Sebuah perkampungan Orang asli bersuku kaum Temuan. Penduduknya hampir seramai 600 orang dan kebanyakan daripada mereka menjalankan aktiviti pertanian seperti tanaman getah, sawit, pisang, cili, jagung, dan tanaman yang lain serta perternakan kambing, ayam, dan ikan. Penduduk disini masih kurang bekerja diluar kerana majoritinya masih mengamalkan pertanian. Apa yang menarik tentang kampung ini adalah semangat kejiranan antara mereka. Segala upacara atau majlis akan diadakan secara gotong-royong sama ada memasak atau menguruskan majlis. Kampung ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti jalan bertar, bekalan air, elektrik, padang bola, gelanggang takraw, balai raya, sekolah tabika dan juga kampung tanpa wayar(wifi) kepada penduduk. Keadaaan geografi yang agak strategik di mana dikawasan berbukit tetapi kawasan perumahan yang rata serta tiada bencana seperti banjir menyebabkan penduduk di kampung tersebut selesa hidup disana .