UiTM Cawangan Perlis

(Dilencongkan dari Kampus UiTM Arau)

UiTM Cawangan Perlis ialah salah sebuah cawangan bagi Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di Perlis, Malaysia. Ia ditadbir oleh seorang Rektor dan bertanggungjawab ke atas sebuah kampus UiTM di Perlis iaitu Arau.

Universiti Teknologi MARA
Cawangan Perlis
JenisAwam
Ditubuhkan pada1974 (1974)
CanselorSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Naib CanselorProfesor Datuk Dr Hajah Roziah Mohd Janor
RektorProfesor Madya Ts Dr Shukor Sanim Mohd Fauzi
Lokasi,
Kampus
  • Arau
Laman sesawangperlis.uitm.edu.my
Kampus UiTM Arau

Sejarah sunting

Kampus UiTM Arau merupakan salah satu daripada cawangan Universiti Teknologi MARA yang terletak di Arau, Perlis, Malaysia. Kampus ini ditubuhkan pada bulan Julai 1974 (menjadikannya kampus cawangan UiTM ketiga tertua) di Kangar. Kemudian pada tahun 1980, kampus ini berpindah ke lokasi tetapnya di Arau. Hari ini, Kampus UiTM Arau merupakan kampus cawangan UiTM yang terbesar di Malaysia, sama ada dari segi jumlah pelajar atau jumlah kursus yang ditawarkan.

Bilangan tenaga pengajar pada ketika itu ialah 15 orang dan dibantu oleh 31 kakitangan pentadbiran dan staf sokongan. Pada masa itu ia beroperasi di kampus sementara yang bertempat di sebuah bangunan Rumah Pengakap yang telah diubahsuai di Jalan Padang Katong, Kangar. Kampus tetap UiTM Perlis mula beroperasi pada tahun 1980 di atas sebidang tanah seluar 335 ekar di Arau.

UiTM Cawangan Perlis telah berkembang pesat daripada aspek akademik dan juga fizikal. Sebanyak 34 program iaitu 17 program Ijazah dan 16 program Diploma ditawarkan oleh 7 buah Fakulti. Sebagai kampus cawangan yang terbesar, kampus ini kini mempunyai 7869 orang pelajar sepenuh masa. Bilangan kakitangan pula telah mencecah 779 orang yang mana 390 daripadanya ialah kakitangan akademik dan 389 ialah kakitangan bukan akademik. Selain itu, pelbagai kemudahan infrastruktur juga disediakan. Antaranya ialah 8 kolej kediaman siswa, 7 kolej kediaman siswi, 67 makmal sains, 22 makmal komputer, 3 makmal bahasa, sebuah dewan besar, sebuah masjid, sebuah stadium mini dan gimnasium. Beberapa kemudahan seperti asrama, dewan dan gimnasium dibenarkan untuk disewa oleh orang ramai.

Objektif sunting

Objektif UiTM Cawangan Perlis

Melahirkan gradúan bumiputera profesional bertaraf dunia yang bertaqwa dan berdaya saing dalam bidang sains, teknologi, pengurusan perniagaan, keusahawanan dan kemanusiaan. Menjadi pusat rujukan yang unggul dalam bidang sains, teknologi, pengurusan perniagaan, keusahawanan dan kemanusiaan serta pemangkin kepada Pembangunan di Utara Malaysia. Membentuk dan memupuk nilai-nilai Islam untuk dipraktikkan oleh keseluruhan warga universiti. Menyediakan prasarana yang kondusif bertaraf dunia untuk pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

Untuk mencapai objektif-objektif tersebut UiTM Perlis telah merancang beberapa agenda untuk bahagian dan unit tertentu. Penekanan diberi kepada aspek-aspek berikut:

  • Pemantapan Sistem Pengurusan
  • Pembangunan Akademik
  • Pembangunan Pelajar
  • Pengurusan Kewangan
  • Pengurusan dan Pembangunan Staf
  • Pembangunan Prasarana
  • Penyelidikan dan Inovasi

Visi sunting

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi sunting

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.


Pautan luar sunting

http://www.perlis.uitm.edu.my/ http://www.polictera.com.my Diarkibkan 2007-03-10 di Wayback Machine