Kampung Telahak

Tempat di Sarawak, Malaysia

Kampung Telahak (juga, Kampung Tilahak) ialah sebuah kampung yang terletak dalam Bahagian Limbang, di Daerah Limbang, Sarawak, Malaysia.[1] Petempatan ini mempunyai jumlah penduduk seramai 391 orang serta menempatkan 38 buah rumah bagi penduduk disini.[2] Ia mengambil masa sebanyak satu jam untuk sampai ke pekan Limbang dengan menggunakan pengangkutan air.[2] Poskod bagi Kampung Telahak ialah 98700.

Telahak
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 4°46′00″N 114°52′00″E / 4.7667°N 114.8667°E / 4.7667; 114.8667Koordinat: 4°46′00″N 114°52′00″E / 4.7667°N 114.8667°E / 4.7667; 114.8667
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianLimbang
Penduduk
 (2017)
 • Jumlah penduduk
391 orang
 • Jumlah rumah
38 buah

Kemudahan sunting

Kampung Telahak mempunyai sebuah sekolah kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Telahak. Petempatan ini juga mempunyai sebuah masjid yang diberi nama sebagai Masjid Nurul Iman Kampung Telahak yang memiliki no. Daftar, A-05-2017-0019. Imam 1 yang bertugas di Masjid Nurul Iman ialah Matassan bin Daut.[3] Ia dapat menampung jemaah lebih daripada 400 orang dalam satu masa.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Kampung Telahak, Malaysia". Geonames. Dicapai pada 2 Jun 2021.
  2. ^ a b Pentadbiran Bahagian Limbang (2017). "Senarai Profail Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Daerah Limbang 2017". limbang.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-05. Dicapai pada 2 Jun 2021.
  3. ^ "Masjid Nurul Iman, Kampung Telahak Limbang". emasjid.sarawak.gov.my. Khidmat Islam Sarawak. Dicapai pada 2 Jun 2021.
  4. ^ "Masjid berharga RM3 juta di Kampung Telahak sedang dibina". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. 7 Disember 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-02. Dicapai pada 2 Jun 2021.