Kampung Sungai Bayor

Kampung Sungai Bayor merupakan sebuah kampung tradisional dalam mukim Hulu Selama, Daerah Selama, negeri Perak.

Mukim Hulu Selama
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahDaerah Selama
MukimMukim Hulu Selama
KampungKampung Sungai Bayor
KeluasanN/A

Nama Sungai Bayor diambil sempena nama sebatang sungai dan Pokok Bayor yang tumbuh di Kuala Sungai Bayor; pertemuan antara Sungai Bayor yang merupakan anak sungai dan Sungai Selama. Hingga ke hari ini masih terdapat sungai tersebut.Masyarakat tempatan memanggil dengan nama Ayer Bayor.

Sesuai dengan perkembangan perkembangan pembangunan, pemodenan lebih-lebih lagi perkembangan pertanian,Anak Sungai Bayor telah diputuskan aliran sungainya di Projek Pengairan Garok. Sejak dari itu anak Sungai Bayor kerap mengalami kekeringan air terutama pada musim kemarau. Sejak dari pembinaan Projek Pengairan Garok,berakhirlah Anak Sungai Bayor sebagai sumber utama pengairan kawasan sawah berdekatan. Sebahagian kecil anak sungai Bayor tinggal sebagai peparitan air buangan sawah dan sebahagian besar airnya berubah kuala mengalir ke Sungai Garok.


Persempadanan Kampung Sungai Bayor.

Sungai Bayor pada asalnya bukan hanya sebuah kampung. Ia sebuah mukim yang diurustadbir oleh Penghulu Sungai Bayor yang pejabatnya berlokasi di pekan Sungai Bayor. Oleh sebab itulah kita dapat temui SMK Sungai Bayor yang berlokasi di Simpang Tiga,SK Sungai Bayordan Balai Polis Sungai Bayor yang berlokasi di Kampung Damak.Kemungkinan kawasan pemukiman yang terlalu luas,turut dikaitkan pula dengan kampung-kampung yang jauh dari pekan Sungai Bayor iaitu pusat tadbirurus,maka Mukim Sungai Bayor telah ditukar kepada Mukim Ulu Selama.

Persempadanan Kampung Sungai Bayor adalah Sungai Damak hingga ke Anak Sungai Bayor. Jarak jalan utama yang melalui Kampung Sungai Bayor lebih kurang 2 kilometer. Disebelah hilirnya Kampung Damak manakala di sebelah Hulunya Kampung Garok.