Pos Lanai

petempatan Orang Asli di Lipis, Pahang, Malaysia
(Dilencongkan dari Kampung Pos Lanai)

Pos Lanai ialah sebuah kawasan petempatan Orang Asli Semai yang terletak di daerah Lipis, Pahang, Malaysia. Berdasarkan maklumat rasmi, Pos Lanai terdiri daripada dua buah kampung, Pos Lanai Lama dan Kg. Pos Lanai Baru; kampung baharu itu ialah salah satu kampung-kampung yang diasaskan melalui program petempatan semula Orang Asli (Program Bersepadu Daerah Terpencil, PROSDET) oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pada 2012.[1][2] Petempatan ini memiliki sebuah sekolah, Sekolah Kebangsaan Lanai serta sebuah tadika Islam milik Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).[3]

Pos Lanai
Petempatan Orang Asli
Pos Lanai is located in Bumi
Pos Lanai
Pos Lanai (Bumi)
Koordinat: 4°19′28.340″N 101°45′50.321″E / 4.32453889°N 101.76397806°E / 4.32453889; 101.76397806
Negara Malaysia
NegeriPahang
DaerahLipis

Sejarah sunting

Bantahan empangan hidroelektrik sunting

Pada sekitar 2015 hingga 2019, pihak penduduk Pos Lanai membantah sebuah projek bernama Empangan Hidroelektrik Telom yang dikatakan bakal memberi kesan terhadap penduduk petempatan serta kawasan hutan berkeluasan kira-kira 7,600 hektar yang menjadi tunjang kehidupan masyarakat Pos Lanai.[4] Hal ini membawa kepada kes prosiding mahkamah antara wakil penduduk Pos Lanai dengan empat plaintif, Tenaga Nasional Berhad, kerajaan Pahang, kerajaan persekutuan dan JAKOA pada 28 Ogos 2018 di Mahkamah Tinggi Temerloh.[5] Menjelang Mac 2019, projek tersebut disahkan terbatal.[6]

Bantahan projek lombong sunting

Pada 2020, golongan penduduk Pos Lanai menerima ancaman dan melakukan protes terhadap sebuah rancangan projek lombong lantanid berkeluasan kira-kira 650 hektar yang akan dijalankan di petempatan itu kerana dikatakan akan memusnahkan kawasan hutan di petempatan itu.[7] Pembantahan projek itu disokong oleh beberapa pihak seperti Parti Sosialis Malaysia, Suara Rakyat Malaysia dan persatuan-persatuan pendukung alam sekitar yang bersama-sama membuat aduan rasmi kepada pihak JAKOA.[8] Pada Mac 2021, pihak Jabatan Alam Sekitar mengesahkan bahawa projek lombong oleh Aras Kuasa Sdn Bhd tersebut ditolak buat masa kini kerana memiliki terma rujukan penilaian kesan alam sekitar yang tidak dapat diperakui.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ "Dokumen Gazetir Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Dicapai pada 2 April 2021.
  2. ^ Jamalunlaili Abdullah, Nazura Mohamed Sayuti, Afiza Azura Mohamad Arshad, Mohd Ruzed Embong (2018). "Quality of Life at Resettlement Project in Pahang, Malaysia" (PDF). Asian Journal of Quality of Life (dalam bahasa Inggeris).CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Nik Min, Nik Amirulmukminin (3 Januari 2020). "Pasti tubuh pra tahfiz orang asli pertama di Malaysia". Sinar Harian. Dicapai pada 3 April 2021.
  4. ^ "Pos Lanai Orang Asli wants govt to review Telom hydro project". The Sun Daily (dalam bahasa Inggeris). 8 Januari 2019. Dicapai pada 2 April 2021.
  5. ^ "Jabatan Peguam Negara kecualikan peneroka Orang Asli bayar kos guaman RM12,000 kepada 4 pihak". Berita Harian. 14 Januari 2019. Dicapai pada 3 April 2021.
  6. ^ Lee, Annabelle (23 Januari 2019). "Minister announces cancellation of Telom Dam project". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 April 2021.
  7. ^ Buang, Shakira (7 September 2020). "Orang Asli: Kami akan lawan rancangan lombong di Pos Lanai". Malaysiakini. Dicapai pada 2 April 2021.
  8. ^ "Bantah rancangan perlombongan lantanid di perkampungan OA Pos Lanai". Parti Sosialis Malaysia. 7 September 2020. Dicapai pada 2 April 2021.
  9. ^ "Hutan Jelai 'selamat' dari jadi lombong setakat ini". Malaysiakini. 16 Mac 2021. Dicapai pada 2 April 2021.