Kampung Bukit Endoi

Kampong Bukit Endoi merupakan sebuah kampong yang telah mula dibuka sejak awal tahun 1910an. Penduduk asal yang memugar atau meneroka tanah disini berasal dari daerah lain negeri kedah.Ada juga yang datang dari Selatan Thai,salah seorang darinya ialah ibu kepada Tuan Imam Masjid Qariah Parit Panjang Tuan Guru Hj Abdul Wahab bin Hasan {asal Yala Thailand]. Kampung Bukit Endoi terletak dalam Mukim Teloi Kanan Daerah Baling.Dewan Undangan Negeri Kuala Ketil dan berada dalam Parlimen Baling.

Jumlah penduduk Kg Bukit Endoi ialah 700 orang.Majoriti bekerja sebagai penoreh getah.Selain dari itu ada yang berniaga, bekerja disektor swasta dan juga kerajaan.

Tahap pendidikan penduduk adalah pelbagai, ada lepasan universiti, sekolah menengah, sekolah pondok dan sekolah rendah. Penduduk kampong terbahagi kepada dua pentadbiran qariah masjid iaitu Qariah Masjid Parit Panjang dan Qariah Masjid Kg Tembak. Untuk kesekolah rendah penduduk menghantar anak-anak ke SRK Tembak atau ke SRK Lanai, Parit Panjang.Pada peringkat menengah ke SMK Parit Panjang atau kelain sekolah seperti Maktab Mahmud, MRSM, Sekolah Menengah Integrasi dan ke sekolah Sains. Pada peringkat pengajian tinggi pula anak-anak kampong ini telah melanjutkan pelajaran ke Universiti AlAzhar, Kolej Universiti Insaniah, Universiti Sains Islam Malaysia[USIM},Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia,UITM dan pelbagai kolej swasta dan Institut kemahiran seperti Mara,ILBN dan lain-lain. Ada yang melanjutkan pelajaran dalam bidang agama ke pondok di selatan Thailand.