Kampung Rhu Dua merupakan sebuah kampung yang terletak di Marang, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Kampung Rhu Dua
Kampung
Negara Malaysia
NegeriTerengganu
Daerah Marang

Kampung Rhu Dua ini merupakan sebuah kampung nelayan tradisional yang terletak di dearah Marang, Terengganu.

Kampung ini memiliki kedudukan geografi yang amat menarik dengan mengadap Laut China Selatan yang mana bertentangan dengan sebuah pulau iaitu Pulau Kapas dan Pulau Gumia. Panorama kampung ini amat menarik sekali dan ramai pelancong asing datang untuk menikmati panorama pantainya yang bersih.

Dengan kapasiti penduduknya lebih kurang 1,200 orang dan budaya muafakat yang kuat telah banyak menyumbang kepada kemajuan kampung ini sejak dari dulu lagi.

Sejarah sunting

 
Contoh pokok Ru yang tumbuh di Terengganu.


Sejarah nama kampung ini secara lisan adalah sempena daripada pohon/pokok ru yang bercabang dua dari pangkal pokok yang mana fenomena ini jarang berlaku dan kampung ini memiliki pokok ini.


Kemudahan asas sunting

Pendidikan sunting

Tempat beribadat sunting

Poskod sunting

Poskod yang digunakan di Kampung Rhu Dua, Marang, Terengganu adalah 21600.[1]


Rujukan sunting

Pautan luar sunting