Kampung Dioh terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Dioh Tengah, Dioh Besar dan Dioh Kecil. Terdapat tiga taman perumahan yang terletak di dalam Kampung Dioh, iaitu Taman Angkasa Jaya, Taman Cita Jaya dan Taman Impian Putra. Kedudukannya yang sangat hampir dengan pekan Kuala Pilah bakal merancakkan pembângunan ekonomi dan sosial yang sudah semestinya bermanfaat untuk komuniti kampung. Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) ialah Prof. Dato' Dr. Hj Mohamad Nasir bin Hj Saludin yang telah dilantik pada 15 September 2018.

Kampung Dioh merupakan sebuah perkampungan Melayu tradisi yang terletak di selatan pekan Kuala Pilah yang berkeluasan lebih kurang 5 km persegi. Dikenali sebagai pusat perindustrian Kuala Pilah, kampung ini mempunyai banyak kilang-kilang kecil dan sederhana yang diusahakan dalam berbagai-bagai bidang. Majoriti penduduk adalah Melayu yang terlibat dalam pelbagai bidang termasuk perindustrian, mahupun pertanian. Kilang yang terkenal di kampung ini adalah kilang roti azan dimana rotinya terkenal di serata Malaysia.