Kampung Menengah, Tutong

kampung di Daerah Tutong, Brunei

Kampung Menengah ialah sebuah kampung di Daerah Tutong, Brunei. Ia merupakan salah sebuah kampung di bawah Mukim Lamunin. Kampung ini mempunyai penduduk seramai 183 orang pada tahun 2016.[1] Kampung ini dan Kampung Bukit Sulang ditadbir di bawah seorang ketua kampung dan penjawat kini ialah Roslee bin Haji Ahad.[2]

Kampung Menengah
Kampung Menengah, Tutong is located in Bumi
Kampung Menengah, Tutong
Kampung Menengah, Tutong (Bumi)
Koordinat: 4°39′28″N 114°43′27″E / 4.6578°N 114.7243°E / 4.6578; 114.7243Koordinat: 4°39′28″N 114°43′27″E / 4.6578°N 114.7243°E / 4.6578; 114.7243
NegaraBrunei
DaerahTutong
MukimLamunin
Penduduk
 (2016)[1]
 • Jumlah183
Zon waktuUTC+8 (BNT)
Poskod
TG2843

Kemudahan sunting

Kampung Menengah mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kampong Menengah. Sekolah ini juga berkongsi infrastruktur dengan Sekolah Ugama Kampong Menengah iaitu sebuah sekolah agama yang menyediakan pendidikan rendah agama Islam yang mana ianya wajib bagi murid-murid beragama Islam di Brunei.[3] Pendidikan rendah diadakan pada sesi pagi sementara pendidikan agama pada sesi petang.

Kampung ini mempunyai sebuah masjid: Masjid Kampong Menengah dibuka rasmi pada 27 Julai 1990 oleh Awang Yahya bin Ibrahim, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama pada masa itu; ia dapat menampung kira-kira 230 jemaah.[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 18 Jun 2021.
  2. ^ "MUKIM LAMUNIN". tutong.gov.bn. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  3. ^ Yahya, Salawati. "Perkasa pendidikan Islam". Media Permata Online. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  4. ^ "Masjid Kampong Menengah". www.kheu.gov.bn. Dicapai pada 25 Mei 2018.