Kampung Labak Baru

kampung di Keningau, Sabah

Kampung Labak Baru adalah sebuah kampung yang terletak di daerah Keningau, Sabah. Kampung ini terletak di kawasan mukim Bingkor dan jaraknya dari bandar Keningau adalah kira kira 10 km. Majoriti penduduknya adalah berbangsa kaum Murut dan kaum Dusun. Pekerjaan penduduk kampung ini adalah bertani, pekerja jabatan kerajaan dan swasta. Agama Kristian adalah agama yang dianuti oleh penduduk di kampung ini dan ada juga yang menganuti agama Islam.

Sejarah sunting

Kg Labak Baru dahulunya bernama Kg Alab iaitu dalam bahasa Murut dan bahasa Malaysia bermaksud lalang. Ini disebabkan pada era tahun 1970-an terdapat banyak lalang tumbuh meliar di kawasan sekitar Kg Labak Baru ini. Manakala asal usul penduduk Kg Labak Baru pula adalah dari Kg Awas-Awas, Kg Lingawon, Kg Binaong dan kampung-kampung sekitarnya. Setiap tahun pada bulan Mei, penduduk kampung akan merayakan Pesta Kaamatan seperti juga kaum-kaum lain di sabah iaitu untuk menghormati semangat padi setelah selesai padi di tuai.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting