Kamen Rider W Forever: A to Z/The Gaia Memories of Fate

Kamen Rider Double Forever: A to Z/The Gaia Memories of Fate (Jepun: 仮面ライダーW(ダブル) FOREVER AtoZ/運命のガイアメモリ, Hepburn: Kamen Raidā Daburu Fōebā: Ē tu Zetto/Unmei no Gaia Memori) merupakan judul filem akan datang bagi siri televisyen Kamen Rider Double, dijadualkan akan mula ditayangkan di Jepun pada 7 Ogos 2010.[1] Ia akan difilemkan dalam 3-D[2], menjadikannya sebagai filem 3-D pertama dalam Siri Kamen Rider. Bintang tamu utama filem ini ialah Mitsuru Matsuoka dari kumpulan SOPHIA sebagai watak musuh utama filem ini iaitu Kamen Rider Eternal.[3] Bintang tamu lain termasuklah Genki Sudo dan Aya Sugimoto.[4]

Kamen Rider Double Forever: A to Z/The Gaia Memories of Fate
PengarahKoichi Sakamoto
DibintangiRenn Kiriyama
Masaki Suda
Hikaru Yamamoto
Minehiro Kinomoto
Mitsuru Matsuoka
Genki Sudo
Aya Sugimoto
Muzik olehKōtarō Nakagawa
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
07 Ogos 2010 (2010-08-07)
NegaraJepun

Kamen Rider Double Forever akan dilancarkan sebagai penampilan berkembar bersama-sama filem Tensou Sentai Goseiger berjudul Epic on the Movie. Watak utama Kamen Rider OOO akan membuat penampulan sulungnya di dalam filem ini.[5]

Jalan cerita sunting

Satu organisasi pengganas misteri yang hanya dikenali sebagai "NEVER" tiba di bandar raya Futo, diketuai oleh seorang lelaki bernama Katsumi Daido.[3][6] NEVER merupakan dalang di sebalik pengedaran T2 Gaia Memory (Jepun: T2ガイアメモリ, Hepburn: Tī Tsū Gaia Memori) — 26 Gaia Memory generasi akan datang, dicipta oleh Yayasan X berasaskan Gaia Memory yang digunakan oleh Kamen Rider. Sebagai Kamen Rider Eternal yang durjana, Daido memimpin NEVER serta beberapa Dopant yang menggunakan T2 Gaia Memory dalam satu serangan di pusat bandar raya.[7] Dengan dibantu oleh penyiasat Interpol bernama Maria S. Cranberry, siasatan Shotaro terhadap NEVER membawa kepada penangkapan Philip oleh kumpulan pengganas tersebut sementara para Kamen Rider di Futo sedang bersiap untuk pertarungan terakhir.[8][6]

Kamen Rider eksklusif dalam filem sunting

Kamen Rider Eternal sunting

Katsumi Daido (Jepun: 大道 克己, Hepburn: Daidō Katsumi) menggunakan T2 Eternal Memory (Jepun: エターナルメモリ, Hepburn: Etānaru Memori) serta Lost Driver (Jepun: ロストドライバー, Hepburn: Rosuto Doraibā) untuk bertukar sebagai Kamen Rider Eternal (Jepun: 仮面ライダーエターナル, Hepburn: Kamen Raidā Etānaru), watak musuh utama dalam Double Forever. Kamen Rider Eternal bersenjatakan pisau pertempuran Eternal Edge (Jepun: エターナルエッジ, Hepburn: Etānaru Ejji) sebagai senjatanya. Sebagai tambahan kepada Maximum Slot pada Lost Driver dan Eternal Edge, Kamen Rider mempunyai banyak Maximum Slot pada tali pinggang di sekeliling dadanya, lengan kanannya, serta kaki kirinya - kesemuanya berjumlah 26 slot.[6][7] Salah satu motif utama Eternal ialah huruf E.

Kamen Rider Joker sunting

Semasa babak dalam filem, Philip diculik, menyebabkan Shotaro tidak berupaya untuk bertukar sebagai Kamen Rider Double. Dalam masa yang sama, dia berjaya memiliki kedua-dua T2 Joker Memory dan tali pinggang Lost Driver, membolehkannya bertukar sebagai Kamen Rider Joker (Jepun: 仮面ライダージョーカー, Hepburn: Kamen Raidā Jōkā). Ia membolehkan Shotaro berlawan sendirian, menggunakan sepenuhnya kuasa dan potensi Joker Memory.[6][7] Kamen Rider Joker menyerupai bentuk penjelmaan Shotaro semasa babak Movie War 2010 yang dikenali sebagai Kamen Rider Double JokerJoker.

