Kampung Tenang, Segamat

(Dilencongkan dari Kampung Tenang)

Kampung Tenang ialah sebuah kampung yang terletak di negeri Johor. Ia terletak di daerah Segamat. Ia mempunyai keluasan 10.47km

Kampung Tenang

Sejarah sunting

Kampung Tenang diasaskan oleh Syed Kamarul Ariffin Bin Syed Allauddin atau nama panggilannya Tok Tenang sekitar tahun 1806. Nama Kampung Tenang telah diambil sempena nama panggilan Tok Tenang.Sebuah sekolah di bandar Labis iaitu SMK Tenang telah diubah kepada nama SMK Kamarul Ariffin kerana untuk mengelakkan kekeliruan dengan SMK Tenang Station.

Ekonomi sunting

Ekonomi penduduk Kampung Tenang ialah pertanian dan penternakan. Hampir kesemua penduduk Kampung Tenang menjalankan kegiatan Pertanian dan Penternakan. Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan di Kampung Tenang.

Kemudahan sunting

Kampung Tenang mempunyai kemudahan seperti Dewan Serbaguna, WIFI percuma di setiap kawasan tertentu, sekolah dan sebagainya.