UiTM Cawangan Sabah

(Dilencongkan dari Kampus UiTM Kota Kinabalu)

UiTM Cawangan Sabah ialah salah sebuah cawangan bagi Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di Sabah, Malaysia. Ia ditadbir oleh seorang Rektor dan bertanggungjawab ke atas dua kampus UiTM di Sabah iaitu Kota Kinabalu dan Tawau.

Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
JenisAwam
Ditubuhkan pada1973 (1973) (sebagai Yayasan Sabah – Institut Teknologi MARA)
CanselorSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Naib CanselorProfesor Datuk Dr Hajah Roziah Mohd Janor
RektorProfesor Madya Dr Rozita @ Uji Mohammed
Lokasi,
Kampus
  • Kota Kinabalu
  • Tawau
Laman sesawangsabah.uitm.edu.my

Penubuhan sunting

 
frames

Di negeri di bawah bayu, kampus cawangan sulung Universiti Teknologi MARA telah pun mula bertapak pada 16 Julai 1972 di pekan Sembulan, tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu. UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu (kampus utama di negeri Sabah) pada awal penubuhannya lebih dikenali dengan nama Yayasan Sabah – Institut Teknologi MARA atau singkatannya YS-ITM. Pembukaanya bermula hasil usaha dan kerjasama di antara Yayasan Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah. Kampus sementara yang terletak di kawasan Sembulan mula beroperasi dengan pengambilan kumpulan pertama pelajar pada bulan Julai 1974. Kuliah di institut ini bermula pada tarikh 28 Julai 1974 dengan pengambilan pertama kumpulan pelajar seramai 157 orang. Kampus ini kemudian dibuka dengan rasminya pada 16 Ogos pada tahun yang sama oleh Ketua Menteri Sabah pada ketika itu iaitu Tun Datu Hj Mustapha bin Datu Harun.

Melihat kepada keperluan yang lebih luas bagi penyediaan ruang pendidikan tinggi kepada anak-anak muda khususnya bumiputera di negeri ini, perancangan dan pembangunan fizikal kampus tetap baharu yang lebih lengkap di Kuala Menggatal telah dimulakan pada Februari 1979. Pembinaan kampus tetap ini dimulakan dengan Istiadat perletakan batu asas oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sabah pada ketika itu iaitu Tun Mohamad Adnan Robert pada 24 Februari 1979. Pada tahun 1982, kampus tetap di Kuala Menggatal telah siap dibina dan mula beroperasi. Sebahagian besar populasi pelajar telah dipindahkan ke kampus tetap yang berada di Kuala Menggatal setelah pembinaan blok asrama dan kemudahan-kemudahan lain selesai dibina. Proses perpindahan berakhir pada Disember 1991 hingga ke Januari 1992 dan kampus ini beroperasi sepenuhnya di Kuala Menggatal, iaitu suatu penempatan sub-bandar pesisir tepi laut serta hujung muara sungai di kawasan pinggir bandaraya Kota Kinabalu.

Pada awal penubuhannya sehingga penghujung tahun 1996/awal tahun 1997, UiTM Kampus Tawau telah beroperasi di Bangunan MAA, Jalan Bunga Raya, Tawau. Pada tahun 1997, UiTM Kampus Tawau telah berpindah dan beroperasi di Bangunan Hup Foh, Bandaran Baru, Jalan Baru Tawau.

Pada 10 Jun 1997, satu lagi kampus UiTM Cawangan Sabah, iaitu Kampus Tawau telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Razak, Menteri Pendidikan Malaysia pada ketika itu. Kampus yang telah mula beroperasi pada Disember 1996 ini kemudian diisytiharkan sebagai Kampus Kota dari segi perlaksanaan operasinya bersempena majlis perasmian tersebut. UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau sehingga kini merupakan “Feeder Campus” untuk kursus-kursus diploma yang ditawarkan oleh UiTM seluruh Malaysia khususnya UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu.

Seiring dengan usaha kerajaan untuk meingkatkan akses pendidikan tinggi yang lebih luas dengan fasiliti dan persekitaran yang kondusif, sebuah kampus tetap UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau yang terletak di Batu 26, Jalan Apas, Balung, Tawau telah mula dibina pada Mac 2009. Perletakan batu asas telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak (Menteri Pendidikan ketika itu) iaitu pada tahun 1999. Pembinaan kampus tetap ini kemudiannya telah siap pada Oktober 2011. Semenjak itu dan sehingga kini, UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau telah beroperasi di kampus tetapnya di Balung, Tawau dan telah berjaya menghasilkan alumni-alumni bumiputera yang lahir daripada program-program pra pendidikan tinggi atau pun lebih dikenali dengan program pra diploma UiTM.

