UiTM Kampus Bertam

(Dilencongkan dari Kampus UiTM Bertam)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
اونيۏرسيتي تيكنولوڬي مارا
MotoUsaha Taqwa Mulia
Ditubuhkan pada (2011-05-16) 16 Mei 2011 (umur 12)
CanselorDuli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V
Naib CanselorProfesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said
Lokasi,
Laman sesawang[1]

Sejarah sunting

Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang) Kampus Bertam adalah kampus kedua UiTM (Pulau Pinang) dengan keluasan keseluruhan adalah 248 ekar yang merangkumi pembangunan permulaan Fasa 1 iaitu 32.6 ekar.

Pembangunan kampus kedua ini adalah bertujuan untuk menampung pertambahan pelajar di Kampus Permatang Pauh yang telah mencapai jumlah pelajar seramai 10,085. UiTM (Pulau Pinang) Kampus Bertam mula beroperasi pada 16 Mei 2011 dengan enrolmen permulaan seramai 521 orang pelajar. Kumpulan pertama pelajar ini adalah daripada Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan yang terdiri daripada Diploma Farmasi, Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan Diploma Sains Kesihatan Persekitaran.Pada Jun 2012, satu program baru iaitu Diploma Statistik dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik telah ditempatkan di UiTM Kampus Bertam.

Pada tarikh 12 februari 2015 UiTM (Pulau Pinang) Kampus Bertam telah dengan rasminya menerima Kolej Az-Zahrawi yang mampu menampung sejumlah 1000 pelajar. Kini jumlah keseluruhan pelajar UiTM (Pulau Piang Kampus Bertam) adalah seramai 1000 orang pelajar yang terdiri dari Fakulti Farmasi, Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Dalam menjamin kampus ini dapat berfungsi dengan baik dan melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan ko-kurikulum, seramai 88 orang staf termasuk 47 orang pensyarah ditempatkan di kampus ini .

Visi dan Misi sunting

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Objektif sunting

Menyediakan peluang maksimum kepada kaum bumiputera bagi mengikuti pendidikan bertaraf profesional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan, seni dan kemasyarakatan.

Menyediakan program pengajaran yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran dan pelanggan di samping mendokong dasar pembangunan negara.

Mewujudkan program pembangunan kemanusiaan sebagai alat menerapkan sistem nilai di kalangan masyarakat UiTM

Memastikan produk UiTM bukan sahaja dapat memenuhi pasaran guna tenaga manusia tempatan, malah juga bersedia berkhidmat di peringkat global.

Menjadikan UiTM sebuah organisasi cemerlang yang dapat menjamin pengurusan sumber manusia, kewangan dan harta benda yang berkesan dan cekap untuk mencapai matlamat pendidikan UiTM serta memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan masyarakat


Bahagian Pentadbiran sunting

Objektif Bahagian Pentadbiran

Urusetia pentadbiran dan pengurusan hal ehwal perkhidmatan staf yang cekap dengan mengamalkan budaya kualiti Menyediakan rekod dan statistik staf yang kemaskini Menguruskan latihan kepada staf dengan berkesan dan mesra Berperanan sebagai urusetia pengendalian mesyuarat peringkat kampus Menyediakan kemudahan perkhidmatan kenderaan dan urusan pos dengan mesra

Piagam Pelanggan Bahagian Pentadbiran

Kami berjanji memberikan perkhidmatan terbaik dan mesra kepada semua pelanggan yang berurusan dengan Bahagian Pentadbiran, UiTM (Pulau Pinang) meliputi urusan-urusan seperti berikut:

Memberikan perkhidmatan berkualiti dan mesra untuk semua staf bagi segala urusan ehwal staf. Memberikan khidmat cekap dan mesra kepada semua pelanggan yang berurusan di kaunter Bahagian Pentadbiran serta melalui surat, e-mail dan telefon. Bertindak sebagai penghubung dengan Pejabat Pendaftar, UiTM Kampus Induk untuk semua urusan ehwal staf. Menyediakan perkhidmatan dan penyelenggaraan kenderaan rasmi yang cekap dan selamat. Mengendalikan urusan pos surat rasmi dan surat menyurat edaran dalaman dengan teratur dan pantas. Menyediakan dokumen pengenalan diri bagi staf mendapatkan rawatan di klinik panel/hospital kerajaan. Menguruskan latihan kepada staf dengan berkesan dan mesra. Menguruskan dengan baik semua tempahan penggunaan bilik mesyuarat dan bilik seminar. Menyediakan rekod dan statistik staf yang kemaskini apabila diperlukan oleh pihak berkenaan.

Rujukan sunting

http://bertam.uitm.edu.my/v1/index.php Diarkibkan 2015-06-22 di Wayback Machine