Kampung Rampayan Ulu

kampung di Kota Belud, Sabah

Koordinat: 6°31′13″N 116°31′00″E / 6.52028°N 116.51667°E / 6.52028; 116.51667

Kampung Rampayan Ulu ialah sebuah kampung di Kota Belud, Sabah, Malaysia. Kampung Rampayan Ulu terletak pada lokasi 6°31'13"N, 116°31'00"E, iaitu ke arah tenggara Pekan Kota Belud. Kampung ini terletak di sebuah lembah yang rata di sebelah timur Sungai Rampayan. Bahagian utara, timur dan selatannya dikelilingi bukit-bukit rendah yang ditumbuhi pokok-pokok akasia. Keluasan kampung ini ialah lebih kurang 4km persegi.

Kampung ini dihubungkan dengan pekan Kota Belud oleh jalan berturap. Jalan raya ini diturap serentak dengan jalan Kota Belud ke Kampung Kuala Rampayan yang terletak di sebelah barat Sungai Rampayan.Kemudahan lain yang ada di kampung tersebut adalah Balai raya,pusat kraftangan,jeti,jambatan,Dewan serbaguna,sekolah ,perkhiddmatan elektrik,lampu jalan,siaran berbayar ASTRO.Dalam proses pengaliran saliran air paip.Masjid Kg Nurul suhadah Kg Rampayan Ulu Kota Belud.

Kampung ini mempunyai penduduk lebih kurang 1000 orang yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Irranun. Terdapat juga kaum-kaum lain. Mereka yang dikatakan kaum Bajau, Dusun, Melayu, dan Melayu Brunei ialah hasil daripada perkahwinan lelaki kaum-kaum tersebut dengan wanita kaum Irranun dari kampung ini. Disebabkan nama kaum seseorang disebut mengikut nama suku kaum sebelah bapa, maka apabila seorang lelaki dari suku kaum Bajau berkahwin dengan seorang perempuan dari suku kaum Irranun, anak hasil daripada perkahwinan ini disebut sebagai orang Bajau. Begitu jugalah dengan suku kaum lain yang tinggal di kampung ini.

Pekerjaan utama penduduknya adalah sebagai nelayan, selain daripada sejumlah kecil yang bertani, berniaga dan bekerja sebagai kakitangan kerajaan.

SK Rampayan Ulu, iaitu satu-satunya sekolah yang terdapat di kampung ini, mempunyai 17 orang guru, 3 orang Anggotakakitangan pelaksana dengan murid seramai dalam anggaran 166 orang ,melibatkan Kelas prasekolah Cemerlang dan sebuah Tabika KEMAS yang mempunyai seorang guru dan seorang pembantu, dengan murid seramai 25 orang.[bila?]


Rujukan : Roseyati Mj,Bie Lovely bie. ( rujukan di kemaskini bersama Cik Nurhidayah Binti Baibayan 6.5.2018 )