Kampong Pisang Berbuah Dua Kali

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali ialah filem seram komedi Malaysia 2022 karya terakhir Allahyarham Mamat Khalid. Anak Allahyarham, Amen Khalid menggalas tanggungjawab sebagai pengarah selepas bapanya meninggal dunia. Filem ini ditayangkan pada 3 Mac 2022 di Astro First.[1]

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali
PengarahAmen Khalid
Lakon layarAllahyarham Mamat Khalid
Dihasilkan oleh
  • Hasmah Hassan
  • Allahyarham Mamat Khalid
Dibintangi
Disunting oleh
  • Amen Khalid
  • Hakimi Ayub
Muzik olehTrabye
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
3 Mac 2022 (Malaysia)
Masa tayangan
105 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampong. Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18 dan penduduk kampong berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampong mereka.

Pelakon sunting

  • Kazar Saisi sebagai Pak Din 
  • Bell Ngasri sebagai Barkoba 
  • Aziz M. Osman sebagai Pak Jabit 
  • Mat London sebagai Pak Karim 
  • Dewa Sapri sebagai Cik Purnama 
  • Azman Mantra sebagai Cik Gerhana 
  • Eina Azman sebagai Cik Mek 
  • Anis Nisham sebagai Yati 
  • Ahmad Yassin sebagai Yassin 
  • Wong Wei Tian sebagai Teck Zee 
  • Rasydan Zakaria sebagai Adan 
  • Nizam Mok Ram sebagai MA Mok 
  • Hafiz Aziz sebagai Mirlun 
  • Joey Daud sebagai Daud M 
  • Yeop Hitler sebagai Manap Sengau 
  • Rashid Othman sebagai Faguha Jabar 
  • Dollah Cantik sebagai Yaakob Kangkong
  • TJ Isa sebagai Khuda

Penerbitan sunting

Ia telah dilaporkan pada pihak media bahawa Allahyarham Mamat Khalid sepatutnya memulakan penggambaran untuk filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali pada hujung Oktober atau awal November 2021.[2][3] Beliau bagaimanapun, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 24 Oktober 2021 akibat serangan jantung pada usia 58 tahun. Anak keempat Allahyarham Mamat Khalid, Mohd Khalid Amen menggalas tanggungjawab sebagai pengarah, menggantikan bapanya.[4] Beliau berkata dalam temubual bersama Sinar Harian: "Filem itu masih mengekalkan pelakon yang sama [...] Papa bercadang untuk memulakan penggambaran hujung bulan ini tetapi tidak sempat,".[5] Amen juga mengakui emosinya terganggu sepanjang beliau duduk di kerusi pengarah filem itu. Menurutnya, sepanjang proses pembikinan filem ini, air matanya juga sentiasa berlinang kerana teringatkan arwah bapanya. Namun, beliau bersyukur kerana mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan rakan artis ketika menyiapkan projek terakhir bapanya.[6] Penggambaran dijalankan selama 10 hari, bermula 15 November 2021 dan berakhir pada 24 November.[7]

Keluaran dan sambutan sunting

Promosi sunting

Treler rasmi Kampong Pisang Berbuah Dua Kali dikeluarkan di saluran YouTube Astro Shaw pada 2 Mac 2022,[8] manakala tayangan perdananya selama 20 minit dikeluarkan beberapa hari sebelum tayangan perdana rasminya.

Tayangan sunting

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali dikeluarkan pada 3 Mac 2022. Filem ini berjaya meraih kutipan RM1 juta dalam tempoh enam hari tayangannya di Astro First.[9] Filem ini juga berjaya menduduki tangga pertama carta top 5 di Astro First.[10]

Amen menerima pujian atas karya sulung arahannya. Beliau meluahkan rasa teruja apabila sokongan terhadap karya arwah bapanya berterusan. Beliau berkata: "Syukur alhamdulillah filem itu mendapat respon baik daripada penonton. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada peminat setia karya arwah papa, peminat Kampong Pisang serta semua penonton yang sudah menonton".[11]

Ulasan kritis sunting

Filem ini menerima pelbagai ulasan positif daripada pengkritik filem.

Menarik sunting

Gerhana yang pertama kali muncul dalam francais Puasa & Kampong Pisang adalah adik kepada Purnama.

Demografik penduduk Kampong Pisang pula lebih harmoni dalam naskah kali ini dengan kehadiran watak Teck Zee dan Letchumy yang mewakili komuniti kaum Cina dan India. Mirlun pula selaku komuniti pekerja asing Bangladesh yang kini membanjiri sektor pekerjaan di negara ini.

Khuda pula meskipun sudah dihalau dan dibuang daerah kembali semula ke kampung itu dengan bekerja untuk Yaakub Kangkong dengan menjalankan upacara ritual khurafat dalam usaha mensabotaj musuh politik beliau.

Rujukan sunting

  1. ^ Mya Amri (28 Februari 2022). "Karya Terakhir Allahyarham Mamat Khalid, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Disempurnakan Amen Khalid". Astro Gempak. Dicapai pada 11 Mac 2022.
  2. ^ Balqis Jazimah Zahari (24 Oktober 2021). "Sepatutnya mula penggambaran Kampong Pisang Berbuah Dua Kali minggu depan". Harian Metro. Dicapai pada 11 Mac 2022.
  3. ^ "Tiadanya Mamat Khalid, siapa penyambung legasi seterusnya?". Astro Awani. 27 Februari 2022. Dicapai pada 15 Mac 2022.
  4. ^ Qarami Hashim (3 Mac 2022). "Amen Khalid menangis di kerusi pengarah sekuel Kampong Pisang... Kadang-Kadang Dengar Suara Arwah Mamat Khalid". mStar Online. Dicapai pada 11 Mac 2022.
  5. ^ Noor Ainon Mohamed (24 Oktober 2021). "Tak sempat arah filem 'Kampung Pisang Berbuah Dua Kali'". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Mac 2022.
  6. ^ Najiy Jefri (3 Mac 2022). "Emosi Amen Khalid terganggu di kerusi pengarah". Harian Metro. Dicapai pada 11 Mac 2022.
  7. ^ Zaidi Mohamad (8 Disember 2021). "Tahan air mata di lokasi". Berita Harian. Dicapai pada 11 Mac 2022.
  8. ^ Ain Mahthir (4 Mac 2022). "Trailer Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Dipuji, "Dalam Lawak Ada Sindiran"". Himpunan Cerita Lawak. Dicapai pada 11 Mac 2022.
  9. ^ Aqmar Mustaza (10 Mac 2022). "Amen Khalid Ulangi Kejayaan Ayah, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Raih RM1 Juta Selepas Enam Hari". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Mac 2022.
  10. ^ "Terima kasih, yeop! 'Kampong Pisang Berbuah Dua Kali' nombor 1 di Astro First". Astro Awani. 10 Mac 2022. Dicapai pada 11 Mac 2022.
  11. ^ Georgie Joseph (10 Mac 2022). "Kampong Pisang Berbuah Dua Kali raih RM1 juta dalam tempoh enam hari". Harian Metro. Dicapai pada 11 Mac 2022.

Pautan luar sunting