Kampung Mokotog

kampung di Mukim Tulid, Sabah

Kampung Mokotog ialah sebuah kampung yang terletak dalam Bahagian Pedalaman di Daerah Kecil Sook yang dibawah pentadbiran Daerah Keningau, negeri Sabah, Malaysia.[1] Petempatan ini mempunyai jumlah penduduk seramai 280 orang serta menempatkan 33 buah rumah bagi penduduk disini.[2] Kampung Mokotog diduduki oleh majoriti masyarakat beretnik Dusun.[3]

Mokotog
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 5°16′52″N 116°26′00″E / 5.28105248°N 116.43331565°E / 5.28105248; 116.43331565Koordinat: 5°16′52″N 116°26′00″E / 5.28105248°N 116.43331565°E / 5.28105248; 116.43331565
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPedalaman
DaerahKeningau
Daerah KecilSook
MukimTulid
Penduduk
 • Jumlah
280 orang
 • Jumlah rumah
33 buah

Ia mengambil masa lebih kurang setengah jam dari pekan Sook dengan menggunakan pengangkutan darat di jalan ke Tulid. Sebahagian daripada tanah di kampung ini, terdapat hutan simpan, hasil usaha Jawatankuasa Kampung dan penduduknya. Ia memiliki keluasan lebih kurang sebanyak 10 ekar (4.0 he).[4]

Pentadbiran sunting

Kampung Mokotog (juga dikenali sebagai, Kampong Mokotog, diringkaskan: Mokotog) terletak di bawah pentadbiran Mukim Tulid. Kampung Mokotog mempunyai seorang ketua kampung yang bertanggungjawab menjaga keselamatan serta ketenteraman penduduk setempat di setiap kawasan kampung tersebut. Berdasarkan dari laman web Pejabat Daerah Kecil Sook, pemegang jawatan bagi ketua kampung ialah Geofrey Gubang.[2] Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung bagi Kampung ini ialah, Gutan @ Aloysius Bin Gadus serta pengerusi Kawasan Rukun Tetangga ialah Angging @ Sainggun Bin Gadus.[5] Pejabat Daerah Kecil Sook merupakan pihak berkuasa tempatan yang mentadbir kawasan ini serta dibawah DUN, Tulid.

Rujukan sunting

  1. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2015). "Gazetir Negeri Sabah Negeri Dibawah Bayu" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-23. Dicapai pada 29 Mei 2021.
  2. ^ a b Pejabat Daerah Kecil Sook. "Senarai Mukim serta Kampung di Daerah Kecil Sook, Sabah, Malaysia". www.sabah.gov.my/pdks. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-17. Dicapai pada 4 Jun 2021.
  3. ^ Kiting, Rosliah (2013). "Unsur-unsur sejarah dalam sudawil (pantun) Kadazandusun" (PDF): 185. Dicapai pada 10 Jun 2021. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  4. ^ Arthur Y.C. Chung (Jun 2015). "Laporan Kepelbagaian Serangga di Kg. Mokotog, Sook, Keningau, Sabah" (PDF). Jabatan Perhutanan Sabah: 4. Dicapai pada 10 Jun 2021. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  5. ^ Kampung Mokotog. emaklumat.perpaduan.gov.my. Jabatan Perpaduan Negera dan Integrasi Nasional Malaysia (2007). Dicapai pada 11 Mei 2021.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting