Kambing Angora (Turki: Ankara keçisi) merupakan satu baka kambing belaan jinak yang dinamai sempena Ankara, Turki, atau dahulunya dikenali sebagai Angora. Kambing Angora menghasilkan kain berkilat yang dipanggil mohair. Oleh itulah kambing ini dieksport dari negara asalnya Turki ke seluruh dunia, terutama sekali negara-negara Amerika, Eropah dan Australasia yang beriklim sederhana (dengan musim sejuk).

Kambing Angora

Ciri-ciri sunting

 
Kambing angora biasanya putih, tetapi yang berwarna-warni kian popular

Seekor kambing baka ini menghasilkan sebanyak empat ke lima kilogram bulu setahun. Kambing Angora dicukur dua kali setahun, sedangkan biri-biri hanya dicukur sekali. Biarpun tebal bulunya, kambing Angora bukanlah biri-biri.

Turki, Argentina, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan merupakan pengeluar mohair utama,[1] diikuti New Zealand[2] dan Australia. Sejak sekian lama kambing Angora diternak untuk bulunya yang putih. Pada 1998 ditubuhkannya Colored Angora Goat Breeders Association untuk memupuk pembiakbakaan kambing Angora berwarna lain.[3] Kini kambing Angora menghasilkan bulu yang putih, hitam (dari hitam tua ke kelabu perak), merah (warna ini makin tua kambingnya makin pudar), dan coklat.

Kambing Angora lebih terdedah kepada parasit luaran daripada haiwan-haiwan seumpamanya kerana bulunya lebih tebal. Baka ini tidak cepat berkembang biak, malah tidak dianggap sangat lasak, lebih-lebih lagi sangat rapuh pada usia baru lahir. Lebih-lebih lagi, kambing Angora tinggi keperluan zatnya kerana bulunya cepat tumbuh. Pemakanan yang kurang bermutu boleh membantutkan perkembangan mohair.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "South African Department of Agriculture, Forestry & Fisheries, 2011" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-06-10. Dicapai pada 2015-01-11.
  2. ^ http://www.teara.govt.nz/en/goats-and-goat-farming/page-4
  3. ^ http://www.cagba.org/

Pautan luar sunting