Lokasi

Kampung Kunluang ialah salah satu daripada petempatan masyarakat di Mukim Asun. Kampung Kunluang letaknya dalam Daerah Jitra, Kedah Darul Aman.

Kampung Kunluang

Asal-Usul Nama Kampung Kunluang

Menurut cerita lisan oleh warga veteran di Kampung Kunluang, kampung tersebut wujud sejak Siam menguasai Kedah. Nama kampung tersebut berasal daripada perkataan dalam Bahasa Siam iaitu Kun Lu Wang yang bererti pegawai. Pendapat majoriti pengkaji tempatan menyatakan bahawa suatu ketika dahulu Kampung Kunluang merupakan petempatan untuk para pegawai kerajaan negeri semasa Era Pemerintahan Siam di Kedah. Komuniti asal Kampung Kunluang juga dikatakan semuanya bekerja makan gaji dengan kerajaan yang memerintah suatu ketika dahulu di Kedah. Kini, Kampung Kunluang menjadi sebuah kampung yang biasa seperti kampung-kampung lain di serata Kedah.


Populariti Kampung Kunluang

Kampung Kunluang amat popular di Kedah kerana adanya aktiviti seni wayang kulit yang masyhur di Kedah. Wayang kulit tersebut ialah Nang Talung yang berasal dari Semenanjung Selatan Thai.Hingga kini, persembahan wayang kulit dari Kampung Kunluang masih popular dibawa oleh Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun. Kumpulan tersebut diasaskan oleh Mohd Noh bin Mahmud sebagai tok dalang Melayu Kedah yang pertama paling berbakat.Setelah Pak Noh bersara daripada bidang wayang kulit pada tahun 1986, dan meninggal dunia pada tahun 1992. Anaknya yang bernama Abdul Majid bin Mohd Noh mengambil alih peranan bapanya sebagai tok dalang hingga kini.[1]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting