Artikel ini adalah mengenai siri asal Kamen Rider. Untuk maklumat mengenai rangkaian siri-siri Kamen Rider, lihat siri Masked Rider

Kamen Rider (仮面ライダー,atau "Masked Rider" atau dalam Bahasa Melayu "Penunggang Bertopeng") adalah sebuah siri rancangan televisyen Jepun yang popular dan berjaya dicipta oleh Shotaro Ishinomori (石ノ森 章太郎). Ditayangkan buat pertama kali di TV Asahi(sebagai siri televisyen dan manga dalam Shounen Magazine) pada tahun 1971. Digambarkan sebagai jawapan kepada spider-Man. Siri ini adalah salah satu produksi siri Tokusatsu yang menonjol dari Jepun selain Ultraman, Super Sentai, dan Metal Heroes.

Asal sunting

Pada tahun 1970, semasa siri ini masih lagi dalam perkembangan, pencipta Shotaro Ishinomori mencipta sebuah manga 100 muka surat bertajuk Skull Man sebagai sebuah versi peribadinya sendiri. Diterbitkan oleh Shounen Magazines, siri tersebut adalah sebuah kejayaan yang amat besar, dijual sebanyak 1.5 juta salinan. Pengeluar di Toei Company Ltd. menggunakan manga tersebut sebagai asas tetapi dengan beberapa perubaham kerana manga tersebut terlalu gelap dan ganas(walaupun hanya sedikit) untuk rancangan kanak-kanak. Untuk rancangan tersebut, Ishinomori melukis beberapa rekaan termasuk versi belalang. Oleh kerana rancangan tersebut untuk kanak-kanak beliau membiarkan anaknya Jo Onodera (小野寺 章 Onodera Jō) yang berusia 5 tahun memilih salah satu rekaan tersebut. Anaknya itu akhirnya memilih versi belalang tersebut,yang kemudian dipanggil "Masked Rider Hopper King". Nama "Hopper King" dipadamkan dan siri itu dihasilkan.

Sinopsis sunting

Cerita bermula dimana dunia dikuasai oleh Shocker, organisai pengganas yang misteri. Untuk melaksanakan rancangan mereka untuk menguasai dunia mencari ejen melalui penculikan, menukar mereka kepada cyborg berupa raksasa menggunakan teknologi canggih dan akhirnya melakukan menipulasi DNA. Walau bagaimanapun, seorang dari mangsa mereka diselamatkan sebelum proses itu berakhir, dan namanya ialah Takeshi Hongo (本郷 猛 Hongō Takeshi). Dengan kewarasan dan kesedaran yang masih ada, Hongo mengambil identiti belalang berkostum seperti kaizouningen (改造人間, yang secara kasarnya bermakna "manusia ubahsuai") wira hebat Kamen Rider dan melawan Shocker dengan kuasa kekuatan & kelajuan yang diterima dan juga motorsikal yang dibina khas, Cyclone.

Watak-watak Utama sunting

Riders

Sekutu

Shocker

Legasi sunting

Siri Kamen Rider yang asal telah menghasilkan siri-siri kamen rider yang seterusnyaBeberapa siri Kamen Rider yang seterusnya di udarakan di Jepun selepas siri Kamen Rider yang pertama.

Trivia sunting

  • Kamen Rider yang pertama,walaupun berdasrkan kepada rupa belalang,dinamkan semula sebagai "Ai Mod Dang" (orang semut) di Thailand.
  • Skullomania dari siri Street Fighter EX hampir menyerupai Kamen Rider yang pertama.
  • King of Fighter 2001 menyaksikan kemunculan "May" Lee Jinju, seorang murid Kim Kaphwan. Beliau ada gaya kedua dipanggil "Hero Mode," di mana beliau bertukar menjadi watak seperti Kamen Rider. Salah satu gerakan 'kekecewaan'nya adalah parodi 'Rider Kick'.
  • Action Kamen dari siri anime Crayon Shin Chan adalah berdasarkan Kamen Rider.
  • Pelakon Hiroshi Fujioka (Takeshi Hongo / Kamen Rider I) kemudian telah melakonkan watak maskot judo master Segata Sanshiro dari siri iklan Jepun Sega Saturn dalam tahun 1997 hingga 1998. Watak Sanshiro menjadi terkenal dikalangan peminat Sega di Jepun dan luar jepun.