Kepimpinan sunting

Pengetua Kampus YS-ITM sunting

  • Encik Abdul Kadir bin Hassan (Pengetua Kampus YS-ITM) (1972-1979)
  • Dr. Hj. Wan Muhammad Wan Kadir (Pengetua Kampus YS-ITM) (1979-1982)
  • Tuan Hj. Ali Nyak Saad (Pengetua Kampus YS-ITM) (1982-1984)
  • Encik Shafie Mehad (Pengetua Kampus YS-ITM) (1984-1987)
  • Encik Wan Abaid Wan Ismail (Pengetua Kampus YS-ITM) (1987-1989)
  • Encik Baharuddin Ismail (Pengetua Kampus YS-ITM) (1989-1994)

Provos ITM Sabah sunting

  • Encik Zainduddin Osman (Provos ITM Sabah) (1995-1997)

Pengarah Kampus UiTM Sabah sunting

  • Dr. Hj. Nasaruddin Othman (Pengarah Kampus UiTM Sabah) (1997-1999)
  • Prof. Madya Dato' Dr. Abdullah Mohd. Said (Pengarah Kampus UiTM Sabah) (1999-2001)
  • Prof. Madya Dr. Hj. Mohd. Shukri Hj. Omar (Pengarah Kampus UiTM Sabah) (2001-2006)
  • Prof. Madya Datuk Dr. Worran Hj. Kabul (Pengarah Kampus UiTM Sabah) (2006-2011)

Rektor UiTM Cawangan Sabah sunting

  • Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Abdul Kadir bin Hj. Rosline (Rektor UiTM Cawangan Sabah) (2011-2023)
  • Prof. Madya Dr Rozita @ Uji Mohammed (Julai 2023 - kini)

Fakulti dan program akademik sunting

UiTM Cawangan Sabah menawarkan pelbagai program akademik meliputi program di peringkat pra diploma, diploma, sarjana muda, sarjana dan kedoktoran berdasarkan beberapa mod pengajian iaitu sepenuh masa, pengajian luar kampus dan pendidikan jarak jauh (ePJJ). Program-program akademik di kampus ini ditawarkan melalui tiga gugusan akademik utama dengan enam fakulti berbeza.

TEMPOH PENGAJIAN sunting

Secara umumnya, anggaran tempoh pengajian siswa siswi adalah bergantung kepada peringkat dan mod pengajian seperti berikut:

  • Pra Diploma - ½ tahun atau 1 (satu) semester
  • Diploma (Sepenuh Masa) - 2 ½ tahun atau 5 semester
  • Diploma (PLK / ePJJ) - 4 tahun atau 8 semester
  • Sarjana Muda (Sepenuh Masa) - 3 tahun atau 6 semester
  • Sarjana Muda (PLK / ePJJ) - 4 tahun atau 8 semester
  • Sarjana - 2 tahun atau 4 semester
  • Kedoktoran - 3 hingga 5 tahun atau 6 hingga 10 semester

