Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu

Kampung Bukit Besar merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Terengganu, dalam negeri Terengganu Darul Iman, iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Kampung Bukit Besar
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Bukit Besar
Mohor rasmi Kampung Bukit Besar
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Kuala Terengganu
KampungKampung Bukit Besar
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
21100
Kod kawasan+609
Laman sesawangLokasi Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu di Peta Google

Terengganu merupakan sebuah negeri yang mempunyai sultan dan salah sebuah negeri yang membentuk negara Malaysia. Ia juga dikenali dengan gelaran Terengganu Darul Iman. Terdapat banyak pulau peranginan yang terletak berhampiran pantai Terengganu, seperti Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Tenggol.[1]. Terengganu terkenal dengan hidangan nasi dagang,[2] dan keropok lekor.[3]

Kampung Bukit Besar mendapat nama sempena Bukit Besar, Kuala Terengganu yang terdapat berhampiran dengan kampung ini. Kampung ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu,masjid yang pada awalnya diberi nama Masjid Raja Bukit Besar namun telah diubah namanya kepada Masjid Sultan Muhammad setelah masjid ini diubahsuai, pasar yang dikenali sebagai Pasar Bukit Besar, sekolah, gelanggang badminton dan banyak lagi.Kegiatan ekonomi utama awal di kampung ini adalah pertanian.

Pada peringkat awal, kampung ini dipenuhi dengan sawah padi disebabkan oleh tanih di sini merupakan tanih aluvium dan mempunyai saliran air yang baik. Hal ini menyebabkan rata-rata penduduk di kawasan ini bekerja sebagai pesawah padi. Namun begitu, disebabkan berlakunya proses pembandaran,ramai orang berpindah ke sini. Kebanyakan penduduk yang baru berpindah itu menjalankan perniagaan sendiri.Disebabkan itu juga, kawasan sawah padi dijadikan kawasan perumahan. Kini, kegiatan ekonomi penduduk di kampung ini lebih tertumpu kepada perniagaan sendiri.


Kemudahan asas sunting

Pendidikan sunting

  1. sekolah

Tempat beribadat sunting

Poskod sunting

Poskod yang digunakan di Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu adalah 21100.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Pulau peranginan jadi tumpuan pelancong". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-25. Dicapai pada 2017-12-23.
  2. ^ "Pengusaha nasi dagang tidak ketinggalan memperkenalkan makanan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2017-12-23.
  3. ^ "Rekod baharu keropok lekor terpanjang dihasilkan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2017-12-23.
  4. ^ Carian Poskod

Pautan luar sunting