Masked Rider Kiva

(Dilencongkan dari Kamen Rider Kiva)

Masked Rider Kiva (Jepun: 仮面ライダーキバ, Hepburn: Kamen Raidā Kiba, Satria Bertopeng Kiva) adalah tajuk bagi drama televisyen tokusatsu Jepun 2008 yang dihasilkan oleh Syarikat Toei and Ishimori Productions. Drama ini mula disiarkan pada 27 Januari 2008 selepas berakhirnya siri Kamen Rider Den-O. Ia juga merupakan sebahagian siri bagi segmen "TV Asahi's 2008 Super Hero Time" bersama-sama dengan siri Engine Sentai Go-onger. Iklan bagi siri ini juga adalah berunsurkan filem seram sebagai satu motif bahawa Masked Rider Kiva adalah "Pontianak". Slogan yang digunakan bagi siri ini ialah "Bangkitlah! Musnahkan rantai takdir". (Jepun: Wake Up!宿命(さだめ)の鎖を解き放て, Hepburn: Ueiku appu! Sadame no kusari o tokihanate). Episod pertama bagi siri bermula untuk memperingati sempena hari ulangtahun ke-70 Shotaro Ishinomori.

Masked Rider Kiva
Logo Masked Rider Kiva
GenreTokusatsu
PenciptaShotaro Ishinomori
Ditulis olehToshiki Inoue
PengarahRyuta Tasaki, Hidenori Ishida, Kenzo Maihara
Dibintangi oleh
Koji Seto
Kouhei Takeda
Keisuke Kato
Nana Yanagisawa
Yu Takahashi
Shouma Yamamoto
Shinya Niiro
Masei Nakayama
Tomohide Takahara
Sohto
Kazuhiko Kanayama
Houka Kinoshita
Rina Koike
Kouhei Kumai
Kenji Matsuda
Yuuki Ogoe
Eiji Takigawa
Yuria Haga
Saki Kagami
Mitsu Murata
Tomokazu Sugita
Pencerita suara latar
Tomokazu Sugita
Lagu pembukaan"Break the Chain" oleh Tourbillon
Lagu penutup"Destiny's Play" oleh TETRA-FANG
PenggubahTsuneyoshi Saitō
Negara asalJepun Jepun
Bilangan episod48
Penerbitan
PenerbitJun Kaji
Takahito Ōmori
Naomi Takebe
Takaaki Utsunomiya
Tempoh siaran24-25 minit (setiap episod)
Penyiaran
Saluran asalTV Asahi
Siaran asal27 Januari 2008 – 18 Januari 2009
Kronologi
MengikutiKamen Rider Den-O
Diikuti olehKamen Rider Decade a.k.a Masked Rider DCD
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Dua puluh tahun selepas kehilangan ayahnya, Wataru Kurenai (dilakonkan oleh Koji Seto) tinggal di sebuah rumah usang di mana dia ditakdirkan sebagai Kamen Rider Kiva untuk bertarung dengan Puak Fangire yang pernah bertarung dengan bapanya beberapa tahun dulu sebelum menghilangkan diri. Wataru juga terpaksa menghadapi cabaran daripada satu lagi Kamen Rider dalam siri ini yang dikenali sebagai Kamen Rider IXA (Jepun: 仮面ライダーイクサ, Hepburn: Kamen Raidā Ikusa) yang juga merupakan salah seorang ahli daripada sebuah organisasi yang memburu Fangire. Kisah dalam siri ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu cerita Wataru pada masa sekarang (2008) dan cerita ayahnya iaitu Otoya Kurenai pada masa lepas (1986), dan membongkar secara perlahan kisah di sebalik kaitan antara Puak Fangire dengan Kiva.