Filem sampingan Internet sunting

Bermula dengan Kamen Rider Kiva, bagi mempromosikan Double Forever satu siri filem pendek Internet dihasilkan yang memaparkan bahagian komedi pada aspek filem tersebut. Berjudul Net Movie Kamen Rider Double Forever: The A to Z 26 Rapid-Succession Roars of Laughter (Jepun: ネット版 仮面ライダーダブル FOREVER AtoZで爆笑26連発, Hepburn: Nettoban Kamen Raidā Daburu Fōebā: Ē tu Zetto de Bakushō 26 Renpatsu), sejumlah 26 filem pendek dilancarkan setiap hari Jumaat bermula 16 Julai 2010.[9] Terdapat lima format berbeza bagi filem web tersebut: Pertarungan Rasa Artistik di Agensi Penyiasatan Narumi (Jepun: 絵心バトルIN鳴海探偵事務所, Hepburn: Egokoro Batoru IN Narumi Tantei Jimusho) di mana lukisan dibandingkan, Apabila Saya Shroud Membuka Akademi Kamen Rider... Pelajar Akiko (Jepun: シュラウドの私が仮面ライダーアカデミーを開いたら・・・生徒亜樹子, Hepburn: Shuraudo no Atashi ga Kamen Raidā Akademī o Hiraitara... Seito Akiko) di mana rekaan Kamen Rider diperiksa, Penyelidikan Gaia Memori Profesor Jinno dan Pembantu Makura (Jepun: 刃野博士と真倉助手のガイアメモリ研究所, Hepburn: Jinno-hakase to Makura-joshu no Gaia Memori Kenkyūjo) di mana pelbagai Gaia Memory (seperti Bean dan Queen) diuji, Bilik Kirihiko: Wawancara Dendam (Jepun: 霧彦の部屋THEトークリベンジ, Hepburn: Kirihiko no Heya THE Tōku Ribenji) di mana Kirihiko (Yuki Kimisawa) menemuramah watak musuh lain, dan Pengamal Perubatan Dopant: Shinkuro Isaka (Jepun: ドーパント開業医・井坂深紅郎, Hepburn: Dōpanto Kaigyōi: Isaka Shinkurō) where Isaka (Tomoyuki Dan) memeriksa rekabentuk Dopant.[10]

Webisod sunting

Webisod (episod web) disenaraikan mengikut turutan huruf tulisan Rumi pada namanya (yang mengingatkan perkara utama bagi episod), dengan format dinyatakan pada akhid judul webisod. Setiap judul merupakan parodi kepada episod sedia ada dalam siri.

  1. Pengarah A/Pemasa Berhenti Khas (Jepun: 所長A/パパッと止めるタイマー, Hepburn: Shochō A/Papatto Tomeru Taimā, Akademi Kamen Rider)
  2. Doktor Gembira Tentang B/Sekarang, Di Dalam Kumat-Kamit (Jepun: 博士が喜ぶB/今、モグモグの中で, Hepburn: Hakase ga Yorokobu B/Ima, Mogumogu no Naka de, Penyelidikan Gaia Memory)
  3. Adik-beradik C/ClayDoll Misteri (Jepun: Cな妹/ミステリー・クレイドール, Hepburn: C na Imōto/Misuterī Kureidōru, Bilik Kirihiko)
  4. D Di Sini/Badan Silap Mata Pertukaran (Jepun: Dが来ていた/変幻マジカルボディ, Hepburn: D ga Kiteita/Hengen Majikaru Bodi, Shinkuro Isaka)
  5. Krisis Bernama E/Lelaki yang Mencuri Seumur Hidup (Jepun: Eが呼ぶ危機/永遠を盗んだ男, Hepburn: E ga Yobu Kiki/Eien o Nusunda Otoko, Kamen Rider Academy)
  6. Keganasan F/Berjambul! (Jepun: Fの蛮行/強風なんだ!, Hepburn: F no Bankō/Kyōfū Nan da!, Bilik Kirihiko)
  7. G Adalah Mustahil/Syurga Gambar yang Teruk (Jepun: Gは不可能/バッドピクチャーパラダイス, Hepburn: G wa Fukanō/Baddo Pikuchā Paradaisu, Pertarungan Rasa Artistik)
  8. Mimpi Ngeri H/Siapa yang Melukis Putera? (Jepun: 悪夢なH/絵心王子は誰だ?, Hepburn: Akumu na H/Egokoro Ōji wa Dare da?, Pertarungan Rasa Artistik)
  9. I Tidak Boleh Bertolak Ansur/Fesyen Gaya Doktor (Jepun: Iがたまらない/奇人ドクターの流儀, Hepburn: I ga Tamaranai/Kijin Dokutā no Ryūgi, Shinkuro Isaka)
  10. Mengejar J/Satu Lagi Kad Kemenangan (Jepun: Jの追求/もう1つの切り札, Hepburn: J no Tsuikyū/Mō Hitotsu no Kirifuda, Akademi Kamen Rider)
  11. K Mengantuk/Eksperimen Bercakap Sahaja (Jepun: Kが寝ぼけたもの/あくまでも実験, Hepburn: K ga Neboketa Mono/Akumade mo Jikken, Penyelidikan Gaia Memory)
  12. Membuang Cita Rasa Buruk Daripada L/Kau Si Pelik (Jepun: 口直しにLを/変り種はおまえだ, Hepburn: Kuchinaoshi ni L o/Kawaridane wa Omae da, Shinkuro Isaka)
  13. Aku Mencepuk-cepukkan Dalam M/Permainan Lukisan (Jepun: Mに手を出すわ/お絵描きで勝負, Hepburn: M ni Te o Dasu wa/Oekaki de Shōbu, Pertarungan Rasa Artistik)
  14. Jeritlah Pada N!/Ketenangan dengan Kazu (Jepun: 叫べNよ!/災難は加頭と共に, Hepburn: Sakebe N yo!/Sainan wa Kazu to Tomo ni, Bilik Kirihiko)
  15. O Ditunjukkan/Namanya Ōzu (Jepun: 現れた0/ヤツの名はオーズ, Hepburn: Arawareta O/Yatsu no Na wa Ōzu, Akademi Kamen Rider)
  16. Tipu Helah P/Mick Ada Tabiat Buruk (Jepun: Pの悪戯/ミックは手くせが悪い, Hepburn: P no Akugi/Mikku wa Tekuse ga Warui, Bilik Kirihiko)
  17. Jatuh Cinta Pada Q/Ratu Sasaran (Jepun: デレデレでQ/狙われたクイーン, Hepburn: Deredere de Q/Nerawareta Kuīn, Penyelidikan Gaia Memory)
  18. Menuju R/Melukis Lebih Baik Daripada Mereka Semua (Jepun: Rの方へ/全てを描き切れ, Hepburn: R no Hō e/Subete o Egakikire, Pertarungan Rasa Artistik)
  19. Pemilihan S/Penyiasat yang Disyorkan (Jepun: Sの選択/名探偵のオススメ, Hepburn: S no Sentaku/Meitantei no Osusume, Akademi Kamen Rider)
  20. T Tidak Kembali/Lelaki yang Mati Tidak Boleh Dipotong (Jepun: 帰ってこないT/死に切れない男, Hepburn: Kaettekonai T/Shi ni Kirenai Otoko, Bilik Kirihiko)
  21. U Adalah Misteri!/Rentetan (Jepun: Uのは謎!/輪舞, Hepburn: U no wa Nazo!/Rinbu, Penyelidikan Gaia Memory)
  22. Bebola Daging V/Raksasa Berotot (Jepun: 肉球のV/筋肉獣, Hepburn: Nikukyū no V/Kinnikujū, Shinkuro Isaka)
  23. Halangan W/Hanya Seorang Sahaja Boleh Jadi Suami (Jepun: Wの牽制/婿の座はひとつ, Hepburn: W no Kensei/Muko no Za wa Hitotsu, Bilik Kirihiko)
  24. Tukang Cat X/Catan di Bawah Muzium (Jepun: 画伯X/ミュージアムの絵の下に, Hepburn: Gahaku X/Myūjiamu no E no Moto ni, Pertarungan Rasa Artistik)
  25. KomediY/Lelaki yang Mencari Kari (Jepun: Yの喜劇/カレーを探す男, Hepburn: Y no Kigeki/Karē o Sagasu Otoko, Penyelidikan Gaia Memory)
  26. Z's Datang!!!/Isaka, Banyak Ketawa (Jepun: Zが来たゼーーッ!/井坂、大いに笑う, Hepburn: Z ga Kita zē!!!/Isaka, Ōini Warau, Shinkuro Isaka)

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "劇場版 仮面ライダーW/天装戦隊ゴセイジャー THE MOVIE | 東映[映画]". Dicapai pada 2010-05-05.
  2. ^ "「アバター」に続け、国産3D映画への挑戦、ノウハウ手探り-アニメニュース Japanimate.com". 2010-04-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-26. Dicapai pada 2010-04-24.
  3. ^ a b "「ソフィア」松岡充が"最凶"ライダーに変身(芸能) ― スポニチ Sponichi Annex ニュース". 2010-05-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-30. Dicapai pada 2010-05-27.
  4. ^ "磯山さやかが異星人!念願の出演「うれしい」(芸能) ― スポニチ Sponichi Annex ニュース". 2010-05-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-29. Dicapai pada 2010-05-27.
  5. ^ Hyper Hobby, August 2010
  6. ^ a b c d Hyper Hobby Magazine, July 2010
  7. ^ a b c Televi Magazine, July 2010
  8. ^ "仮面ライダーW(ダブル) FOREVER AtoZ 運命のガイアメモリ&天装戦隊ゴセイジャー エピックON THEムービー". Dicapai pada 2010-05-21.
  9. ^ "ネット版 仮面ライダーダブル FOREVER AtoZで爆笑26連発|東映特撮BB". Dicapai pada 2010-06-01.
  10. ^ Figure-Oh, Vol 149

Pautan luar sunting