Kampung Ulu Piol Adalah Merupakan Kampung Yang Terletak Di Dalam Daerah Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan Dan Bersempadan Dengan Daerah Perak Tengah.

Berjarak 3 Kilometer Daripada Pekan Manong. Berada Di Bawah Parlimen Kuala Kangsar Dan DUN Manong.

Juga Merupakan Laluan Sibuk Daripada Utara Untuk Pergi Selatan Perak Terutama Ke Lumut (Pulau Pangkor), Pasir Salak Dan Seri Iskandar Mengikut Jalan Bebas Tol. Hanya Berjarak 14 KM Daripada Lebuhraya WCE Yang Terdapat Di Beruas (Daerah Manjung).

Mempunyai Tiga Kampung Rangkaian Di Bawah Pentadbirannya Iaitu Kampung Suak Yunus (Bersempadan Dengan Kampung Suak Petai), Kampung Suak Tabuh Dan Kampung Kebun Raja (Bersempadan Daerah Perak Tengah).

Sebanyak 190 Buah Rumah Adalah Jumlah Kediaman Yang Terdapat Disini Dengan 170 Adalah Berpenghuni. Jumlah Warga Yang Senantiasa Berada Di Kampung Ketika Ini (2022) Adalah Seramai 520 Orang Merangkumi Semua Peringkat Usia Dan Jantina.

Mempunyai Kemudahan Sebuah Masjid, Surau, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Agama Rakyat, Dewan Serbaguna, Dewan Orang Ramai, Padang Awam, Gelanggang Futsal Dan Pelbagai Lagi. Insyaallah Dimasa Akan Datang Akan Ada Pusat Tahfiz Disini.

Disini Juga Terdapat Aliran Sungai Yang Datang Daripada Air Gunung Yang Di Gelar Lata Ulu Piol. Juga Menjadi Tarikan Kepada Warga Kampung Dan Masyarakat Luar Untuk Beraktiviti.

Aktiviti Pekerjaan Utama Warga Kampung Adalah Sebagai Petani Dan Pekebun. Sebahagian Besar Mengusahakan Tanaman Sawit Dan Tanaman Getah. Namun Ada Juga Pengusaha Anak Muda Disini Mengusahakan Tanaman Sayuran Terutamanya Cili Secara Fertigasi. Ramai Juga Warga Adalah Terdiri Daripada Mereka Yang Telah Berpencen.

Dari Segi Aspek Pembangunan Banyak Telah Berlaku Penambahbaikan Dan Ianya Akan Senantiasa Berubah Dari Semasa Ke Semasa.