Allahyarham Kamariah Noor atau juga dikenali sebagai Kamariah Dolmat, merupakan seorang penyanyi Melayu Asli, era 40-an hingga 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Kamariah Noor
Latar belakang
Nama lahirKamariah Dolmat
Kelahiran1930
Berasal dariMalaysia Malaysia
Meninggal dunia23 September 1992(1992-09-23) (umur 61–62)
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1940-an -1970an

Allahyarham Kamariah Noor yang merupakan adik kepada Allahyarham Hamzah Dolmat ini juga banyak menyanyikan lagu dalam pelbagai rentak, antaranya baion, hindustani, joget, kaparinyo, masri dan samba.

Salah sebuah lagu berirama kaparinyo nyanyiannya bertajuk Bulan Bintang, dengan berpasangan dengan Ismail. Namun demikian, pasangan asal untuk filem "Tujuan" keluaran Persari Film itu ialah Mustapha Osman.

Sungguhpun Kamariah Noor memulakan karier sebagai penyanyi sekitar tahun lewat 40-an, tetapi beliau lebih popular pada sekitar tahun 1950-an. Beliau mempunyai suara yang boleh dikatakan agak unik.

Biduanita Kamariah Noor banyak menyumbangkan suaranya dalam filem-filem melayu klasik terutamanya keluaran Cathay Keris. Seniwati yang banyak meminjam suara beliau ialah Latifah Omar.

Beliau meninggal dunia pada 23 September 1992 di usia 62 tahun.

Album sunting

Lagu-lagu sunting

  • Kemana Kau Pergi
  • Anak Dagang
  • Perigi Biru
  • Buaiku Laju

Pautan luar sunting