Kampung Pagansangan

Kampung Pagansangan merupakan sebuah kawasan yang terletak di Mukim Apin-Apin, Daerah Keningau, Negeri Sabah, Malaysia

Kampung Pagansangan
Kampung
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriSabah
Daerah Keningau
Pentadbiran
 • MPYang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (GRS-STAR) (Keningau)
 • Ketua KampungEn. Jews@Jems Loibin
Poskod
89008, 89007, 89000
Kod kawasan087 Federal Territory (Malaysia) Labuan Interior Division, Sabah 088 Sabah – Kota Kinabalu and Kudat 089 Sabah – Lahad Datu, Sandakan and Tawau

Latar Belakang Kampung sunting

Asal Usul dan Latar Belakang Kampung Pagansangan

Asal usul nama Kampung Pagansangan dikatakan berasal daripada perkataan bahasa Dusun Pasansangan. Menurut orang sumber, Kampung Pagansangan pada ketika dahulu merupakan laluan pejalan kaki untuk ke daerah Tambunan, Kota Kinabalu dan sebagainya. Pada masa itu, Orang-orang akan melalui Kampung Pagansangan kerana mempunyai laluan yang menghubungkan jalan tentera British untuk ke daerah Tambunan, Kota Kinabalu dan sebagainya secara berjalan kaki.

Di kampung ini, terdapat sebuah pokok yang sangat besar berhampiran dengan laluan pejalan kaki yang mana menjadi tempat persinggahan pejalan-pejalan kaki untuk berehat. Seterusnya, Pokok kayu tersebut dijadikan sebagai tempat menyangkutkan atau menggantungkan barang-barang yang dibawa oleh pejalan kaki seperti bekalan makanan apabila berehat atau tidur. Dalam bahasa Dusun, istilah bagi tempat menggantungkan barang ialah Pasansangan. Oleh sebab kawasan ini ketika dahulu terkenal sebagai tempat persinggahan dan tempat menggantungkan barang, maka kawasan ini dipanggil sebagai ‘Pasansangan’ oleh masyarakat dusun di sekitar Keningau pada masa itu. Zaman beralih, musim bertukar, kampung ini sinonim dengan panggilan Pagansangan. Selaras dengan itu, nama ‘Pagansangan’ yang sebenarnya berasal daripada perkataan ‘Pasansangan’, telah dijadikan sebagai nama rasmi bagi kampung ini semasa penubuhannya.

Penduduk Kampung Pagansangan pada awalnya dikatakan berasal daripada daerah Tambunan yang berhijrah. Punca penghijarahan mereka ialah ingin mencari kehidupan yang baru, lebih selesa dan mencari kawasan pertanian yang lebih subur pada ketika itu. Selepas tahun 1980, penduduk dari daerah-daerah lain mula berhijrah ke tempat ini dan menyebabkan populasi penduduk di kampung Pagansangan semakin bertambah. Pertambahan populasi penduduk di Kampung Pagansangan disebabkan oleh faktor perkahwinan, pekerjaan dan lain-lain. Terdapat juga sesetengah penduduk yang berpindah ke Kampung Pagansangan ini disebabkan oleh faktor ekonomi yang mana mereka membina rumah berhampiran dengan kawasan kebun mereka. Perkara ini memudahkan mereka untuk menjalankan kegiatan pertanian mereka. Kesannya, keluasan Kampung Pagansangan juga semakin meluas. Kini, Saiz keluasan kampung Pagansangan merangkumi keluasan sebanyak 13.5 ekar dan jumlah penduduk di kampung ini juga telah mencecah seramai 274 penduduk bersamaan 71 buah keluarga (Sumber: JPKK Kg. Pagansangan) di mana 95 Peratus (%) terdiri daripada penduduk beragama Kristian dan 5 Peratus (%) lagi adalah penduduk beragama Islam. (KAJIAN LAPANGAN 2023, KEL)