Kampung Rahmat Changkat Sulaiman

Kampung Rahmat Changkat Sulaiman merupakan sebuah kampung yang terletak di Sungkai, Perak Darul Ridzuan.

Kampung Rahmat Changkat Sulaiman juga mempunyai cerita sejarahnya yang tersendiri. Nama Kampung Rahmat Changkat Sulaiman berasal daripada nama sebuah bukit yang terletak berhampiran dengan sebatang sungai di kawasan kampung itu. Nama Changkat itu sendiri mendukung makna ‘bukit’. Dikisahkan bahawa, pada sekitar tahun 1800 dahulu, terdapat sekumpulan orang dari Sumatera telah lari dari dikejar oleh musuh dan mereka menuju ke hulu sungai untuk menyelamatkan diri.