Watak Utama sunting

Watak utama dalam siri Kamen Rider Kiva terbahagi kepada dua tempoh masa berbeza yang mana ia berhubung kait antara satu sama lain. Ia adalah cerita Otoya Kurenai (sebagai Kamen Rider Ixa Ver. I) dan pemburu Fangire iaitu Yuri Aso pada tahun 1986 yang mengakibatkan pelbagai jenis Fangire yang wujud pada masa sekarang iaitu pada tahun 2008 di mana anak kepada Otoya iaitu Wataru (sebagai Kamen Rider Kiva) dan anak kepada Yuri iaitu Megumi (yang juga pemburu Fangire) terpaksa bertarung dengan Fangire tersebut untuk mengelakkan kematian manusia.

Fangire sunting

Fangire (Jepun: ファンガイア, Hepburn: Fangaia) adalah raksasa pontianak yang menjadikan tenaga kehidupan atau Life Energy (Jepun: ライフエナジー, Hepburn: Raifu Enajī) manusia sebagai sumber makanan untuk hidup dan membolehkan mereka menyamarkan diri sebagai manusia. Disebabkan hal ini, satu pertubuhan dibentuk oleh sekumpulan manusia untuk memburu Fangire. Walau bagaimanapun, hanya Kiva dan IXA (Keisuke Nago) sahaja yang mampu mengalahkan dan menghapuskan Fangire. Yang mana Kiva berfungsi menangkap roh Fangire, dan IXA pula berfungsi melenyapkan kewujudan Fangire.

Senarai Episod sunting

Setiap tajuk episod menggunakan perkataan ataupun frasa yang berhubungkait dengan muzik dan setiap frasa menerangkan bahawa episod-episod tersebut diasingkan oleh simbol daripada nota-nota muzikal. Bermula daripada Episod 2 dan seterusnya, Kivat memulakan setiap episod dengan menyatakan satu fakta budaya remeh.

  1. Fate: Bangkitlah! (Jepun: 運命・ウェイクアップ!, Hepburn: Unmei: Weiku Appu!)
  2. Suite: Biola Anak/Ayah (Jepun: 組曲・親子のバイオリン, Hepburn: Kumikyoku: Oyako no Baiorin)
  3. Heroic: Pemburu Sempurna (Jepun: 英雄・パーフェクトハンター, Hepburn: Eiyū: Pāfekuto Hantā)
  4. Reverie: Si Biru Liar (Jepun: 夢想・ワイルドブルー, Hepburn: Musō: Wairudo Burū)
  5. Duet: Stalker Panic (Jepun: 二重奏・ストーカーパニック, Hepburn: Nijūsō: Sutōkā Panikku)
  6. Replay: Manusia Ibarat Muzik Semuanya (Jepun: リプレイ・人間はみんな音楽, Hepburn: Ripurei: Ningen wa Minna Ongaku)
  7. Hymn: Hidangan Utama Kegelapan Tiga Bintang (Jepun: 讃歌・三ツ星闇のフルコース, Hepburn: Sanka: Mitsuboshi Yami no Furukōsu)
  8. Soul: Kemunculan Istana Naga (Jepun: ソウル・ドラゴン城、怒る, Hepburn: Sōru: Doragon-jō, Ikaru)
  9. Symphoni: IXA, Fist On (Jepun: 交響・イクサ・フィストオン, Hepburn: Kōkyō: Ikusa, Fisuto On)
  10. Sabre Dance: Melodi Berkaca (Jepun: 剣の舞・硝子のメロディ, Hepburn: Tsurugi no Mai: Garasu no Merodi)
  11. Rolling Stone: Gerbang Impian (Jepun: ローリングストーン・夢の扉, Hepburn: Rōringu Sutōn: Yume no Tobira)
  12. First Live: Kepantasan Emas (Jepun: 初ライブ・黄金のスピード, Hepburn: Hatsu Raibu: Ōgon no Supīdo)
  13. Unfinished: Pertarungan Ayah (Jepun: 未完成・ダディ・ファイト, Hepburn: Mikansei: Dadi Faito)
  14. Pomp and Circumstance: "Thunderstroke" Mata Ungu (Jepun: 威風堂々・雷撃パープルアイ, Hepburn: Ifū Dōdō: Raigeki Pāpuru Ai)
  15. Resurrection: "Checkmate Four" (Jepun: 復活・チェックメイトフォー, Hepburn: Fukkatsu: Chekkumeito Fō)
  16. Player: Undang-undang Kekejaman (Jepun: プレイヤー・非情のルール, Hepburn: Pureiyā: Hijō no Rūru)
  17. Lesson: Cara Aku (Jepun: レッスン・マイウェイ, Hepburn: Ressun: Mai Wei)
  18. Quartet: Dengarlah Suara Hatimu (Jepun: カルテット・心の声を聴け, Hepburn: Karutetto: Kokoro no Koe o Kike)
  19. Fusion: Ribut Aura (Jepun: フュージョン・オーラの嵐, Hepburn: Fyūjon: Ōra no Arashi)
  20. Nocturne: Si Dajjal Manja (Jepun: 夜想曲・愛の救世主, Hepburn: Yasōkyoku: Ai no Kyūseishu)
  21. Rhapsody: Takdir Cincin (Jepun: ラプソディー・指輪の行方, Hepburn: Rapusodī: Yubiwa no Yukue)
  22. Overture: Pertemuan Kebetulan (Jepun: 序曲・運命の交差点, Hepburn: Jokyoku: Unmei no Kōsaten)
  23. Variation: Pelarian Kekal (Jepun: 変奏曲・永遠の逃亡者, Hepburn: Hensōkyoku: Eien no Tōbōsha)
  24. Emperor: Demam Emas (Jepun: 皇帝・ゴールデンフィーバー, Hepburn: Kōtei: Gōruden Fībā)
  25. Fanfare: Kebangkitan Ratu (Jepun: ファンファーレ・女王の目醒め, Hepburn: Fanfāre: Joō no Mezame)
  26. Metronome: Ingatan Ajaib (Jepun: メトロノーム・記憶のキセキ, Hepburn: Metoronōmu: Kioku no Kiseki)
  27. 80's: Kemarahan Si Biru yang Sedang Meningkat (Jepun: 80's・怒れるライジングブルー, Hepburn: Eitīzu: Ikareru Raijingu Burū)
  28. Request: Pertarungan (Untuk) Mengubah Masa (Jepun: リクエスト・時を変える戦い, Hepburn: Rikuesuto: Toki o Kaeru Tatakai)
  29. When the Saints Go Marching In: Aku Adalah "King" (Jepun: 聖者の行進・我こそキング, Hepburn: Seija no Kōshin: Ware koso Kingu)
  30. Curtain Raising: Identiti Kiva (Jepun: 開演・キバの正体, Hepburn: Kaien: Kiba no Shōtai)
  31. Applause: Transformasi yang didedikasikan untuk Ibu (Jepun: 喝采・母に捧げる変身, Hepburn: Kassai: Haha ni Sasageru Henshin)
  32. New World: Satu Lagi Kiva (Jepun: 新世界・もう一人のキバ, Hepburn: Shinsekai: Mō Hitori no Kiba)
  33. Supersonic: Pertarungan Saga (Jepun: スーパーソニック・闘いのサガ, Hepburn: Sūpāsonikku: Tatakai no Saga)
  34. Noise: Irama Kemusnahan (Jepun: ノイズ・破壊の旋律, Hepburn: Noizu: Hakai no Senritsu)
  35. New Arrangement: Mawar Terbang (Jepun: ニューアレンジ・飛翔のバラ, Hepburn: Nyū Arenji: Hishō no Bara)
  36. Revolution: Pedang Lagenda (Jepun: 革命・ソードレジェンド, Hepburn: Kakumei: Sōdo Rejendo)
  37. Triangle: Behead the King (Jepun: トライアングル・キングが斬る, Hepburn: Toraianguru: Kingu ga Kiru)
  38. Erlking: Pertemuan Ibu dan Anak (Jepun: 魔王・母と子の再会, Hepburn: Maō: Haha to Ko no Saikai)
  39. Shout: Adik Beradik Sasaran (Jepun: シャウト・狙われた兄弟, Hepburn: Shauto: Nerawareta Kyōdai)
  40. Encore: Kemunculan Mengejut Nago IXA (Jepun: アンコール・名護イクサ爆現, Hepburn: Ankōru: Nago Ikusa Bakugen)
  41. Lullaby: Bebaskan Hati (Jepun: ララバイ・心を解き放て, Hepburn: Rarabai: Kokoro o Tokihanate)
  42. The Power of Love: Kemarahan King (Jepun: パワー・オブ・ラブ・王の怒り, Hepburn: Pawā Obu Rabu: Ō no Ikari)
  43. Wedding March: Masa untuk Berpisah (Jepun: 結婚行進曲・別れの時, Hepburn: Kekkon Kōshinkyoku: Wakare no Toki)
  44. Punk: Pulang ke Pangkuan Ayah (Jepun: パンク・バックトゥ・ファーザー, Hepburn: Panku: Bakkutu Fāzā)
  45. With You: Transformasi Akhir (Jepun: ウィズユー・最後の変身, Hepburn: Wizuyū: Saigo no Henshin)
  46. Full Stop: Selamat Tinggal Otoya (Jepun: 終止符・さらば音也, Hepburn: Shūshifu: Saraba Otoya)
  47. Break the Chain: Patuh Kepadaku! (Jepun: ブレイク・ザ・チェーン・我に従え!, Hepburn: Bureiku za Chēn: Ware ni Shitagae!)
  48. Finale: Para Pewaris Kiva (Jepun: フィナーレ・キバを継ぐ者, Hepburn: Fināre: Kiba o Tsugu Mono)

