Kampung Tambirat

Tempat di Sarawak, Malaysia

Kampung Tambirat, atau ringkasnya Tambirat ialah sebuah kampung yang terletak dalam Bahagian Samarahan, di Asajaya, Sarawak, Malaysia.[1][2] Kampung Tambirat mempunyai jumlah penduduk seramai 2978 orang dan 463 buah rumah atau pintu bagi penduduk-penduduk yang menetap di kampung ini.[3] Ketua kaum bagi Kampung Tambirat ialah Peng. Haji Tamel Bin Muhammad.[3] Terletak kira-kira 20 kilometer (12.4 bt) dari Kuching, ibu negeri Sarawak.

Kampung Tambirat
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 1°32′50″N 110°31′06″E / 1.54727498°N 110.51845966°E / 1.54727498; 110.51845966Koordinat: 1°32′50″N 110°31′06″E / 1.54727498°N 110.51845966°E / 1.54727498; 110.51845966
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
Aras
1 m (3 ft)
Penduduk
 • Jumlah
2,978 orang
 • Bilangan rumah
463
Poskod
94600

Kawasan petempatan sekitarnya:[4]

Kemudahan asas sunting

Terdapat dua buah sekolah kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Tambirat (Kod sekolah: YBA8105) serta Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua (Kod sekolah: YCC8102) yang berstatus luar bandar.[5] Kampung Tambirat juga dilengkapi dengan kemudahan membeli barang di Pasar Tambirat serta sebuah padang. Kampung Tambirat juga salah satu tarikan ekonomi yang terdapat pada daerah Asajaya.[6] Tapak Regata Samarahan juga terletak disini.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "Gazetir Negeri Sarawak" (PDF). Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan, Malaysia. 19 Ogos 2017 [2015]. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-23. Dicapai pada 15 Mei 2021.
  2. ^ "Tambirat, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames.org. Dicapai pada 16 Mei 2021.
  3. ^ a b "Profail Daerah Asajaya, Bahagian Samarahan, Sarawak, Malaysia". samarahan.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Samarahan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-20. Dicapai pada 19 Mei 2021.
  4. ^ "Tambirat Map" di Mapcarta. Dicapai pada 25 Mei 2021.
  5. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". moe.gov.my. Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2021.
  6. ^ a b Chris Bishop (20 Julai 2019). "Kampung Tambirat, Tarikan Ekonomi Baharu di Asajaya". dayakdaily.com. Dayak Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-25. Dicapai pada 25 Mei 2021.

Pautan luar sunting