Kamar Kamariah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Raja Ahmad Alauddin dibintangi oleh Nabila Huda dan Fizz Fairuz dengan Ku Faridah, Tasha Shilla dan Syafie Naswip menjayakan watak pembantu.[1] Ia mengisahkan kehidupan suami isteri bahagia pada pandangan orang lain. Namun isterinya derita sepanjang kehidupan bersama suami. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 17 April 2019 hingga 3 Mei 2019 menggantikan Asalkan Dia Bahagia dan digantikan oleh 30 Pesanan Suara.

Kamar Kamariah
Genre
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahRaja Ahmad Alauddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Aku Bukan Malaikat" oleh Siti Nurhaliza
Lagu penutup"Aku Bukan Malaikat" oleh Siti Nurhaliza
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
PenerbitDatuk Rosyam Nor Shamsuddin
Datin Runika Mohd Yusof
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal17 April 2019 – 3 Mei 2019
Kronologi
MengikutiAsalkan Dia Bahagia
Diikuti oleh30 Pesanan Suara

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis sunting

Kamariah (Nabila Huda), seorang bekas GRO yang baru bertaubat setelah berlaku kejadian hitam dalam hidupnya. Keluarganya tidak tahu tentang pekerjaannya. Kepulangan Kamariah agak mengejutkan tetapi sebagai anak yang banyak membantu meringankan beban keluarga, keputusan Kamariah diterima dengan tenang. Ibunya mencadangkan supaya Kamariah berkahwin dengan Murad (Fizz Fairuz), anak kenalan mereka. Bapa Kamariah kurang bersetuju kerana Murad dikenali sebagai pemuda liar. Ibu Kamariah memberitahu, Murad sudah insaf.

Di awal perkahwinan, Murad berterus terang perangai masa lalunya. Kamariah menerima Murad seadanya namun Kamariah merahsiakan kegiatannya. Sebenarnya, Murad masih terlibat dengan kegiatan maksiat dan jenayah di Kuala Lumpur. Dia hanya mengaburi mata ibunya, Hafsah (Ku Faridah) dengan mengahwini Kamariah. Di depan Hafsah, dia seorang anak yang baik.

Walaupun ramai kekasih, Murad tetap memberi keutamaan kepada Kamariah. Enam bulan pertama perkahwinan mereka. Murad mula rasa kehidupannya lebih teratur sehingga dia terfikir untuk menghentikan kegiatannya. Bagaimanapun kekasihnya Sally (Tasha Shilla) melarang dan enggan berpisah dengan Murad.

Satu hari, Murad terkejut apabilan kepulangannya disambut dengan tangisan bayi yang baru lahir. Kamariah telah melahirkan anaknya, Qhalif berseorangan di rumah. Selama ini Kamariah merahsiakan kehamilannya dari Murad. Murad terkejut, bagaimana Kamariah boleh bersalin sedangkan mereka baharu enam bulan berkahwin.

Murad mula menjadi baran dan mendera Kamariah. Kamariah terpaksa merahsiakan yang dia menjadi mangsa deraan Murad kerana bimbang Murad akan membunuh anaknya. Didepan keluarga, Murad melayan Kamariah dengan penuh kasih sayang.

Tujuh tahun berlalu, Murad masih terus menyeksa Kamariah dan membenci Qhalif. Kamariah turut melahirkan Qistina dan Qayyum. Murad melayan mereka bagai menatang minyak yang penuh.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon sampingan sunting

  • Zetty Shahibullah sebagai Maimun
  • Ismail Yaacob sebagai Pak Jalil
  • Rose Aida sebagai Ummu Jannah
  • Mohamad Sobri Hussain sebagai Ustaz Kahiril
  • Halimah Naim sebagai Kak Peah
  • Syaza Irwinie sebagai Shila
  • Halmy Hamizan sebagai Qayyum
  • Sharifah Nabila sebagai Qistina

Penerbitan sunting

Penerbitan Kamar Kamariah mengambil masa setahun untuk disiapkan. Drama ini pada asalnya untuk disiarkan di slot Dahlia, namun TV3 memutuskan untuk menayangkan drama ini di slot Akasia. Menurut Raja Ahmad Alauddin: “Kami menjalani penggambaran selama dua bulan melibatkan beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Bagi saya perubahan slot ini berita yang menggembirakan kerana slot Akasia lebih menjadi pilihan penonton,”.[5]

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Ruj.
2019 Anugerah Skrin 2019 Drama Rantaian Terbaik Kamar Kamariah Menang [6][7]
Pelakon Lelaki Terbaik Fizz Fairuz Menang

Rujukan sunting

  1. ^ "Kamar Kamariah". MyInfotaip. 16 April 2019. Dicapai pada 17 April 2019.
  2. ^ Kamar Kamariah (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  3. ^ Farhana Ab Rahman (8 Mei 2019). Akur kekangan, Nabila tetap buru kepuasan dalam berkarya Berita Harian. Dicapai pada 10 Mei 2019.
  4. ^ Norhayati Nordin (28 April 2019). Menyerlah watak hitam Harian Metro. Dicapai pada 30 April 2019.
  5. ^ Wartawan Sinar Harian (21 April 2019). Bimbang kalau babak itu dipotong: Pengarah Kamar Kamariah Sinar Harian. Dicapai pada 20 April 2019.
  6. ^ Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2019 My Info Taip (1 November 2019). Dicapai pada 13 November 2019.
  7. ^ Nazar Rafiqhi (2 November 2019). "Mereka pilih yang terbaik di antara yang terbaik," - Kamar Kamariah menang, Datuk Rosyam Nor percaya rezeki Media Hiburan. Dicapai pada 3 November 2019.

Pautan luar sunting

TV3: Akasia, Isnin–Jumaat, 7:02 petang
Sebelumnya Kamar Kamariah Berikutnya
Asalkan Dia Bahagia 30 Pesanan Suara