Kampung Changkat Belulang
Kampong Changkat Belulang telah dibuka pada awal tahun 1970an sebagai sebuah perkampungan berkonsepkan Rancangan Tanah Pinggir Negeri Perak. Penduduk kampung ini asalnya penduduk Kampong Sungai Batu, Kota Bahru, Perak. Mereka dipindahkan melalui kaedah pemberian tanah-tanah lot baru apabila kampung tersebut menjadi kawasan perlombongan bijih timah.
Kampong Changkat Belulang terletak 3.0 km dari Pekan Malim Nawar melalui jalan kampung yang tidak dirancang dengan sempurna.