Kampung Pak Kiang merupakan sebuah kampung yang terletak di Kampung Raja, Jereteh, daerah Besut, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Kampung Pak Kiang
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Pak Kiang
Mohor rasmi Kampung Pak Kiang
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Daerah Besut, Jereteh
MukimKampung Raja
KampungKampung Pak Kiang
Kerajaan
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
22200
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Pak Kiang di Peta Google

Kampung Pak Kiang merupakan perkampungan masyarakat Siam yang terbesar di daerah ini.

Kemudahan asas sunting

Pendidikan sunting

Tempat beribadat sunting

Sejarah sunting

KAMPUNG Pak Kiang pada asalnya merupakan perkampungan masyarakat Siam yang terbesar di daerah ini. Nama asal Kampung Pak Kiang adalah Kampung Kijang berikutan usaha penduduk waktu itu menangkap seekor kijang yang masuk ke kampung tidak berjaya, namun lama kelamaan panggilan nama kampung itu ditukar kepada Pak Kiang iaitu sejenis nama tumbuh-tumbuhan yang juga berasal daripada bahasa Melayu.

Menurut Pengerusi Persatuan Masyarakat Siam Malaysia Cawangan Terengganu, Siri Neng Buah, perkampungan Siam itu dibuka pada 1890-an oleh datuknya, Nai Deng Suksai yang berasal dari Tak Bai yang ketika itu masih di bawah kekuasaan Kelantan, antara tahun 1890 dan 1891.

Selepas kira-kira empat tahun membuka perkampungan itu, dia dilantik salah seorang dalam kepimpinan lama daerah Besut oleh Raja Besut ketika itu, sebagai Kapitam Siam dan digelar Tok Long Merah.

Masyarakat Melayu setempat pula menggelari datuknya dengan nama Tok Pawah dan beliau pernah ditugaskan sebagai jurubahasa antara pegawai tinggi kerajaan Siam dengan Tok Bahaman dan Mat Kilau. Selepas kampung dibuka oleh Tok Pawah, masyarakat Siam dari Semerak, Pasir Putih, Kelantan yang menjadi pelarian ketika Perang Tok Janggut sekitar 1915 turut berhijrah ke kampung berkenaan.

Penduduk kampung masa itu melaksanakan sistem pertanian sara diri seperti menanam padi, kelapa, tembakau selain terdapat binatang buruan iaitu babi hutan yang banyak," katanya. Mereka turut membela ayam, lembu dan kerbau, namun penduduk Siam di kawasan tersebut tidak menternak babi kerana memahami sensitiviti orang Melayu.[1]

Poskod sunting

Poskod yang digunakan di Kampung Pak Kiang, Kampung Raja, Terengganu adalah 22200.[2]


Rujukan sunting

Pautan luar sunting