Edisi Filem sunting

Detektif Klimaks sunting

Filem ini ditanyangkan sempena Pesta Musim Luruh Kamen Rider 2008 di Jepun. Filem ini asalnya adalah sinambungan dari siri drama Tokusatsu Kamen Rider Den-O. Dinamakan sebagai "Kamen Rider Den-O dan Kiva Edisi Filem: Detektif Klimaks" (劇場版 仮面ライダー電王&キバ クライマックス刑事(デカ), Gekijōban Kamen Raidā Den'ō ando Kiba Kuraimakkusu Deka), filem ini telah ditayang di pawagam pada 12 April 2008. Filem ini mengisahkan pertemuan watak-watak dari drama Kamen Rider Den-O dan drama Kamen Rider Kiva. Matlamat mereka adalah untuk menewaskan pakatan Negataros dengan beberapa puak Fangire untuk mencipta dunia baru untuk Imagine. Satu filem pendek berjudul "Momotaros Punya Kiva Bertindak" (モモタロスのキバっていくぜ!, Momotarosu no Kiba tte Ikuze!) juga ditayangkan bersama. Syarikat Toei telah menerbitkan semula filem ini dalam bentuk DVD pada hujung bulan Ogos 2008.

Raja Istana Dalam Dunia Syaitan sunting

Kamen Rider Kiva: King of the Castle in the Demon World (Jepun: 劇場版 仮面ライダーキバ 魔界城の王, Hepburn: Gekijōban Kamen Raidā Kiba Makaijō no Ō) (terjemahan bagi judul yang tertera pada tajuk) ditayang di pawagan di Jepun pada 9 Ogos 2008. Dua Kamen Rider baru diperkenalkan melalui filen ini, iaitu Kamen Rider Rey (Jepun: 仮面ライダーレイ, Hepburn: Kamen Raidā Rei) dan Kamen Rider Arc (Jepun: 仮面ライダーアーク, Hepburn: Kamen Raidā Āku). Rey adalah seorang pemburu raksasa yang dikenali sebagai Takato Shiramine (白峰 天斗, Shiramine Takato) - dilakonkan oleh Syouma Yamamoto (山本 匠馬, Yamamoto Shōma). Rey berpasangan dengan Rey Kivat atau Yukivat (レイキバット(ユキバット), Reikibatto (Yukibatto). Manakala Arc pula Kamen Rider yang jahat yang dikenali sebagai Takashi Sugimura (杉村 隆, Sugimura Takashi) dilakonkan oleh Ken Horiuchi. Selain itu, empat drama pendek bersiri berjudul "Momotaros Punya Raja Istana Merah Membara" (Jepun: モモタロスのまっかっか城の王, Hepburn: Momotarosu no Makkakka-jō no Ō) juga diterbitkan sebagai promosi filem ini.

Edisi Internet sunting

Pada 11 Julai 2008, Syarikat Toei telah menperkenalkan drama versi Internet untuk siri Kamen Rider Kiva dan Engine Sentai Go-onger, sebagai promosi bagi edisi filem drama berkenaan. Drama internet bagi Kamen Rider Kiva ini disebut sebagai Drama "Kamen Rider Kiva Songsang Edisi Jaringan: Ratu Istana Neraka (ネット版 仮面ライダー裏キバ 魔界城の女王, Nettoban Kamen Raidā Urakiba: Makaijō no Joō). Drama ini boleh ditonton menerusi khidmat telefon bergerak. Drama ini dibahagikan kepada lima episod web (Webisode) yang mana setiap satu episod web bersiaran selama lima minit. Berikut adalah senarai episodnya:

  1. Wajah Songsang Wataru Kurenai?! (Jepun: 紅渡の裏の顔?!, Hepburn: Kurenai Wataru no Ura no Kao?!)
  2. Perang Songsang Castle Doran?! (Jepun: キャッスルドランで裏バトル?!, Hepburn: Kyassuru Doran de Ura Batoru?!)
  3. Wajah Songsang Keisuke Nago?! (Jepun: 名護啓介の裏の顔?!, Hepburn: Nago Keisuke no Ura no Kao?!)
  4. Kafé d'amour Otoya (Jepun: カフェ・音也・ダムールゥ, Hepburn: Kafe Otoya Damūrū)
  5. Warisan Ratu! (Jepun: 女王降臨!, Hepburn: Joō Kōrin!)

Edisi Internet ini telah diterbitkan semula melalui DVD pada bulan Disember 2008.

Lagu sunting

Lagu Tema Pembukaan

  • "Break the Chain"
    • Lirik: Shōko Fujibayashi (Jepun: 藤林 聖子, Hepburn: Fujibayashi Shōko)
    • Komposer: Shuhei Naruse (Jepun: 鳴瀬 シュウヘイ, Hepburn: Naruse Shūhei)
    • Susun Atur: Tourbillon, Shuhei Naruse (Jepun: 鳴瀬 シュウヘイ, Hepburn: Naruse Shūhei)
    • Artis: Tourbillon
    Single "Break the Chain" telah diterbitkan pada 26 Mac 2008.

Lagu Tema Perang

  • "Destiny's Play"
    • Lirik: Shōko Fujibayashi (Jepun: 藤林 聖子, Hepburn: Fujibayashi Shōko)
    • Komposer: NKMD
    • Susn Atur: Shuhei Naruse (Jepun: 鳴瀬 シュウヘイ, Hepburn: Naruse Shūhei)
    • Artis: TETRA-FANG
    Lagu ini adalah lagu tema khas untuk Kamen Rider Kiva. Single untuk lagu ini telah diterbitkan pada 23 April 2008. Syarikat Avex Trax juga menerbitkan edisi khas CD/DVD bagi single ini yang mengandungi satu video muzik. Terdapat juga varian khas bagi lagu "Destiny's Play" yang berjudul "Destiny’s Play イケメンズVer.~feat.襟立健吾~, (Destiny's Play Versi IKEMENS ~bersama Eritate Kengo~)". Varian ini merujuk kepada lagu "Destiny's Play" yang dinyanyikan oleh Eritate Kengo, salah satu watak dalam drama Kamen Rider Kiva.
  • "Individual-System"
    • Lirik: Shōko Fujibayashi (Jepun: 藤林 聖子, Hepburn: Fujibayashi Shōko)
    • Komposer & Susun Atur: Shuhei Naruse (Jepun: 鳴瀬 シュウヘイ, Hepburn: Naruse Shūhei)
    • Artis: TETRA-FANG
    Single ini mengandungi lagu tema khas untuk Kamen Rider IXA, salah seorang Kamen Rider di dalam drama ini. Lagu "Individual-System" adalah gabungan antara genre muzik pop 1980-an dengan muzik kontemporari. Single untuk lagu ini telah diterbitkan pada 25 Jun 2008.
  • "Fight for Justice ~ Individual-System NAGO Ver."
    • Lirik: Shōko Fujibayashi
    • Komposer & Susun Atur: Shuhei Naruse
    • Artis: Katō Keisuke
    • Episod: 28, 30, 31, 34
    Asalnya lagu ini hanya satu varian bagi Individual-System yang dinyanyikan oleh kumpulan TETRA-FANG. Nanmun, bezanya, lagu ini dinyanyikan oleh Katō Keisuke yang membawa watak Nago Keisuke @ Kamen Rider IXA tahun 2008. Single untuk lagu ini diterbitkan pada 30 Julai 2008. Single ini juga dikenali sebagai "Nago System".
  • "Supernova"
    • Lirik: Shōko Fujibayashi
    • Komposer: Naoki Maeda
    • Susun Atur: Shuhei Naruse
    • Artis: TETRA-FANG
    • Episod: 24 hingga 27, 29, 31 hingga 33
    "Supernova" adalah lagu tema untuk Kiva. Lagu ini dimainkan apabila Kiva menggunakan suit Emperor Form.
  • "Innocent Trap"
    • Lirik: Shōko Fujibayashi
    • Komposer & Susun Atur: Shuhei Naruse
    • Artis: TETRA-FANG
    • Episod: 19
    "Innocent Trap" adalah lagu tema untuk Kiva. Lagu ini dimainkan apabila Kiva menggunakan suit Arms Monster Bassha Form. Lagu ini juga ditujukan untuk Bassha, ahli Arms Monsters.
  • "Shout in the Moonlight"
    • Lirik: Shōko Fujibayashi
    • Komposer & Susun Atur: Ryo
    • Artis: TETRA-FANG
    • Episod: 23
    "Shout in the Moonlight" adalah lagu tema untuk Kiva. Lagu ini dimainkan apabila Kiva menggunakan suit Arms Monster Garulu Form. Lagu ini juga ditujukan untuk Garulu, ahli Arms Monsters.
  • "Roots of the King"
    • Lirik: Shōko Fujibayashi
    • Komposer & Susun Atur: Shuhei Naruse
    • Artis: TETRA-FANG
    • Episod: 34
    "Roots of the King" adalah lagu tema khas untuk Kamen Rider Saga. Single bagi lagu ini akan diterbitkan pada 12 November 2008.

Album/album mini dan single

Lagu-lagu tema yang disiarkan dalam drama dan filem selalunya akan dikeluarkan dalam bentuk single. Namun, kali ini, pihak Avex Trax dalam membantu mempromosikan Kamen Rider Kiva, telah menubuhkan kumpulan rock sementara yang bergelar Tetra-Fang. Selain itu, mereka juga mengeluarkan beberapa karya seperti berikut:

  • "Masked Rider Kiva Original Soundtrack"
    Album ini adalah album runut bunyi pertama bagi drama Tokusatsu Kamen Rider Kiva. Album ini diterbitkan pada 25 Jun 2008, memuatkan 44 runut bunyi dan lagu yang digunakan di dalam drama ini. Komposer Tsuneyoshi Saito dan penulis lirik Shōko Fujibayashi telibat dalam pembikinan album ini. Tambahan pula, kumpulan Tourbillion, TETRA-FANG, dan Kumai Kōhei (Eritate Kengo) pula terlibat dalam menyanyikan lagu-lagu tema "Break the Chain", "Destiny's Play", dan "Individual-System" versi TV. Varian "Destiny's Play" Versi IKEMENS juga dimuatkan di dalam album ini.
  • "SUPERNOVA" (album mini)
    Syarikat Avex Trex akan mengeluarkan sebuah album mini untuk kumpulan TETRA-FANG selepas 6 Ogos 2008. Album mini ini bakal melibatkan karya penulis lirik Shōko Fujibayashi (Jepun: 藤林 聖子, Hepburn: Fujibayashi Shōko) dengan komposer seperti Shuhei Naruse (Jepun: 鳴瀬 シュウヘイ, Hepburn: Naruse Shūhei), Ryo, dan Naoki Maeda (Jepun: 前田尚紀, Hepburn: Maeda Naoki). Berikut adalah lagu tema yang dimuatkan di dalam album mini ini:
    1. "Entrance Procession"
    2. "Supernova [Tribute to Empire form]"
    3. "Shout in the Moonlight [Tribute to Garulu]"
    4. "Innocent Trap [Tribute to Bassha]"
    5. "Silent Shout [Tribute to Dogga]"
    6. "Message [Tribute to Father]"
  • "Circle of Life" (single)
    Lagu ini merujuk kepada lagu tema untuk filem "Raja Istana Neraka". Lagu ini disampaikan oleh kumpulan Crimson-FANG. Menurut sumber dari Avex Trax, lagu ini diterbitkan pada 6 Ogos 2006 dengan dua versi yang berlainan. Setiap versi mempunyai empat lagu yang sama dan satu lagu yang berbeza, "With You" yang dinyanyikan oleh Koji Seto (Jepun: 瀬戸 康史, Hepburn: Seto Kōji) dan "With Me" yang dinyanyikan oleh Kouhei Takeda (Jepun: 武田 航平, Hepburn: Takeda Kōhei).
  • "Inherited-System: Masked Rider IXA"
    Album yang diterbitkan pada 12 Disember 2008 ini menghimpunkan lagu-lagu nyanyian pelakon Kamen Rider Kiva yang terlibat dengan Organisasi Langit Biru (Jepun: 素晴らしき青空の会, Hepburn: Subarashiki Aozora no Kai). Berikut adalah lagu yang dimuatkan di dalam album ini:
    1. "Fight For Justice" nyanyian Keisuke Kato (Jepun: 加藤 慶祐, Hepburn: Katō Keisuke) (Nago)
    2. "This love never ends" nyanyian Kohei Takeda (Jepun: 武田 航平, Hepburn: Takeda Kōhei) (Otoya)
    3. "Feel the same" nyanyian Yu Takahashi (Jepun: 高橋 優, Hepburn: Takahashi Yū) & Nana Yanagisawa (Jepun: 柳沢 なな, Hepburn: Yanagisawa Nana) (Yuri & Megumi)
    4. "Keep alive" nyanyian Kenji Matsuda (Jepun: 松田 賢二, Hepburn: Matsuda Kenji)(Jiro)
    5. "Don't lose yourself" nyanyian Keisuke Kato (Jepun: 加藤 慶祐, Hepburn: Katō Keisuke) (Nago)
    6. "Individual-System" nyanyian kumpulan TETRA-FANG
    7. "Destiny's Play ~ IKEMENS ver" nyanyian Kouhei Kumai (Jepun: 熊井 幸平, Hepburn: Kumai Kōhei) (Kengo)
    8. "Inherited-System" nyanyian kumpulan Organisasi Langit Biru (Jepun: 素晴らしき青空の会, Hepburn: Subarashiki Aozora no Kai)
    9. "Don't lose yourself Nago Voice Fist 1"
    10. "Don't lose yourself Nago Voice Fist 2"
    11. "Ixa-cise"

Pautan luar sunting