Kampung Air Limau, Melaka

Kampung Air Limau merupakan sebuah kampung yang terletak di Tanah Melaka, Melaka, Malaysia.

Sejarah sunting

Kampung Air Limau telah dibuka sekitar tahun 1820. Kawasan yang mula-mula dibuka ialah Solok Ayer Limau atau Solok Pokat yang telah dikenali kini sebagai Jalan Hj. Hassan. Asalnya, Kampung Ayer Limau terletak bermula dari hujung pekan Masjid Tanah meliputi Kampung Pinang hinggalah ke Kampung Bukit Apit yang bersempadan dengan Kampung Rantau Panjang. Setelah berlaku persempadanan semula, maka pada hari ini Kampung Ayer Limau terletak di tengah-tengah kedua-dua kampung tadi iaitu bermula dari Sungai Ayer Limau hinggalah ke Sekolah Kebangsaan Ayer Limau yang meliputi keluasan kira-kira 7 km persegi.

Pautan luar sunting