Kampung Binjai Rendah

Kampung Binjai Rendah terletak di daerah Marang, Terengganu. Kampung Binjai Rendah mendapat nama sempena nama pokok binjai yang banyak terdapat di kawasan pekan berkenaan pada suatu ketika dahulu. Kini Binjai Rendah merujuk kepada satu pasar pagi yang popular sejak sekian lama hingga kini menjadi tempat pertemuan penduduk tempatan untuk urusan jual beli bahan keperluan asas. Antara kampung terdekat dengan kampung berkenaan ialah Kampung Hutan Banau, Kampung Che Jah, Kampung Pecahan Batu, Kampung Sungai Serai, Kampung Lubuk Batu, Kampung Durian Penunggul dan Kampung Gondang Kampung Bukit Lada, Kampung Geleguh dan kampung bukit cek nik.