Kampung Limpaku Pinang

Tempat di Sarawak, Malaysia

Kampung Limpaku Pinang ialah sebuah kampung yang terletak dalam Bahagian Limbang, di Daerah Limbang, Sarawak, Malaysia.[1] Petempatan ini mempunyai jumlah penduduk seramai 342 orang serta menempatkan 40 buah rumah bagi penduduk disini.[2] Ia mengambil masa sebanyak 1/2 jam untuk sampai ke pekan Limbang dengan menggunakan pengangkutan air.[2]

Limpaku Pinang
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 4°53′00″N 115°01′00″E / 4.8833°N 115.0167°E / 4.8833; 115.0167Koordinat: 4°53′00″N 115°01′00″E / 4.8833°N 115.0167°E / 4.8833; 115.0167
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianLimbang
Aras
19 m (62 ft)
Penduduk
 (2017)
 • Jumlah penduduk
342 orang
 • Jumlah rumah
40 buah

Sejarah sunting

Kebanyakan penduduk di Kampung Limpaku Pinang berasal dari Kampung Dato Kuala Lawas sebelum berhijrah ke petempatan ini pada tahun 1977. Ia juga merupakan salah satu kampung yang terletak di persisiran sungai Kuala Limbang.[3]

Kemudahan sunting

Kampung Limpaku Pinang mempunyai sebuah sekolah kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Limpaku Pinang yang memiliki kod sekolah iaitu YBA5105. Pada tahun 2014, lebih daripada 300 penduduk di sini menikmati kemudahan bekalan elektrik yang sudah siap dipasang di setiap 40 buah rumah sejak pemohonan pada tahun 2000.[3] Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar itu bernilai RM4.8 juta yang membabitkan 42 orang dengan purata kos sebanyak RM 116428 setiap pengguna.[3] Ia juga dilengkapi dengan kemudahan bekalan air, sebuah dewan serta kerja membaik pulih jambatan Kampung Limpaku Pinang.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Kampung Limpaku Pinang, Malaysia". Geonames. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  2. ^ a b Pentadbiran Bahagian Limbang (2017). "Senarai Profail Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Daerah Limbang 2017". limbang.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-05. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  3. ^ a b c d Mastura Ismail (20 September 2018). "Kampung Limpaku Pinang tidak pernah disisih daripada pembangunan". utusanborneo.com.my. Utusan Borneo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-31. Dicapai pada 1 Jun 2021.

Pautan luar sunting