**Tempoh pengajian adalah tertakluk kepada prestasi akademik siswa siswi

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN sunting

GUGUSAN PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN
FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN (FPP)
Pra Diploma Perdagangan BA002 / BA003 Sepenuh Masa (Kampus Tawau)
Diploma Pengajian Perniagaan BA111 / UE4340001 Sepenuh Masa, Pendidikan Jarak Jauh (ePJJ)
Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan) BA117 / UE4840001 Sepenuh Masa
Diploma Pengajian Perbankan BA119 / UE4343002 Sepenuh Masa
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran BA240 / UE6342001 Sepenuh Masa
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan BA242 / UE6343001 Sepenuh Masa
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Ekonomi Perniagaan BA250 / UE6340002 Sepenuh Masa
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia BA243 Pendidikan Jarak Jauh (ePJJ)
Sarjana Sains (Pentadbiran Perniagaan) BA750 Penyelidikan
Doktor Pentadbiran Perniagaan BA901 Kerja Kursus
Doktor Falsafah (Pengurusan Perniagaan) BA950 Penyelidikan
FAKULTI PERAKAUNAN (FP)
Diploma Perakaunan AC110 / UE4344001 Sepenuh Masa, Pendidikan Jarak Jauh (ePJJ)
Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) AC220 / UE6314001 Pengajian Luar Kampus (PLK)
FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN (FPHP)
Diploma Pengurusan Hotel HM110 / UE4811002 Sepenuh Masa
Diploma Pengurusan Pelancongan HM111 / UE4812001 Sepenuh Masa
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan HM241 / UE6812001 Sepenuh Masa
Sarjana Sains (Pengurusan Pelancongan) HM751 Penyelidikan
GUGUSAN SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
FAKULTI SAINS PENTABIRAN DAN PENGAJIAN POLISI (FSPPP)
Diploma Pentadbiran Awam AM110 / UE4345001 Sepenuh Masa, Pendidikan Jarak Jauh (ePJJ)
Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) AM228 / UE6345005 Sepenuh Masa, Pendidikan Jarak Jauh (ePJJ)
Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiran AM770 Kerja Kursus
Sarjana Sains Pentadbiran AM780 Penyelidikan
Doktor Falsafah (Sains Pentadbiran) AM990 Penyelidikan
GUGUSAN SAINS DAN TEKNOLOGI
FAKULTI SAINS GUNAAN (FSG)
Pra Diploma (Sains) PD007 / PD008 Sepenuh Masa (Kampus Tawau)
Diploma Sains AS120 / UE4440001 Sepenuh Masa
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi AS201 / UE6421001 Sepenuh Masa
Sarjana Sains (Biologi) AS750 Penyelidikan
FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI (FPA)
Diploma Pengurusan Ladang AT110 / UE4620002 Sepenuh Masa
Sarjana Sains (Perlindungan Tanaman) AT734 Penyelidikan
Sarjana Sains (Sains Tanah) AT750 Penyelidikan

Pengambilan pelajar sunting

Pengambilan siswa siswi ke kampus ini adalah berdasarkan pengambilan berpusat dan dibuka berdasarkan kategori peringkat pengajian:

PRA DIPLOMA sunting

  • Pengambilan dibuka dua (2) kali setahun
  • Borang Permohonan [sila klik di sini]
  • Maklumat lanjut program dan tarikh-traikh penting permohonan ke program Pra Diploma (Pra Pendidikan Tinggi ) UiTM sila klik di sini]
  • Penempatan pengajian adalah di Kampus Tawau

DIPLOMA DAN SARJANA MUDA [SEPENUH MASA] sunting

  • Pengambilan dibuka satu (1) atau dua (2) kali setahun (bergantung kepada program)
  • Permohonan bagi SESI 1 adalah melalui Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Kementerian Pengajian Tinggi pada pautan https://upu.mohe.gov.my/
  • Permohonan bagi SESI 2 adalah terus melalui Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM, Shah Alam pada pautan https://online.uitm.edu.my/

DIPLOMA DAN SARJANA MUDA [PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PLK) DAN PENDIDIKAN JARAK JAUH (ePJJ)] sunting

SARJANA DAN KEDOKTORAN sunting

Fasiliti Kampus sunting

MENARA WIBAWA sunting

  • Pejabat Rektor
  • Pejabat Bahagian Pentadbiran
  • Pejabat Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (PJIM&A)
  • Pejabat Kewangan
  • Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP)
    • Pejabat Unit Kaunseling dan Kerjaya
    • Pejabat Unit Kemimpinan dan Pembangunan Pelajar
  • Pejabat Unit Komunikasi Korporat
  • Pejabat Unit Kualiti
  • Bilik Mesyuarat Utama (BMU)
  • Bilik Mesyuarat PJIM&A
  • Ruang Bicara
  • Surau Lelaki
  • Surau Wanita

UJANA SARJANA sunting

  • Pejabat Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)
  • Pejabat Unit Penilaian Akademik (UPA)
  • Pejabat Pusat Pengajian Pascasiswazah
  • Pejabat Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS) (dahulu dikenali sebagai iNeD)
  • Pejabat Unit Hal Ehwal Islam (UHEI)
  • Bilik-bilik Kuliah
  • Pejabat-Pejabat Pensyarah
  • Makmal Bahasa
  • Makmal Komputer
  • Dewan Peperiksaan
    1. Dewan Al-Bukhari
    2. Dewan Ibu Battuta
    3. Dewan Ibnu Sina
    4. Dewan Ibnu Khaldun
  • Dewan Kuliah Tun Mustapha
  • Surau Lelaki
  • Surau Wanita

