Kampung Seberang Tuan Chik Haji

Kampung Seberang Tuan Chik Haji merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Terengganu, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Kampung Seberang Tuan Chik Haji
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Seberang Tuan Chik Haji
Mohor rasmi Kampung Seberang Tuan Chik Haji
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Kuala Terengganu
KampungKampung Seberang Tuan Chik Haji
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
21200
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Seberang Tuan Chik Haji di Peta Google

Kampung Seberang Tuan Chik Haji ialah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di Kuala Nerus, di tepi Sungai Terengganu, Terengganu. Kampung ini dinamakan Seberang Tuan Chik Haji kerana terpisah dengan sungai Terengganu untuk menghubungkan bandar Kuala Terengganu.Nama sebenar Tuan Chik Haji adalah Syed Ahmad Al-Idrus. Selain itu kebanyakan penduduk awal di sini merupakan para saudagar dari Timur Tengah yang berdagang di Tanah Melayu kemudian menyusur ke negeri Terengganu dan menetap di pinggir Sungai Terengganu. Mereka berkahwin dengan orang tempatan dan beranak pinak dan kebanyakan mereka mempunyai pangkat Syed dan Tuan di hadapan nama mereka.Kebanyakan keturunan Syed/Tuan disini bermarga Al-Khirid dan Al-Idrus.

Kampung ini terletak bersebelahan dengan Kampung Pengkalan Tuan Chik (Tuan Chik disini dirujuk kepada gelaran Tuan Chik Misai iaitu adik ipar kepada Tuan Chik Haji), kampung Bukit Tumbuh, Kg Bt Kandis, Kg Serdang Baru dan Kg Pengkalan Batu di bawah jajahan Kg Bukit Tunggal. Kampung ini betul-betul terletak di sebelah kiri Jambatan Sultan Mahmud sekiranya dari bandar Kuala Terengganu selepas menyusuli tapak tol jambatan tersebut yang berada di atas Pulau Hajjah Siah.

Punca utama pendapatan penduduk disini ialah menjadi nelayan dan petani di awal penempatan. Kini kehidupan sudah berubah hanya segelintir yang masih meneruskan kerja-kerja tradisi ini iaitu menjadi nelayan dan petani. Kebanyakan nelayan disini mencari rezeki di laut dalam dengan cara memancing. Mereka juga menawarkan pakej kepada kaki-kaki pancing dan aktiviti mencadang sotong bila musim sotong menjelma.

Tiada aktiviti lain untuk menampung pendapatan penduduk disini selain aktiviti di atas. Kini sudah banyak rumah-rumah cantik berdiri di kawasan kampung ini kebanyakan penjawat jawatan pegawai kerajaan, kontraktor, pengurus syarikat besar dan ahli perniagaan. Mereka menetap dan membina rumah di sini kerana terletak di kawasan yang strategik dan berhampiran dengan bandaraya di mana hanya memakan masa 15 minit sahaja untuk sampai ke pusat bandar.

Kampung ini hanya mempunyai Ketua Kampung a.k.a pengerusi JKKK kampung. Penghulu mesti dirujuk kepada Penghulu Kuala Nerus yang terletak di Kampung Bukit Tok Beng.

Kebanyakan anak-anak penduduk di sini bersekolah di Sekolah Rendah Bt Tunggal, Sekolah Menengah Bt. Tunggal dan Sekolah Rendah Bt. Tumbuh. Hanya Tabika Kemas sahaja disediakan di kampung ini.

Kemudahan asas sunting

Pendidikan sunting

Tempat beribadat sunting

Poskod sunting

Poskod yang digunakan di Kampung Seberang Tuan Chik Haji, Kuala Terengganu, Terengganu adalah 21200.[1]


Rujukan sunting

Pautan luar sunting