nor Azlina Shaari (23 Julai 2014). "Kamal Adli, Intan Ladyana Nafi Hubungan Bermasalah". Felda Voice. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ "Intan Ladyana dan Kamal Adli putus cinta". Berita Harian Singapura. 31 Ogos 2014. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ "Kamal Adli, Emma Maembong Kini 'Get Back' Semula?". My News Hub. 28 Oktober 2017. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ "Kamal Adli enggan panjangkan kontroversi, gembira Emma datang beri sokongan". Astro Awani. 28 Oktober 2017. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ "Kamal Adli simpan hasrat kahwin Emma". Utusan Malaysia. 29 Oktober 2017. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ "Hubungan Kami Masih Seperti Biasa - Kamal Adli Jawab Status Hubungan Dengan Emma Maembong". Astro Gempak. 29 Oktober 2017. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ Jangan lupa saksikan filem terbitan SPS Jaya Sdn Bhd, berjudul MTB - Misi Tawan Baby