MENARA PUSTAKA sunting

  • Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) http://library.sabah.uitm.edu.my/v1/
  • Pejabat PTAR
  • Bilik Mesyuarat PTAR
  • Bilik Perbincangan 1
  • Bilik Perbincangan 2
  • Bilik Perbicangan 3
  • Bilik Perbicangan 4
  • Big Data Lab
  • Smart Classroom
  • Makmal Kemahiran Maklumat
  • Surau Lelaki
  • Surau Wanita

MENARA ILMU sunting

  • Bilik-bilik Kuliah
  • Pejabat-Pejabat Pensyarah
  • Makmal Komputer
  • Makmal Bahasa
  • Dewan Kuliah 1
  • Dewan Kuliah 2
  • Dewan Kuliah 3
  • Bilik Rekreasi Pensyarah
  • Kafe
  • Surau Lelaki
  • Surau Wanita
  • Mesin ATM

PUSAT KEGIATAN PELAJAR DAN PUSAT SUKAN sunting

  • Pejabat Unit Sukan
  • Pejabat Unit Kebudayaan
  • Pejabat Unit Ko-kurikulum
  • Studio
  • Bilik Operasi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
  • Padang Bola Sepak
  • Padang Rugbi
  • Gelanggang Bola Jaring
  • Gelanggang Futsal
  • Gelanggang Tenis
  • Gelanggang Sepak Takraw
  • Gelanggang Bola Keranjang
  • Gelanggang Bola Tampar
  • Gelanggang Petanque
  • Gelanggang Badminton

KOMPLEKS MAKMAL SAINS DAN AGROTEKNOLOGI (KOMSAT)

  • Makmal Sains
  • Galeri KOMSAT
  • Pejabat KOMSAT
  • Bilik Mesyuarat KOMSAT
  • Unit Ladang
  • Ladang

PUSAT KESIHATAN sunting

  • Pejabat Unit Kesihatan
  • Wad Isolasi Lelaki
  • Wad Isolasi Perempuan
  • Farmasi

LALUAN SARJANA sunting

  • Pejabat Polis Bantuan
  • Pejabat Bahagian Infostruktur
  • Pejabat Bahagian Fasiliti
  • Pusat Asuhan Kanak-kanak UiTM Cawangan Sabah

DEPOH KENDERAAN sunting

  • Pejabat Unit Kenderaan

KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR sunting

  • Kolej Mabul
  • Kolej Mantanani
  • Kolej Manukan
  • Pejabat Pentadbiran Kolej
  • Rumah Staf Residen Kolej
  • Rumah Tamu
  • Kafe
  • Kedai Runcit
  • Surau
  • Bilik Bacaan
  • Bilik TV
  • Ruang Isolasi
  • Taman Riadah Mini

Masa Operasi sunting

Hari Masa Operasi Rehat Masa Operasi
Isnin hingga Khamis 8.00 pagi - 1.00 tengahari 1.00 tengahari - 2.00 petang 2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 11.30 pagi 11.30 pagi - 2.00 petang 2.00 petang - 5.00 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Tutup

Ikuti Perkembangan Terkini dan Hubungi Kami sunting

Maklumat Nama Rasmi Pautan / Maklumat
Laman sesawang UiTM Cawangan Sabah https://sabah.uitm.edu.my/v2/
Facebook Universiti Teknologi MARA Cawangan SABAH - Media FB Rasmi

Unit Komunikasi Korporat Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah

https://www.facebook.com/UiTMCawanganSabah/

https://www.facebook.com/CorporateCommUnitUiTMCSH/

Instagram uitm_cawangan_sabah.official https://www.instagram.com/uitm_cawangan_sabah.official/
Nombor Telefon UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu

UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau

088 - 325151

089 - 951655 / 611 / 677

Emel Unit Komunikasi Korporat korporatsabah@uitm.edu.my
Alamat Surat-Menyurat UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu,

Beg Berkunci 71,

88997 Kota Kinabalu, SABAH, MALAYSIA.

UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah Kampus Tawau

KM36 Jalan Apas Balung

Peti Surat 61372

91032 Tawau, Sabah.